Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 24 Jun 2011

'Kami sedia terima apa saja hukuman' - Eskay

''KAMi lakukannya demi untuk tegakkan kebenaran. Oleh itu, kami sedia terima apa sahaja hukuman,'' kata Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengenai tuduhan yang bakal dihadapi oleh Trio Datuk 'T' di Mahkamah Majistret Kuala Kumpur pagi Jumaat.

''Adakah salah apa yang kami lakukan ini? Anwar Ibrahim seolah-olah mahu kami dihukum sekeras-kerasnya. Siapa yang sepatutnya dihukum, beliau atau kami?"

''Kami mendedahkan salah laku pemimpin seperti beliau (Anwar), apakah itu salah? Jika beliau mahu kami dihukum sekeras-kerasnya, maka tiada siapa pun selepas ini yang akan berani ke hadapan untuk menyatakan kebenaran,'' katanya kepada Utusan Malaysia pada Khamis.

Dua lagi Datuk 'T' yang akan dihadapkan ke mahkamah yang sama ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Anwar dalam kenyataannya kepada portal berita pembangkang, Malaysiakini semalam berkata, dia tidak yakin Trio Datuk 'T' itu akan dihukum keras oleh mahkamah.

Menurut Shazryl, jika dikaji secara mendalam mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan pun apabila mendedahkan perbuatan buruk Anwar itu.

''Kami hanya menayangkan kepada sekumpulan wartawan terpilih sebagai usaha terakhir mendedahkan 'rahsia' Anwar yang selama ini dijunjung tinggi oleh pembangkang sebagai pemimpin bersih.

''Anwar tidak boleh sama sekali bandingkan apa yang kami lakukan itu dengan perbuatan terkutuknya,'' katanya.

Kira-kira pukul 8 pagi esok, Trio Datuk 'T' itu akan didakwa berhubung isu penayangan video seks membabitkan seorang pemimpin yang dikatakan mirip Anwar bersetubuh dengan pelacur China.

Mereka bertiga difahamkan akan didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Eskay telah bersumpah di dalam sebuah masjid di Kuala Lumpur bahawa pelaku seks itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah pihak polis dan pakar antarabangsa turut mengesahkan kesahihan rakaman video seks itu.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Begitulah Anwar Ibrahim apabila berdepan dengan masalah peribadinya. Dia yang membuat laporan polis atas dakwaan Trio Datuk T menyebarkan video lucah dan dia juga yang tidak yakin dengan tindakan polis dan juga mahkamah.

Belum pun perbicaraan dimulakan dia dah tuduh mahkamah tidak akan jatuhkan hukuman berat. Tapi bila mahkamah buat keputusan pinda hukuman seperti dalam kes Tian Chua tidak pulak dia menuduh mahkamah meringankan hukuman kerana memihak kepada pemerintah atau aras arahan Umno?

Pemimpin jenis macam inipun ada yang cuba angkat dia untuk jadi pemimpin nombor satu negara?

1 ulasan:

AJAI62 berkata...

Assalam Bro

Peguam negara berpegang kepada saranan PAS... Berdosa buka aib orang... hehehee. Biasalahkan sekarang ni banyak kes-kes terpilih aje yang dibicarakan. Orang yang sepatutnya dibicarakan lepas bebas menjahanamkan negara.. Kita tunggu apa yang tersirat dalam perbicaraan ini.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog