Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 30 Julai 2011

Bila datang Ramadhan dan Hari Raya, harga barang pun naik.... Masa Tahun Baru Cina tidak pulak?

BANCI penduduk 2010 menyaksikan penduduk Malaysia kini 28.3 juta orang. Dari jumlah itu 91.8% adalah warganegara, sementara baki 8.2% adalah warga asing. Kumpulan etnik terbesar pula ialah bumiputera 67.4%, Cina 24.6%, India 7.3% dan lain-lain 0.7%.

Apabila penduduk semakin ramai, masalah utama yang pasti berlaku ialah bekalan makanan. Bila rakyat bertambah, keperluan bahan makanan juga bertambah.

Dan apabila permintaan bahan makanan meningkat, maka sudah tentulah harga bahan makanan turut meningkat mengikut permintaan. Hukumnya ialah apabila permintaan melebihi penawaran, maka harganya pasti mahal.

Selain itu, di negara kita, bukan semua bahan makanan mampu ditampung oleh pembekal tempatan atau dihasilkan oleh petani, penternak dan nelayan tempatan. Kerana tidak mencukupi, maka terpaksalah barangan keperluan asas makanan kita diimport dari luar.

Bahan seperti tepung gandum, seratus peratus terpaksa diimport. Kerana faktor cuaca, negara kita tidak boleh ditanam gandum. Selain itu bahan-bahan seperti gula, ikan, sayur-sayuran, daging dan juga minyak galian terpaksa diimport kerana bekalan tempat tidak mampu menampung keperluan permintaan pengguna dalam negara.

Faktor inilah yang membuatkan kerajaan kita terpaksa menampung kos harga barang keperluan asas itu dengan subsidi yang bukan sedikit jumlahnya. Dan jumlahnya kian bertambah tahun demi tahun.

Seludup keluar barang bersubsidi.. kerja siapa?

Malangnya, niat baik dan hasrat murni kerajaan demi rakyat itu telah diambil kesempatan secara salah oleh para pengkhianat subsidi dengan pelbagai helah bagi mengaut keuntungan terpihak melalui penipuan dan penyelewengan subsidi.

Kalau perkara ini dibiarkan berterusan, besar kemungkinan negara kita akan berdepan dengan masalah besar dari segi menyediakan peruntukan bagi manampung kos subsisi bahan keperluan asas untuk rakyatnya.

Maska masalah kenaikan mendadak harga barangan menekan bukan sahaja rakyat, malahan juga pihak kerajaan yang berusaha keras memastikan kehidupan rakyat selesa.

Sebagaimana diumumkan Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin, kerajaan akan mengkaji langkah baru untuk menangani kenaikan harga barang bagi mengurangkan bebanan rakyat.

Beliau berkata antara langkah berkenaan ialah membantu petani, penguatkuasaan undang-undang, imbuhan khas kepada rakyat dan menambah subsidi untuk rakyat selain subsidi minyak.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi mengkaji langkah berkenaan dan merumuskan formula untuk mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan kos harga barang-barang, kata Muhyiddin yang juga pengerusi jawatankuasa itu.

Langkah itu nanti akan menidakkan dakwaan bahawa kerajaan tidak ambil kisah mengenai beban yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barang-barang keperluan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan dan Pelancaran Program Doktor Masuk Kampung Parlimen Pagoh, Sabtu.

Pada Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menambah satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu yang berkaitan usaha untuk memerangi kos kehidupan yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga barang-barangan terutamanya makanan, yang dilihat sebagai fenomena global dan membebankan rakyat.

Yang menjadi persoalan ialah waktu dan masa kenaikan harga barang-barang keperluan itu jadi heboh dan sering menjadi bahan berita serta modal politik pembangkang yang sememangnya mencari isu untuk membangkang.

Sudah menjadi lumrah di negara ini, apabila tiba musim perayaan tertentu seperti puasa Ramadhan, Hari Raya dan musim cuti sekolah, harga bahan seperti ayam, daging, minyak masak, telur ayam, tepung, gula dan lain-lain yang berkaitan dengannya akan naik mendadak dengan alasan bekalan tidak mencukupi.

Pendek kata, pelbagai alasan diberikan oleh para peniaga, terumanya para pembekal utama.

Peliknya, kenapa semasa orang Melayu/Islam menyambut perayaan tertentu sahaja, maka harga barangan akan naik mendadak kerana alasan bekalan tidak mencukupi? Sedangkan semasa kaum lain menyambut perayaan mereka tidak pun berlaku kenaikan seperti yang dimaksudkan.

Minyak masak bersubsidi juga diseleweng....
Kenapa boleh jadi macam ini?

Adakah kerana kaum Melayu/Islam tidak ada yang terlibat dalam usaha menjadi pembekal utama bahan makanan, maka kaum lain yang menguasai bidang itu mengambil kesempatan?

Eantahlah! Kaum bumiputera jadi kaum majoriti di negara ini, tapi yang mengusahakan perniaga membekal barangan keperluan harian diusaha dan dikuasai oleh kaum lain.

Setelah lebih lima puluh tahun merdeka masalah ini masih belum berjaya diatasi. Kuasa ekonomi masih belum mampu dikuasai oleh kaum bumiputera sendiri.

Takkanlah ini pun salah kerajaan atau disalahkan kerajaan? Bagaimana dengan sikap dan perangai buruk orang Melayu itu sendiri? Asyik nak hidup senang dan dapat untung mudah, maka segalanya jadi masalah kekal.

Sampai bila pihak majoriti mahu bergantung bekalan dan penentuan harga barang keperluan hariannya kepada pihak minoriti yang menguasai ekonomi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog