Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 1 Julai 2011

Nik Aziz lari untuk ‘Bersihkan Diri’ daripada terlibat dengan ‘Bersih’ dan bertuankan Ambiga....

Sebahagian daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan dan Pemuda UMNO berhimpun secara aman membawa kain rentang membantah perhimpunan Bersih di Kota Bharu, semalam. - Utusan/Rosni Masri
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan tidak merestui perhimpunan haram Bersih kerana telah 'melarikan diri' keluar negara ketika pemimpin pembangkang sedang bersiap sedia untuk menempuh 9 Julai ini.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian berkata, sekiranya Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas menyokong perhimpunan tersebut, ia bermakna beliau menafikan haknya serta Pas untuk memerintah negeri ini.

Beliau berkata, perhimpunan tersebut merupakan satu program yang amat besar kepada pembangkang dan cuba menarik penglibatan ratusan ribu rakyat di negara ini.

"Saya nampak Nik Abdul Aziz cuba untuk melarikan diri daripada terlibat dengan Bersih, dia tidak setuju dengan Bersih, kalau dia setuju dia menafikan hak untuk memerintah Kelantan kerana Pas dipilih melalui pilihan raya.

"Kelantan diperintah oleh Pas selama 20 tahun, kalau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus, kita tidak akan biar Pas memerintah selama 20 tahun kerana kita mampu boleh beri lebih baik kepada rakyat Kelantan. Tetapi disebabkan SPR telus kita menerima keputusan pilihan raya ini," katanya kepada Utusan Malaysia di Kota Baharu pada Khamis.

Nik Abdul Aziz bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak telah berlepas ke Uzbekistan sebelum mengerjakan umrah di Mekah kemudiannya, Selasa lalu. Turut serta Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Difahamkan Nik Abdul Aziz akan berada di luar negara selama dua minggu dan tugasnya dilakukan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob.

Terdahulu, kira-kira 100 pemuda yang berpakaian serba merah mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan ibu pejabat Pas Kelantan di Kota Baharu kira-kira pukul 3 petang bagi mendesak Pas tidak terlibat dengan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini.

Mereka berkumpul selama 30 minit dengan membawa bendera 'patriot' dan sepanduk yang di antaranya tertulis: 'Tok Guru gi buat umrah sebab tak sir terlibat dengan Bersih, takkan puak-puak Pas tak sedar lagi', 'Pas jadi kuda tunggangan DAP dan Anwar Ibrahim' dan 'Perhimpunan Bersih yang kotor'.

Sementara itu, Anuar berkata, perhimpunan secara aman 'patriot' dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diadakan bagi mendesak Pas supaya tidak melibatkan diri dengan Bersih kerana ia jelas mengganggu ketenteraman awam.

"Pas harus sedar siapa Ambiga Sreenevasan, seorang pejuang untuk kesamarataan agama malah dalam kes Lina Joy, beliau yang mempertahankan kebebasan agama. Apakah perjuangan Ambiga selaras dengan perjuangan Pas," katanya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Penyertaan Pas dalam Bersih adalah sebahagian ‘Kebajikan’ yang mahu dibuktikan oleh pemimpin Pas yang baru sahaja mencampak-
kan perjuangan Islam daripada parti itu.

Nik Aziz mungkin tak setuju dengan slogan baru Pas – Negara Kebajikan, kerana dia adalah pejuang Islam yang menyimpan ‘kunci pintu syurga’.

Kalau Pas tidak lagi mahu hidup atas jenama Islam, apa guna segala janji syurga dan neraka yang dijanjikan oleh Tok Guru itu kepada ahli-ahlinya selama ini?

Selain itu, besar kemungkinan Nik Aziz juga tidak rela 'bertuankan' aktivis anti-Islam - Ambiga.

“Dalam semak ada duri. Ayam kuning buat sarang. Orang tamak selalu rugi. Bagai anjing dengan bayang-bayang.”

2 ulasan:

Qusyairi Hashim berkata...

rasanya, tindakan Tok Guru tu satu tindakan yang perlu...

My latest entry : Bersihkah BERSIH?

Pak Sulung berkata...

Assalammualaikum wmt,
Memang itu tindakan perlu bagi Nik Aziz sendiri dan juga Pas Kelantan.

Kalau dok tunggu di Kota Baharu bila Najib turun, Nik Aziz akan rasa malu dan Pas akan jadi lebih malu kerana rakyat Kelantan telah sedar bahawa mereka sangat memerlukan pembangunan.

Selama ini mereka ditipu dengan dongeng bahawa perjuangan Pas adalah perjuangan Islam. Tapi bila Hadi dah campak buang jenama Islam dan kata tidak ada istilah negara Islam dalam al-Quran, orang Kelantan baru sedar mereka ditipu.

Bila sedar Islam entah kemana, pembangunan pun tercorot dengan negeri lain, maka bangkitlah mereka menentang Pas.

Nik Aziz tahu perkara itu akan berlaku. Maka jalan yg ada baginya ketika ini ialah melarikan diri buat sementara wajktu.
Wallahhualam....

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog