Buktinya, apabila Suhardi telah jadi pelakon terkenal dan diminati ramai, dia akhirnya menghilangkan diri menyorok entah di mana setelah paparan media mengenai lakonannya tersebar luas dan diminati ramai, terutama pihak berkuasa polis.
Pada Khamis, pihak polis Shuhardi dicari bantu siasatan menasihatkan Shuhardi Md. Isa, individu yang dikatakan berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu, supaya tampil dan bekerjasama membantu siasatan pihak berkuasa.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini, Shuhardi masih belum dijumpai dan dipercayai menyembunyikan diri.
“Saya nasihat dia tampil ke hadapan membantu polis dalam siasatan ini, kenapa pula dia perlu bersembunyi tanpa sebab.
“Kita ingin tahu sebab dan siapa yang menyuruh dia (Shuhardi) melakukan perkara itu, malah jika dia beri alasan munasabah kelakuannya itu, kita tetap akan menerimanya,” katanya kepada pemberita selepas menutup Bengkel Pembangunan Aplikasi Siasatan Trafik di Genting Highland, Khamis.
Khalid memberitahu, setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang rakaman video atau gambar daripada orang awam berhubung perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu.
Ke mana Suhardi menyorok?
Adakah dia juga sama seperti RPK yang cabut lari ke luar negara atas tanggongan Anwar Ibrahim dan konco-konconya atau macam Penyiasat Persendirian, Bala yang juga cabut lari ke luar negara setelah membuat akuan bersumpah palsu atas arahan Anwar Ibrahim?
Kalau begitu, kira si Suhardi ni hebat juga lerr....
Tidak ada kemungkinankah Suhardi kini sedang sibuk berlakon dalam mana-mana drama atau filem? Mana tahu, entah-entah, selepas dia membuktikan bakatnya melalui Bersih 2.0, dia telah dipanggil berlakon oleh mana-mana pengarah terkenal di dalam negara atau mungkin juga di luar negara.
Mana tahu, Suhardi kini sedang beraksi di Hollywood sebagai hero atau sedang berlari di lereng-lereng gunung di Kashmir sambil bernyanyi untuk filem bikinan Bollywood?
Mungkin ialah satu-satunya kejayaan besar Ambiga dan Anwar Ibrahim yang anjurkan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Tanpa perhimpunan haram berkenaan, tidak siapa yang kenal dengan Suhardi Md. Isa....
Wallahhualam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan