U. Suresh - dua dari kiri |
Perbicaraan Sesi Pagi:
SEORANG pekerja ladang yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu mahkamah pada Isnin, dia tidak mengenali N. Pathmanabhan yang merupakan tertuduh pertama dalam kes bunuh itu.
Saksi ke-29 pendakwaan, U. Suresh, 27, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Udang, Melaka, juga memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia tidak pernah melihat bekas peguam tersebut.
Ketika ditanya sekali lagi sama ada dia pasti tidak mengenali Pathmanabhan, Suresh menjawab: Tidak tahu.
Saksi itu bagaimanapun mengenali tertuduh kedua, ketiga dan keempat iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan, dua bulan sebelum kesemua mereka ditangkap pihak polis di sebuah ladang di Banting pada 9 Sept 2010.
Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff mengapa dia dipenjarakan di Penjara Sungai Udang, saksi itu menjawab: "Saya berada di sana kerana polis arah saya beri keterangan palsu."
"Masa awak di penjara Sungai Udang ada polis ambil statement daripada awak?" soal Ishak dan Suresh menjawab ada dan dia turut mengakui ada menurunkan tandatangan pada rakaman percakapan itu.
Bagaimanapun ketika diminta mengenal pasti tandatangan di atas dokumen tersebut, saksi itu berkata tandatangan di atas dokumen itu berbeza dengan tandatangannya.
Suresh, yang hadir di mahkamah memakai pakaian banduan berwarna merah memberi keterangan pada hari ke-10 perbicaraan kes Pathmanabhan dan Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayan, ketiga-tiganya pekerja ladang yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan pemandu Sosilawati Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjong Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Pathmanabhan, 42, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pada 21 Feb lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Suresh dan seorang lagi pekerja ladang, K.Sarawanan atas empat tuduhan melupuskan bahan bukti dalam pembunuhan keempat-empat mangsa.
Hakim Datuk Mohtaruddin Baki, dalam melaksanakan kuasanya di bawah Kanun Acara Jenayah untuk menyemak keputusan mahkamah rendah, meningkatkan hukuman penjara itu daripada tempoh asal tujuh tahun yang sebelum itu diputuskan oleh Majistret Telok Datok, Banting, selepas mereka mengaku bersalah ke atas keempat-empat tuduhan tersebut.
Menyambung keterangannya, Suresh berkata dia bekerja sebagai pemandu lori di ladang tersebut dan juga memberi makanan kepada haiwan-haiwan di ladang itu seperti ayam, kambing, angsa, merak dan anjing.
Ditanya siapa yang membayar gajinya, Suresh berkata tertuduh keempat, Kathavarayan yang membayar gajinya secara tunai iaitu sebanyak RM1,000.
Ishak: "Siapa ketua di ladang itu?"
Suresh: "Selama saya bekerja di situ Ravi (tertuduh keempat) yang in-charge. Matan dan Thilaiyalagan juga bekerja di ladang yang sama".
Ketika ditanya sama ada terdapat zink di ladang itu, Suresh menjawab: "Ada banyak zink dan ia digunakan untuk buat atap rumah di ladang."
Ketika dirujuk dan diminta mengenal pasti enam keping zink yang merupakan eksibit di mahkamah, saksi itu berkata kesemua zink tersebut tiada di ladang itu.
Ishak: "Pada 30 Ogos 2010, kira-kira pukul 7 petang di mana awak berada?"
Suresh: "Saya pergi ke rumah pakcik di Cheras, pakcik saya buat perniagaan kanopi dan dia minta sewa lori, jadi saya bawa lori bernombor pendaftaran BHM 5010 milik Kathavarayan."
Ishak: "Pernah lihat kereta bernombor pendaftaran WTL 11?"
Suresh: "Tidak".
Dalam keterangan sebelum ini, kereta jenis BMW X5 itu telah digunakan oleh Sosilawati dan Kamaruddin pada hari mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos 2010 dan kereta tersebut ditemui ditinggalkan di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di USJ, Subang Jaya pada 6 Sept 2010.
Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin kemudian mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 145 Akta Keterangan 1950 untuk menyoal balas kebolehpercayaan Suresh kerana mendakwa keterangan saksi itu di mahkamah bercanggah dengan rakaman percakapannya kepada pihak polis.
Peguam Gurbachan Singh yang mewakili tertuduh kedua, Thilaiyalagan, bagaimanapun membantah permohonan pihak pendakwaan atas alasan Suresh menafikan bahawa dia memberi kenyataan kepada pihak polis dan menafikan bahawa tandatangan pada rakaman percakapan itu adalah miliknya.
Peguam Ravi Nekoo yang mewakili tertuduh keempat, Kathavarayan, juga membantah permohonan itu atas alasan Seksyen 145 hanya terpakai semasa saksi sedang disoal balas dan bukan semasa di peringkat pemeriksaan utama.
Saiful Edris kemudian berkata sekiranya Hakim Datuk Akhtar Tahir yang mendengar kes itu bersetuju dengan bantahan peguam, pihaknya ingin merujuk Seksyen 154 Akta Keterangan sebagai alternatif kepada Seksyen 145.
Peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan pula membantah dengan alasan seksyen itu hanya terpakai ketika saksi ditanya dengan satu soalan yang khusus.
Manjeet Singh dalam pada itu berkata beliau turut dimaklumkan bahawa Ishak dan seorang pegawai polis yang akan memberi keterangan di mahkamah telah pergi ke penjara untuk menemui Suresh pada minggu lepas.
Ishak kemudian menjelaskan bahawa beliau telah pun menghubungi peguambela Suresh, A.S.Dhaliwal memaklumkan mengenai perkara itu dan Dhaliwal berkata beliau (Ishak) mempunyai hak untuk berjumpa dengan Suresh memandangkan anak guamnya itu adalah saksi pihak pendakwaan.
Dhaliwal berkata beliau tidak boleh menghalang Ishak berjumpa dengan anak guamnya tetapi mengingatkan Timbalan Pendakwa Raya itu sekiranya Suresh diganggu beliau akan membuat laporan polis.
"Saya tidak boleh salahkan DPP (Ishak) sepenuhnya kerana beliau telah beritahu kamu. Kamu sepatutnya pergi bersama DPP jika kamu bimbang Suresh akan diganggu. Beritahu anak guam kamu bahawa dia ada hak untuk jumpa atau menolak berjumpa dengan sesiapa," kata Akhtar.
Hakim itu kemudian menetapkan esok untuk kedua-dua pihak berhujah lanjut mengenai permohonan pihak pendakwaan sebelum beliau membuat keputusan.

Laporan: BernamaOnline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan