Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 27 Julai 2011

Patutlah Anwar Yakin Revolusi Boleh Dilakukan Di Malaysia....

KEJAYAAN Anwar Ibrahim menganjurkan perhimpunan haram Bersih 2.0 melalui Ambiga pada 9 Julai lalu memang meyakinkan ‘Pengkhianat Negara/Bangsa’ itu bahawa harapannya untuk merampas kuasa negara ini melalui revolusi boleh dan mampu dilaksanakan.

Justeru itu, tidak salahlah bila Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan di Indonesia bahawa negara Malaysia ini sedang menuju kearah revolusi, sebaik sahaja perhimpunan haram berkenaan selesai dianjurkannya.

Anwar yakin ianya boleh dilakukan dan para penyokong dari kalangan kaum Melayu sedang bergiat cergas ke arah melancarkan revolusi berkenaan. Revolusi untuk meletakkan Anwar sebagai pemimpin utama negara, setelah melalui proses demokrasi dan pilihanraya diyakini tidak mampu.

Maknanya, segelintir kaum Melayu bersetuju negara bertuah ini dijadikan sebuah republik sepertimana Indonesia dan Singapura. Kuasa raja akan digulingkan melalui revolusi itu, begitu juga dengan keutuhan parlimen sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan negara sejak merdeka pada 1957.

Bila berlaku revolusi, perlembagaan akan ditukar baru dan Ketua Negara yang kini di tangan Yang di-Pertuan Agong akan ditukar kepada seorang presiden yang belum ditentu cara perlantikannya. Yang penting, Presiden pertama Republik Malaysia itu nanti ialah Anwar bin Ibrahim.

Kenapa Anwar Ibrahim begitu yakin usaha terakhirnya itu akan berjaya?

Jawapannya ialah kerana kesediaan segelintir orang Melayu menyokong dan mengikut Ambiga menderhakai titah perintah Yang di-Pertuan Agong, empat hari sebelum perhimpunan haram Bersih 2.0 diadakan.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya Ambiga membatalkan hasrat Bersih 2.0 mengadakan perarakan dan perhimpunan di jalan-jalan raya dan di Stadium Merdeka, Ambiga dengan sokongan padu Melayu PKR dan PAS tetap menganjurkan perhimpunan haram itu tanpa mempedulikan titah perintah baginda.

Maknaya, perhimpunan haram Bersih 2.0 adalah batu loncatan untuk Anwar dan kuasa asing menguji sejauh mana ketegasan tindakan kerajaan atau pemerintah Malaysia berdepan dengan ‘penderhakaan’ terhadap titah perintah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sebagaimana diakui Ambiga pada Wacana Sinar dua hari lalu, beliau memang mendapat perintah daripada Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan perhimpunan haram Bersih 2.0 di Stadium Merdeka atau di jalanan sekitar Kuala Lumpur.

Ternyata segalanya telah dilakukan secara terang-terangan menentang titah perintah Yang di-Pertuan Agong. Namun tidak ada sebarang tindakan dikenakan terhadap penganjur Bersih 2.0, malahan dengan bongkak dia bagaikan mencabar Yang di-Pertuan Agong apabila mengakui titah yang mengarahkan supaya membatalkan perhimpunan haram berkanaan.

Atas hakikat inilah Anwar Ibrahim yakin satu gerakan revolusi mampu dan boleh dilakukan di negara bernama Malaysia ini bagi menentukan dirinya dinobatkan sebagai presiden Republik Malaysia.

Apakah ini satu lagi janji atau kelentong Anwar Ibrahim terhadap para penyokong dan penyumbang dana menjahanamkan Malaysia dari kalangan kuasa Barat dan zionis, hanya mereka sahaja yang dapat menilainya.

Sesungguhnya, harapan Anwar untuk menjadi PM telah semakin kabur dan kantoi, tetapi kerana kedegilan berterusan yang menjadi penggerak utama semangat juangnya, dia tak mahu mengaku kalah dan sentiasa mencari alasan dan cara baru untuk mengekalkan sokongan kuasa asing terhadapnya.

Sampai bila Anwar Ibrahim berkelakuan sedemikian, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Hadi Awang tak tahu, Nik Aziz pun tak tahu apatah lagi Lee Kuan Yew dan Lim Kit Siang. Namun harapan tetap mereka letakkan ke atas batu jembala Anwar Ibrahim untuk merampas kuasa orang Melayu/Islam di Malaysia.

Apapun yang dirancang dan disusun-atur oleh Anwar Ibrahim, segalanya terletak di tangan orang Melayu. Kalau majoriti orang Melayu negara ini mahu negaranya bertukar menjadi sebuah republik, maka memilih dan mengikut ajaran sesat Anwar Ibrahim adalah cara terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog