Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 26 Julai 2011

Anwar liabiliti kepada pembangkang


Adakah kelentong dan temberang 'pengkhianat negara' ini masihmampu memikat khalayak?
PAS dan DAP kini dilihat berada dalam dilema untuk meneruskan kerjasama ekoran 'orang tengah' yang bertanggungjawab dalam penyatuan dua parti terbabit iaitu Anwar Ibrahim sudah menjadi liabiliti kepada pembangkang.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, walaupun dua parti berkenaan tahu bahawa Anwar adalah satu beban, namun mereka tetap memerlukan Ketua Pembangkang itu.

"Dari segi apa yang telah berlaku dan sedang berlaku, Anwar adalah liabiliti kepada pembangkang. Tetapi pembangkang dalam dilema. Mereka masih memerlukan Anwar. Itu dilema mereka.

“Mereka tahu, dia (Anwar) adalah satu bebanan. Tetapi mereka memerlukan Anwar kerana hanya Anwar yang boleh menyatukan Pas dan DAP. Kerana pada DAP, sekiranya mereka menjalinkan hubungan terus dengan Pas, sudah tentu anggota-anggota mereka tidak terima.

"Begitu juga dengan Pas. Dengan DAP, mungkin mesejnya lain dan dengan Pas pula, mesejnya lain. Sebab itu, kedua-dua pihak perlukannya. Lagipun, kelebihan Anwar kerana pidatonya, dia boleh memikat orang ramai,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh blog AIDC yang disiarkan menerusi blog tersebut, http://www.anwaraidc.com.

Chandra yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) berkata, ketika Pilihan Raya Umum 2008, faktor Anwar menjadi penentu kepada kejayaan pembangkang.

Bagaimanapun ujar beliau, selepas tiga tahun pembangkang memerintah di negeri-negeri tertentu, faktor Anwar juga yang menyebabkan prestasi pakatan semakin merosot dan semakin ramai yang sudah ubah fikiran.

Jelasnya, selain Pas dan DAP, sebahagian daripada bukan Melayu turut memerlukan Anwar sebagai orang yang boleh menegakkan kepentingan mereka.

Justeru, DAP/PAS terpaksa telan semua ini?
"Mereka menganggap dia (Anwar) sebagai manusia yang diperlukan. Soal kelemahan-kelemahan peribadinya, mereka tak kisah.

"Yang penting pada mereka, hanya Anwar akan ubah keadaan ini. Tak ada DEB (Dasar Ekonomi Baru), tak ada keistimewaan-keistimewaan, semuanya sama rata. Ini yang menarik perhatian mereka. Mereka menganggap Anwar itu adalah sebagai satu peluang untuk mempertingkatkan desakan-desakan mereka,'' katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, perjuangan Anwar dahulu adalah berbeza dengan perjuangannya kini yang dilihat sebagai tidak konsisten.

"Berbeza... memang berbeza. Tahun 1970-an dia sebagai pejuang Islam melalui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Tetapi sekarang pendiriannya itu lebih mirip apa yang disifatkan sebagai politik liberal.

"Sekarang dia menampilkan dirinya sebagai pejuang kepada hak asasi manusia. Ini yang dimaksudkan sebagai 'chameleon', berubah-ubah. Dan sekiranya pada masa akan datang, dia rasa perlu ubah, mungkin dia akan ubah lagi,'' tambahnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Tidak mungkinkah duit Anwar yang berbilion itu juga menjadi sebab kenapa PAS dan DAP memerlukannya?
Bagaimana pula dengan peranan Anwar yang mendapat sokongan kuasa asing yang mahu menguasai ekonomi dan politik Malaysia melaluinya?

1 ulasan:

TiS berkata...

Setuju dengan pandangan Pak Sulung, mungkin Anuar dah beli DAP dan PAS.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog