HEBOH diberitakan bahawa hampir 100 penduduk di Seri Kembangan, pada Isnin berhimpun secara aman menuntut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Ean Yong Hian Wah supaya bertanggungjawab terhadap kematian mendiang Teoh Beng Hock.
Bukan main sedap bunyi tuntutan kaum Cina yang besar kemungkinanya penyokong kuar DAP yang selama ini menyokong dan mengundi Ean Yong memenangi kerusi DUN kawasan berkenaan.
Mereka kata Ean Yong patut dipersalahkan kerana tidak memberikan bantuan moral kepada Teoh Beng Hock semasa mendiang disoal siasat oleh pihak SPRM.
Antara wakil penduduk yang hadir pada perhimpunan itu ialah bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong serta dua aktivis yang juga rakan mendiang Beng Hock iaitu Allan Liew Sin Kim dan Wong Jung Lik.
Kenyataan muluk mereka menyebutkan:
“Perhimpunan pada hari ini menuntut Yang Berhormat Ean Yong Hian Wah, bekas majikan mendiang Beng Hock supaya bertanggungjawab di atas kematian beliau.
Ean Yong telah berlaku kejam terhadap mangsa iaitu mendiang Beng Hock dengan membiarkan kematian beliau tidak mendapat pembelaan yang adil malah sanggup mendiamkan diri membiarkan pihak lain dipersalahkan. Ean Yong bersikap zalim apabila cuba menutup kesalahan beliau sendiri terlibat dengan mencari pihak lain untuk dipersalahkan.
Mendiang Beng Hock adalah seorang pekerja yang baik dan sentiasa mematuhi arahan majikannya. Sebagai pekerja mendiang telah bertindak mengikut apa yang sering diarahkan oleh majikan beliau.
Perhimpunan ini menuntut keadilan bagi keluarga mendiang Beng Hock yang telah kehilangan seorang anak yang baik dan pekerja yang sentiasa menurut perintah. Ean Yong ialah ‘pembunuh’ mendiang dan mesti bertanggungjawab membayar sejumlah pampasan kepada keluarga mendiang.
Ean Yonglah sebenarnya memberikan tekanan berterusan kepada mendiang sehingga beliau hilang punca dengan tindakan majikannya yang tidak mahu bertanggungjawab di atas salah laku serta penyelewengan yang beliau lakukan sendiri. Mendiang terasa dirinya telah dikhianati oleh majikannya yang dipercayainya sendiri iaitu Ean Yong.
Ean Yong seharusnya berasa malu dengan perbuatan kejam, zalim dan berniat jahat membiarkan pekerjanya sendiri menerima tekanan akibat perbuatan beliau umpama ‘Ean Yong makan nangka, Beng Hock dapat getah’.
Malah Ean Yong tanpa segan silu mengheret rakyat Malaysia dengan berdiri di belakang nama parti ke dalam permasalahan kes rasuah dan salah guna kuasa beliau.
Tindakan kejam ‘membaling batu dan sembunyikan tangan’ Ean Yong sebenarnya adalah lebih teruk daripada ‘binatang’ kerana langsung tidak bertanggungjawab terhadap mendiang yang selama ini merupakan seorang pekerja yang selalu mentaati dan menurut arahan majikannya.
Perhimpunan ini juga menuntut Ean Yong memohon maaf secara terbuka kepada semua kontraktor bumiputera apabila beliau secara terang-terangnya melakukan salahguna kuasa menyekat tender-tender kontraktor bumiputera dengan memberikan kepada pihak yang berkepentingan serta untuk kepentingan peribadi beliau semata-mata.
Keluarga mendiang Beng Hock wajib dibayar pampasan!”
Kenyataan ini seolah-olah puak ini menyokong kerajaan dan menekan ADUN Seri Kembangan itu. Tidak ada sepatah perkataan pun menuduh atau mengutuk DAP. Sedangkan apa yang dilakukan Ean Yong adalah untuk DAP Selangor.
Kepada SM, kenyataan yang diluar jangkaan dan mungkin agak ganjil ini adalag satu lagi muslihat pembangkang, khasnya kepimpinan DAP Selangor untuk mengalih beban kesalahan kepada Wakil Rakyat itu sebagai individu. Bukan atas nama parti politik yang diwakilinya – DAP.
DAP mahu membersihkan diri daripada sebarang dakwaan dan tuduhan menyalahguna kuasa dalam mengurus dan mengendalikan projek ‘menyamun dan merompak’ wang rakyat negeri Selangor yang diperuntukkan kepada wakil-wakil rakyatnya.
Seperkara yang harus diingat, Ean Yong pernah ada krisis kepimpinan dengan Ronnie Liu dalam DAP Selangor, khasnya ketika berlaku krisis pemecatan seorang Ahli majlis Perbandaran Kelang tidak berapa lama dahulu.
Wallahhualam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan