BENDERA hijau dengan bulatan putih lambang ‘ubat pening kepala’ dikatakan menjadi punca kenapa pasukan bolasepak Terengganu kalah 2-1 malam Sabtu lalu.
Sebagaimana disiarkan blog PANGLIMA, dua gambar menunjukkan para penyokong pasukan Terengganu menjulang bendera parti politik yang bukan main besar lagi. Untuk apa bendera itu dikibar dan ditontonkan hanya mereka sahaja yang tahu.
Patutpun kalah.... ada bala petaka yang jadi penyebab.... |
Eantahlah.... Macam-macam kisah ‘meroyan’ puak-puak kecewa itu lakukan. Di mana ada peluang terluang mereka akan ambil kesempatan.
Politik telah membarah dalam jiwa puak-puak taksub itu hinggakan tak tahu membezakan antara kemeriahan bersukan dengan medan politik....
Justeru, apabila sesuatu itu tidak diletak pada tempat sepatutnya, maka tunggulah kebinasaannya.... Terbukti, akhirnya Terengganu yang jadi pasukan pilihan kalah dalam keadaan yang sangat memalukan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan