Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 27 Julai 2011

PAS mula pinggirkan ulamak... Secara halus Nik Aziz telah diketepikan?

DAKWAAN bahawa Pas telah mencampakkan ‘perjuangan Islam’ bukan lagi omong kosong. Kepimpinan baru Pas telah benar-benar membuktikan bahawa parti itu tidak lagi memerlukan jenama Islam. Dan apabila Islam tidak mahu digunapakai, maka pemimpin bertaraf ulamak dalam parti itu juga tidak lagi disanjung dan dijadikan sandaran politik kepartian.

Apabila perjuangan Islam dipadam daripada sebarang slogan Pas, maka secara tidak langsung kepimpinan ulamak dalam parti itu juga terpaksa menerima nasib sama, iaitu dibakul-sampahkan segala pandangan dan pendapatnya.

Itulah yang terjadi kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini sangat disanjung dan dipertahankan apa jua kata-katanya walaupun mengelirukan fahaman umat Islam.

Sebagaimana diberitakan Utusan Malaysia pada hari ini: ‘Tidak sampai 24 jam Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan persetujuannya menyokong sistem biometrik, Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai golongan profesional, menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara tersebut.

Bukan sahaja bersetuju, malah, Nik Abdul Aziz turut menyatakan pendirian bahawa Pas sedia mendengar penjelasan daripada SPR berhubung sistem itu, tetapi belum pun sempat perjumpaan diadakan, Jawatakuasa Pas Pusat telah pun membuat keputusan menolaknya.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu berdasarkan kepada dua hujah iaitu sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara sejak sekian lama.

Beliau berkata, Pas sebaliknya, tetap dengan pendirian menuntut penggunaan dakwat kekal kerana hanya cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam sistem pilihan raya negara.

"Kita telah bincang cadangan itu (biometrik) dan kalau ikut kronologi biometrik merupakan cadangan Perdana Menteri yang diterima oleh SPR, kami berpendapat penggunaan sistem tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah pengundian dua kali atau lebih.

"Kami (Pas) menolak biometrik dan keputusan untuk menolak penggunaan sistem tersebut telah dibuat hasil perbincangan pada mesyuarat khas kami hari ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Pas di Kuala Lumpur, Selasa.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, dua lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Semalam, Nik Abdul Aziz berkata, beliau menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang jika terbukti tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya.

Benarlah kata pepatah bahawa ‘langit tidak selalunya cerah’ dan ‘setiap yang naik pasti akan turun jua’.

Apakah ini merupakan petanda bahawa khidmat dan peranan Mursyidul Am parti itu tidak lagi diperlukan? Logiknya begitulah yang sepatutnya dilakukan setelah Pas tidak lagi mahu dilabel sebagai ‘parti Islam’.

Begitulah putaran populariti seorang tokoh ulamak politik bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sangat digeruni kawan dan lawan.

Bagi menguatkan lagi cengkaman golongan pimpinan baru mengenepikan Nik Aziz, kenyataan yang menyanggah pendapat beliau itu disuarakan melalui anak didik kesayangan Nik Aziz sendiri, iaitu Husam Musa, bukan Hadi Awang, bukan Mat Sabu dan bukan juga Mustafa Ali.

Hakikatnya, kepimpinan baru Pas menjelang PRU-13 telah mengenepikan Nik Aziz secara halus dan terancang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog