Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 23 Jun 2011

Jeng... Jenggg... Jengggg....! Trio Datuk T didakwa esok

TRIO Datuk T dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat ini berhubung dakwaan membabitkan penayangan video seks seorang lelaki yang dikatakan mirip pemimpin parti pembangkang.

Trio yang terdiri daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu antara lainnya adalah bagi kesalahan menunjukkan secara awam sebarang perkara yang lucah dalam pemilikan mereka.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagaimanapun Utusan difahamkan, mereka akan didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Maklumat pendakwaan tersebut dimaklumkan sendiri oleh Shazryl Eskay kepada media melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira pukul 1.08 petang ini.

Berikut adalah SMS yang diterima:
‘Datuk ‘‘T’’ akan dicharge (dakwa) di Mahkamah Jalan Duta pada pukul 8 pagi, 24 Jun 2011. Harap maklum.’

Isu video seks itu timbul selepas ‘penayangan’ dibuat kepada sekumpulan wartawan di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam satu laporan akhbar sebelum ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Pada 17 April lalu, pihak polis telah menyiapkan laporan siasatan rakaman video seks tersebut dan menyerahkannya kepada Pejabat Peguam Negara beberapa hari selepas itu.

Selepas pendedahan mengenai video seks itu dibuat oleh trio terbabit, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail beberapa kali menafikan bahawa pelaku seks tersebut adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh terbabit.

Bagaimanapun, pada 29 April lalu, Eskay telah melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di sini bagi membuktikan Anwar merupakan pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari China.

Sementara itu, Shazryl Eskay dan Shuib ketika dihubungi berharap pendakwaan terhadap mereka akan mendedahkan kebenaran sebenar mengenai identiti pelaku video seks yang selama ini dirahsiakan oleh pihak berkuasa.

Menurut Shazryl Eskay, beliau akan memberi sepenuh kerjasama kepada pihak mahkamah dan pada masa yang sama, tidak ragu-ragu mengenai identiti lelaki dalam video seks tersebut ialah Anwar sebagaimana dakwaan sebelum ini.

“Saya akur dengan undang-undang dan berharap kebenaran akan terdedah. Jika diminta oleh mahkamah saya akan mengulangi pendirian dengan tegas bahawa lelaki dalam video seks tersebut ialah Anwar,” katanya.

Sementara itu, Shuib memberitahu, beliau telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pendakwaan tersebut dan turut menegaskan bahawa tiada sebarang keraguan mengenai identiti siapa pelaku video seks.

“Kita bukan edar video tersebut, kita dedahkan kepada pemberita untuk mencari kebenaran demi Malaysia yang kita semua cintai. Saya secara peribadi tiada masalah dan memang bersedia dengan semua ini.
“Saya yakin pendakwaan terhadap kami akan mendedah kebenaran sebenar. Siapa pelaku video seks nanti akan terdedah dan rakyat boleh menilai sendiri hakikat tersebut kerana pakar dari luar negara pun turut mengesahkan ia tulen,” ujarnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Akhirnya kes video seks yang menggamatkan politik di Malaysia itu akan dibicarakan. Laporan polis oleh Anwar Ibrahim terhadap Trio Datuk T akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Maka satu lagi episod baru dalam lipatan sejarah salahlaku seks bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia bernama Anwar bin Ibrahim akan bermula.

1 ulasan:

AJAI62 berkata...

Assalam Bro

Kita tenguk siapa yang terkedu... Akan terbongkar segala apa yang jadi rahsia... Nak tanyalah Bro agak2 PapaGomo jadi saksi tak??? heheheee

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog