Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 3 Julai 2011

‘Ambiga jangan fikir kuat’ – DS Najib

“AMBIGA jangan fikir kuat sangat.”
Demikian peringatan keras Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu ini.

Perdana Menteri berkata, majoriti rakyat, termasuk lebih 20,000 yang hadir pada Majlis Bersama Rakyat di padang Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Pasir Putih menentang sebarang tindakan pihak terbabit untuk mencetuskan kekecohan di ibu negara sehingga boleh menjejaskan keamanan dan ekonomi negara.

Katanya, sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, beliau boleh mengarahkan ahli-ahli parti untuk berdepan dengan kumpulan tersebut tetapi tidak berbuat demikian kerana mengambil kira kesan buruk yang mungkin berlaku.

Katanya, jika kacau-bilau berlaku, keadaan itu akan menjejaskan kestabilan ekonomi dan menjejaskan perjuangan pemimpin BN terdahulu dalam membangunkan negara sehingga maju ke tahap ini, tetapi hendak dirosakkan oleh Ambiga.

“Jadi, Ambiga janganlah fikir kuat sangat, kita kenal siapa Ambiga. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita simpan kuku kita dulu, kita jangan hunus keris kita sebab kalau ambo (saya) bagi isyarat, semua boleh pakat-pakat turun.

“Kita jangan (turun), sebab kita tidak mahu ada perbalahan terbuka dalam negara sebab bila ada demonstrasi jalanan, mungkin ada orang yang tidak boleh kawal perasaan, boleh timbul huru-hara dalam negara.

“Kita sudah payah bina negara, pemimpin dulu kerja sampai mati nak bangunkan negara, nak jadi Malaysia negara contoh, pemimpin dulu banyak berjasa sebab itu kita hidup dalam negara aman damai. Tapi Ambiga nak rosakkan ini semua,” katanya berucap pada Majlis Bersama Rakyat itu.

Menurut Perdana Menteri, matlamat perhimpunan haram itu bukan untuk membersihkan pilihan raya, kerana ternyata Pas boleh memerintah Kelantan lebih 21 tahun dan pembangkang menang di lima negeri pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, keadaan itu menunjukkan demokrasi di negara ini adalah lebih baik dan tidak sama seperti di negara Asia Barat seperti Mesir, di mana parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.

Justeru, beliau pelik dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sanggup bersekongkol dengan Ambiga dalam gerakan itu bagi merosakkan keamanan negara.

Ini kerana katanya, Ambiga merupakan orang yang cuba mengganggu-gugat Islam, dan UMNO serta BN mesti menegakkan kebenaran.

“Apa sudah jadi dengan pemimpin Pas,” soalnya sambil mengingatkan rakyat dalang paling besar di sebalik perhimpunan itu, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, beliau yang melihat angin perubahan sedang bertiup di Kelantan, menyatakan janji BN untuk membawa pembangunan ke negeri ini sekiranya rakyat Kelantan memberi mandat kepada parti itu.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Hindu betina tu ingat dia kuat kerana di belakangnya ada Anwar Ibrahim dan Mat Sabu. Dua ekor pemimpin songsang kaum Melayu itu berjanji dengannya akan memberikan sokongan padu dengan jaminan ratusan ribu ahli Melayu PKR dan PAS akan turun menghuru-harakan Kuala Lumpur pada 9 Julai nanti.

Lagipun dia juga dapat sokongan peribadi daripada kuasa asing yang tidak senang dengan kedudukan Malaysia jadi sebuah negara Islam contoh dikalangan negara-negara Islam seluruh dunia. Sedangkan semua negara Islam lain telah berjaya mereka lumpuhkan politik dan ekonominya melalui pelbagai cara, termasuk dengan cara seperti yang mahu dilakukan Bersih pada Sabtu depan.

Hanya Malaysia sahaja negara Islam yang masih belum berjaya pihak zionis lumpuhkan.

Salah satu cara melumpuhkan dan seterusnya menguasai ekonomi Malaysia ialah memastikan pemimpin utama negara ini adalah seorang tokoh yang mahu mengikut apa kehendak mereka. Baghal yang mereka fikir sesuai untuk itu ialah Anwar Ibrahim.

Dan Bersih 2 adalah salah satu usaha mereka memastikan Anwar ada peluang jadi PM Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog