Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 15 Mac 2011

Mohon Allah SWT tunjukkan kebenaran dalam ‘Kes Liwat Anwar’: Bila pulak Pas nak adakan solat hajat?

Bila Pas nak adakan solat hajat seperti ini untuk keadilan kes liwat Anwar?
DULU apabila Pas menghadapi masalah atau tekanan politik, para pemimpin – terutamanya Nik Aziz Nik Mat, akan memimpin suatu ‘solat hajat’ beramai-ramai dengan pelbagai permohonan kepada Allah SWT, termasuklah memohon ‘keburukan’ ditimpakan kepada pemimpin Umno/BN.

Ketika itu terpampanglah dipaparkan wajah Nik Aziz yang mengimamkan solat hajat dengan wajah sedih dan menangis beriya-iya semasa bersolat mahukan berdoa sesudah solat.

Walaupun ‘solat hajat’ yang diadakan itu semata-mata bertujuan politik, tetapi persepsi dan simpati rakyat kepada perjuangan Pas meningkat, apatah lagi kerana melihatkan Tok Guru mereka dengan muka berkerut menangis ketika mengadu kepada tuhannya.

SM masih ingat lagi, ketika krisis politik Perak memuncak dulu, juak-juak Pas dari luar Perak telah mengadakan ‘solat hajat’ di atas jalan raja berdepan bangunan pejabat DAP Perak dengan diperhatikan oleh penyokong DAP dan PKR yang bukan Islam.

Apa niat mereka dan ke mana mereka hantarkan hajat mereka, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Demikian gambaran sepintas ingatan mengenai pemimpin dan juak-juak Pas dengan kisah ‘solat hajat politik’ yang mereka lakukan demi perjuangan parti mereka.

Solat hajat Pas semasa krisis politik Perak
SM teringatkan ‘solat hajat politik’ Pas itu setelah membaca gesaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang meminta para pencinta kebenaran dan sekutu Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutamanya Pas, membuat solat hajat bagi meminta Allah menunjukkan kebenaran dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Gesaan itu dibuat kerana Anwar masih enggan menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) sedangkan rakyat menuntut beliau berbuat demikian untuk mengetahui kebenaran.

Menurutnya, ia sudah menjadi isu awam yang meruntun rakyat terlampau ingin mengetahuinya lalu mendesak Anwar berbuat demikian.

"Ini sudah menjadi isu awam walaupun kita tidak sepatutnya mencampuri urusan mahkamah. Apa pun, saya seru orang ramai terutama ahli Pas membuat solat hajat bagi dibuktikan kebenaran.

"Bukan buat solat hajat meminta agar pihak ini menang dan pihak itu kalah, tetapi solat hajat supaya ditunjukkan kebenaran. Kalau Anwar benar, benarlah dia tetapi kalau Saiful (Mohd. Saiful Bukhari Azlan) yang benar, semua pihak harus terima," katanya.

Beliau mengulas tindakan beberapa kumpulan terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belia berdemonstrasi di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Melaka, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah bagi menuntut Anwar menyerahkan sampel DNA untuk membuktikan beliau tidak bersalah.

Tuntutan itu dibuat bagi membantu menyelesaikan misteri lelaki 'Y' yang dipercayai meliwat bekas pembantu peribadi Anwar itu.

Di pihak Anwar pula katanya, Penasihat PKR itu perlu membuktikan dirinya telus seperti yang sering beliau serta rakan-rakannya canangkan sebelum ini.

"Ketelusan bukan hanya setelah memerintah tetapi ia perlu dibuktikan terlebih dahulu. Kalau asyik bercakap tentang ketelusan, berat sangatkah untuk memenuhi tuntutan rakyat jika tiada apa untuk dilindungi," katanya.

Apakah kerana yang berdegil dan berkeras tidak mahu memberikan kerjasama dalam kes ini ialah Ketua kepada segala Ketua puak pembangkang – Anwar Ibrahim, maka Nik Aziz Nik Mat, pemimpin Pas lainnya serta penyokong tegar parti jenama Islam itu tidak mahu memohon pertolongan Allah dalam menegakkan ‘keadilan’?

Apakah kepada Nik Aziz, pemimpin Pas dan juga PKR yang Islam beranggapan bahawa ‘keadilan’ itu hanya untuk Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat? Kalau Anwar dibebaskan oleh mahkamah, barulah ada ‘keadilan’? Sedangkan kedegilan Anwar tidak mahu bekerjasama dengan mahkamah untuk memberikan sampel DNAnya itu bukan satu tindakan demi ‘keadilan’?

Kalau mahu, rasanya Stadium Shah Alam yang terletak di negeri yang dikuasai PKR, bila-bila masa sahaja boleh digunakan untuk tujuan ‘solat hajat’ memohon keadilan daripada Allah SWT.

Dan keadilan yang dipohonkan ialah supaya Anwar Ibrahim lembut hatinya untuk bersedia menyerahkan sampel DNAnya bagi maksud ‘keadilan’ yang kononnya menjadi teras perjuangan PAS-PKR-DAP.

Tidak cukup dengan itu, kaum Cina dari DAP boleh juga mengadakan ‘sembahyang khas’ di mana-mana tokong yang bertaburan di negara ini. Begitu juga dengan kaum India yang beragama Hindu, mereka boleh saja ‘sembahyang’ di kuil-kuil yang terdapat begitu banyak di Malaysia ini.

Sementara yang beragama kristian pula boleh juga mengadakan ‘sembahyang’ di mana-mana gereja yang tidak kurang banyaknya di negara ini bagi maksud memohon pertolongan tuhan supaya ‘keadilan’ dapat ditegakkan dalam kes liwat Anwar-Saiful yang meresahkan rakyat kerana keengganan Anwar selaku tertuduh menyerahkan sampel DNAnya.

Apapun, majoriti rakyat kini beranggapan ‘Berani kerana benar, takut kerana bersalah’.
- SM

2 ulasan:

Sudir berkata...

Nanti diaorang kata Dr Yusof Qardawi tak boleh buat sembahyang hajat untuk itu.. Nak kata apa??

Pak Sulung berkata...

Assalammualaikum wmt,
Dr. Yusof Qardawi hanya akan mereka pakai fatwanya kalau fatwa itu memihak kepada mereka sahaja.
Kalau tidak, mereka akan kutuk pulak lerrr...
Itulah yang terjadi kepada Mufti Perak, TS Harussani.
Sebelum krisis Perak, Pas menyangka Mufti itu menyebelahi mereka. Bukan main lagi mereka gunakan kata-kata Mufti itu mengenai hukum hakam Islam yg sebenar.
Tapi, bila Mufti itu dilihat tidak memihak kpd mereka, maka Mufti itupun dicerca, dikutuk, dihina malah dimaki hamun semahu-mahunya.
Itulah akidah orang Pas yang bermazhabkan Mazhab NikAziz....
Wallahhualam.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog