Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 30 Oktober 2011

Dr Mahathir Harap Kerajaan Beri Kelonggaran Dalam Pelan Pembangunan Langkawi

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan dapat memberi kelonggaran dalam melaksanakan Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi bagi mengelakkan peruntukan untuk pembangunan itu lambat digunakan.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peruntukan hampir setengah bilion untuk pembangunan Langkawi tetapi sebarang projek pembangunan sering mengambil masa yang lama terutama perkara proses pengambilan tanah.

"Kalau beri kelonggaran kita boleh capai apa yang hendak dilakukan. Kalau nak ambil tanah sahaja, makan masa setahun. Setahun lepas tu baru boleh buat. Jadi peruntukan itu tidak dibelanjakan.

"Saya percaya kerajaan negeri Kedah boleh meluluskan permohonan tanah dengan cepat tetapi prosedur kerajaan kena ikut...ini yang makan masa," katanya kepada Bernama di Langkawi.

Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Okt lepas mengumumkan Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420 juta.

Antara inisiatif yang diambil ialah menyusun semula Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), penubuhan pasukan renjer hutan, menaik taraf muzium, kawasan pantai dan perniagaan serta menyediakan sistem pengangkutan yang lebih efisien.

Mengenai dakwaan banyak pihak terutama penduduk tempatan bahawa kerajaan kurang memberikan perhatian untuk membangunkan Langkawi berbanding ketika beliau menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata pandangan itu mungkin dibuat kerana ketika beliau mula membangunkan Langkawi, tidak banyak pembangunan yang ada berbanding sekarang.

"Daripada takde langsung, bila ada memang orang nampak. Bila dah ada, (projek) tambahan yang dibuat tak begitu nampak," katanya.

SATU MELAYU:
Di zaman Mahathir memanglah pembangunan Langkawi dirancang dan dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.
Bagaimanapun, selepas era beliau apa yang dibangunkan di Langkawi terbantut.
Kerajaan pusat ketika itu seolah-olah memandang pembangunan Langkawi tidak penting kepada negara.
Alhamdulillah! Di zaman DS Najib, pembangunan Langkawi diteruskan dan diberi nafas baru sesuai mengikut keperluan.
Malangnya, ketika ini negeri Kedah berada ditangan pembangkang – Pas, yang sudah semestinya tidak sejalan dengan hasrat dan cita-cita pembangunan kerajaan pusat.
Justeru, Langkawi walaupun ada peruntukan tapi pelaksanaannya terganggu kerana karenah birokrasi kerajaan negeri yang dikuasai Pas.
Apa nak buat, tahi kambing bulat-bulat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog