Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 1 November 2011

"Saya Tidak Dipengaruhi Dr Khir Tentukan Nilai Pasaran Hartanah" – Jurunilai


Perbicaraan Sesi Pagi:

SEORANG jurunilai profesional berkata Dr Mohamad Khir Toyo tidak mempengaruhi proses penilaian yang dibuat syarikatnya terhadap dua lot tanah termasuk sebuah rumah banglo milik bekas menteri besar Selangor itu di Jalan Suasa 7/1L Shah Alam pada Mei 2007.

Choy Yue Kwong, pengarah urusan syarikat penilai profesional Rahim & Co, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Selasa bahawa penilaiannya pada 14 Mei 2007 mendapati hartanah itu bernilai RM3.5 juta sebagaimana yang ditaksirkan berdasarkan kaedah perbandingan dengan mengambil kira harga hartanah di kawasan setempat.

Ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, beliau berkata Dr Mohamad Khir tidak membayangkan apa-apa mengenai nilai harga RM3.5 juta ketika pertemuannya dengan beliau di kediaman rasminya di Seksyen 7 Shah Alam, sebelum penilaian dilakukan pada hari berkenaan (14 Mei 2007).

Mohd Dusuki: Semasa pertemuan itu, adakah tertuduh berkata beliau mahu membeli hartanah RM3.5 juta. Adakah belaiu membayangkan harganya kepada anda?
Choy: Tiada.

Choy berkata demikian ketika menyambung keterangan pada perbicaraan kes melibatkan Mohamad Khir yang dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zaharah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasana 7/1L, Seksyen 7, daripada Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.

Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di sini pada 29 Mei 2007.

Mengulas lanjut, Choy berkata beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai jumlah pinjaman yang dipohon oleh Mohamad Khir bagi hartanah terbabit dalam pertemuan itu yang turut dihadiri seorang pegawai dari HSBC Bank.

Mohd Dusuki: Adakah tertuduh menyebut mengenai amaun pinjaman dan nilai hartanah?
Choy: Tiada. Ianya pertemuan biasa dan ringkas.

Choy semalam berkata syarikatnya membuat penilaian ke atas hartanah itu atas permohonan HSBC Bank bagi tujuan pinjaman yang dikemukakan oleh Mohamad Khir, yang merupakan seorang pelanggan premium bank terbabit.

Saksi itu tidak bersetuju dengan soalan Mohd Dusuki bahawa beliau menilai hartanah terbabit di bawah nilai harga pasaran sebenar.

"Nilai RM3.5 juta adalah munasabah dan melambangkan nilai sebenar pasaran pada masa itu," katanya.

Choy berkata penilaian yang dibuat itu tidak memberi kesan terhadap jumlah pinjaman yang dipohon Dr Mohaamd Khir bagi membeli hartanah itu.

Mohd Dusuki: Jika hartanah yang dinilai lebih daripada jumlah pinjaman yang diluluskan oleh bank, adakah pinjaman itu ditolak?
Choy: Tidak.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki disambung sebelah petang.
- BernamaOnline

1 ulasan:

anak kel berkata...

rumah khir toyo di pertikai. bagaimana dengan rumah azmin ali dan rumah anuar brahim,dari perniagaan apa mereka dapat banyak wang bina rumah berjuta ringgit.pelek tapi benar. sangat ajaib dunia hari ini. yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog