Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 29 Julai 2011

Kes Pembohongan Mat Sabu: Siasatan Polis selesai, tindakan seterusnya?....

Wajah tak serupa, tapi perangai lebih kurang sama....
SEMUA orang kata Mat Sabu kantoi dengan pembohongan dan lakonannya yang mendakwa dirinya dilanggar oleh Land Rover polis, kemudian menukar kepada kereta Proton Waja milik PDRM setelah paparan video oleh pihak polis menunjukkan insiden sebenar kepada umum.

Maka bertali-aruslah kecaman rakyat terhadap Timbalan Presiden Pas itu. Penyokong Pas resah dan Mat Sabu sendiri gelisah. Kenyataan bercanggah yang diberikannya sebelum dan selepas tayangan video klip polis itu membuktikan bahawa pemimpin nombor dua ‘Parti Kebajikan Malaysia’ (nama baru Pas) memang kaki kelentong dan pembohong yang sama waktu dengan Anwar bin Ibrahim. Sama-sama anak Seberang Prai lerr katakan.

Atas desakan ramai yang meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap pembohongan dan penipuan Mat sabu itu, pihak berkuasa polis pun melakukan siasatan bagi tujuan mendakwanya di mahkamah.

Sebagaimana dijelaskan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, kertas laporan berkenaan telah siap dan dihantar ke pejabat Peguam Negara (AG), baru-baru ini.

Maknanya, polis telah melengkapkan siasatan kes Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa dilanggar oleh sebuah kereta Proton Waja milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika perhimpunan haram di ibu negara, 9 Julai lalu.

Nalaaa... punya balut lutut!
"Saya tidak ingin mengulas lanjut, namun kertas siasatan telah siap dan dihantar kepada AG," katanya ketika ditemui pemberita selepas menutup Bengkel Pembangunan Aplikasi Siasatan Trafik di Genting Highland pada Khamis.

Khalid turut memberitahu, beberapa kertas siasatan lain berkaitan penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) juga telah dihantar kepada AG.

"Ada kertas siasatan telah dihantar kepada AG, malah ada juga yang dipulangkan semula kepada pihak polis dan kita akan hantar kembali dalam masa terdekat.

"Setakat ini apa yang boleh saya beritahu adalah siasatan kini pada peringkat akhir," jelasnya.

Ditanya tentang tarikh pendakwaan terhadap beberapa individu yang terlibat secara langsung dengan Bersih, Khalid menjelaskan, ia bergantung kepada keputusan AG.

"Terpulang kepada AG dan kita masih menunggu keputusan itu, setelah pihak mereka menilai kertas siasatan yang dilakukan polis," katanya.

Kesimpulannya, kerja polis dari segi menyediakan kertas siasatan telah selasai, walaupun ada yang terpaksa diperkemas atas kehendak pejabat Peguam Negara.

Bagaimanapun, rakyat yang bencikan huru-hara dan puak pengkhianat negara/bangsa itu berasa ragu dan sangsi, apakah kes Mat Sabu dan lain-lainnya yang berkaitan dengan perhimpunan haram Bersih 2.0 akan menerima nasib serupa seperti kes jam Omega dan Video Seks yang didakwa Datuk Eskay pelaku lelakinya adalah Anwar Inrahim?

Segalanya senyap sepi bagaikan mencampak batu ke tasek. Setelah kocakan air tenang, batu tak juga timbul dan suasana kembali seperti sedia kala – tenang dan macam tak ada apa-apa?

Inilah antara perkara yang menggusarkan rakyat bawahan, terutamanya mereka yang tidak faham langsung selok-belok perundangan negara bertuah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog