Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 28 Julai 2011

NGO Serah Memorandum Hargai Jasa Polis Kawal Keadaan 9 Julai kepada Suhakam: NGO lain bagaimana?

HURU-HARA dan kekacauan yang cuba dicetuskan melalui perhimpunan Bersih 2.0 masih membara di kalangan penganjur dan penyokong setianya walaupun gagal mencapai matlamat pada Sabtu, 9 Julai lalu. Usaha dan dendam mereka masih berterusan.

Terbaru, majlis yang dihadiri oleh PM dan para menteri di KL Senteral semalam cuba disabotaj atau diganggu oleh juak-juak Bersih dari kalangan PKR.

Dalam masa sama, usaha memburuk-burukkan pihak berkuasa polis dengan pelbagai tuduhan ganas yang palsu dan direka juga masih berleluasa. Tayangan video yang membuktikan niat jahat mereka masih tidak mampu memadamkan gerakan memburukkan pihak polis.

Bagaimanapun, bilangan mereka yang ‘keras kepala’ dan degil itu tidaklah seramai mana berbanding majoriti rakyat yang menyanjung tinggi dan menghargai jasa baik pihak polis mengawal keadaan semasa perhimpunan haram berkenaan dianjurkan.

Salah satu cara mencegah huru-hara berlaku....
Sebagai agensi kerajaan yang menjaga keamanan dan ketenteraman awam, khidmat dan sumbangan pihak polis selama ini sangat memerlukan skongan padu rakyat. Tanpa khidmat mereka, negara tercinta ini tidak akan aman dan huru-hara sepertimana yang berlaku di negara-negara lain pasti tidak akan dapat dielakkan.

Justeru, langkah dua NGO menyerahkan memorandum kepada SUHAKAM bagi menghargai jasa baik polis mengawal keadaan semasa perhimpunan haram pada 9 Julai lepas dengan penuh dedikasi adalah satu tindakan wajar mewakili majoriti rakyat yang cintakan keamanan, kedamaian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada tanah air tercinta.

Ikatan Rakyat Muslim Malaysia (Irimm) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menyerahkan memorandum itu kepada Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid di pejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung Irimm, Datuk Thajudeen Mohideen berkata pihaknya menyerahkan memorandum itu kepada Suhakam bagi menyatakan sokongan badan itu terhadap tindakan polis menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengawal ketenteraman awam.

"Jasa pihak polis semasa bertugas mengawal keadaan berjaya mengekang dari terjadinya perkara yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut.

Beliau berkata tuduhan yang dilemparkan terhadap anggota polis bahawa mereka menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan haram adalah tidak releven.

"Semasa berlaku demonstrasi, anggota polis bertungkus lumus mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan tugas mereka yang memerlukan mereka bekerja siang dan malam perlu dihargai oleh rakyat," katanya.

Syabas dan tahniah SM ucapkan kepada dua NGO berkenaan.

Persoalannya, takkanlah hanya dua NGO sahaja yang sedar dan berasa ada tanggungjawab untuk membela pihak berkuasa polis? Mana yang lain-lain?

Sebelum perhimpunan haram Bersih 2.0 dianjurkan, bukan main ramai lagi NGO dan badan sukarela lain mendesak supaya perhimpunan itu dihentikan melalui ribuan laporan polis.

Setelah polis bertindak dengan jayanya mencegah daripada berlakunya huru-hara dan kekacauan, semuanya senyap sepi. Sedangkan pihak polis yang bertungkus lumus menyuraikan keadaan menerima kecaman dan kutukan hebat daripada ‘pengkhianat negara’ dan juak-juaknya hingga menyiarkan pelbagai video tempelan ke seluruh dunia bagi memburukkan tindakan polis.

Bergadai nyawa menentang penjenayah....
Cuba bayangkan kalau pihak berkuasa polis negara kita berpeluk tubuh dan membiarkan sahaja segala jenayah dan kekacauan yang dilakukan oleh puak ‘pengkhianat’ yang mahu menukar kerajaan melalui perhimpunan jalanan? Bagaimana keadaan negara kita hari ini? Jadi seperti Mesir? Afghanistan? Libya? Atau bagaimana?

Justeru, tindakan dua NGO itu seharusnya disusuli oleh NGO-NGO lain dalam memberikan sokongan kepada pihak berkuasa polis yang menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam hinggakan kita semua berada dalam keadaan selesa untuk bertugas mencari rezeki.

Ingatlah, kalau negara kita jadi sepertimana yang berlaku di negara-negara Islam lain di dunia ini yang sedang berdepan dengan pelbagai masalah kehidupan gara-gara campurtangan kuasa asing yang mahu menguasai dunia dan melemahkan umat Islam, bagaimana keadaan kita semua hari ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog