Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 1 November 2011

Bekas Amil Dipenjara Empat Tahun, Tiga Sebatan Kerana Pecah Amanah

SEORANG bekas amil dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret Kulaijaya pada Selasa kerana melakukan pecah amanah membabitkan RM19,510.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman itu selepas Redzuan Mohd Said, 28, bekas imam sebuah masjid di Kulaijaya, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Redzuan, sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang hasil kutipan zakat fitrah dan kutipan derma anak yatim sebanyak RM19,510 dengan menyalahgunakan wang itu untuk kegunaan sendiri di Pasaraya Tesco antara 16 Ogos tahun lepas dan 4 September tahun ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Zaiton mengarahkan hukuman penjara terhadap Redzuan dijalankan bermula dari tarikh tangkapan iaitu 28 Oktober lepas.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya A Karthiyayini manakala Redzuan tidak diwakili peguam.
- BernamaOnline


SATU MELAYU:
Secebis kisah-kisah hidup manusia dalam dunia di akhir zaman....
Antara ilmu dan amal saling bertentangan....
Kisah ini juga boleh dianggap sebagai satu lagi bukti betapa berjayanya fitnah syaitan terhadap umat yang berilmu, tetapi kalah dengan godaan duniawi....
Wang ringgit menyebabkan manusia ‘gelap mata’.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog