Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 28 Julai 2011

Belitan Lidah Nik Aziz: Tak sokong pulak SPR guna biometrik.... Dah kena tengking ke?

SUDAH menjadi lumrah kepada insan bernama Nik Aziz, cakapnya berbelit dan tak boleh pakai. Sekejap ada, sekejap tak ada. Pukul 10.00 pagi sokong, pukul 2.00 petang tak sokong. Hari ini kata lain, esok kata lain pulak.

Inilah ulamak sanjungan dalam Pas yang menjadi libeliti kepada parti berkenaan dan juga sekutunya dalam ‘pakatan haramjadah’. Majoriti rakyat yang hormat kepadanya dahulu, kini telah tidak menghormatinya lagi. Bagi menutup segala kelemahannya sebagai insan politik, Nik Aziz mereka anggap dah ‘nyanyok’.

Kenyataan Nik Aziz yang berdasarkan apa yang difirnya ketika itu, sering mengundang padah kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Terbaru Nik Aziz menafikan dia menyokong cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk identiti pengenalan pengundi dalam pilihan raya umum.

"Saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Adapun laporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat.

"Lebih baik (guna) dakwat kekal yang kita (pembangkang) minta (dulu) itu, supaya tidak ragu, selagi biometrik ini meragukan maka tak usah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini pada Rabu.

Pada Selasa, sebuah akhbar menyiarkan di muka depannya berita bertajuk "Nik Aziz sokong biometrik" dan memetik kenyataan Menteri Besar Kelantan itu selepas merasmikan pelan hala tuju ICT negeri Kelantan 2011-2015 di Kota Darulnaim, Kota Baharu.

Pok Nik menangis tak berlagu....
Memang begitulah setiap kali, apabila kenyataannya tidak secocok dengan kepentingan politik ‘pakatan haramjadah’ yang sangat ditaatinya. Antara tuhan dan pakatan DAP-PKR-PAS, tak tahulah yang mana lebih utama untuk Nik Aziz taati. Dia tersepit antara ketokohan diri dengan kepentingan Anwar Ibrahim.

Pada peringkat awal, penjelasan SPR diterima oleh akal Nik Aziz sebagai suatu langkah baik bagi mencegah berlakunya peertindihan pengundi. Berdasarkan cap ibu jari yang terdapat dalam rekod Kad Pengenalan tentulah tidak memungkinkan boleh berlaku penyelewengan. Pusaran pada setiap ibu jari manusia tidak sama. Justeru, penentuan melalui cap jari seperti yang terdapat pada Kad Pengenalan MyKad adalah yang terbaik.

Memang logik dan boleh diterima oleh akal semua rakyat di negara ini, malah di seluruh dunia sekali pun.

Bagaimanapun, setelah media memaparkan berita Nik Aziz menyokong cadangan SPR, sedangkan rakan utama dalam ‘pakatan haramjadah’ tidak setuju kerana mahu terus menimbulkan isu politik ‘mengkambing-hitamkan’ SPR, maka Nik Aziz konar baring menafikan apa yang dikatakannya sebelum itu.

Maka berbelitlah lidah Nik Aziz mengikut kesesuaian yang dikehendaki oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Melalui kenyataan Abdul Hadi dan Husam Musa, ‘pakatan haramjadah’ menyanggah kenyataan Nik Aziz sebelum itu.

Sebagaimana biasa, besar kemungkinan Nik Aziz telah diherdik oleh Anwar Ibrahim kerana kenyataannya itu tanpa merujuk terlebih dahulu kepada ‘pengkhianat negara’ yang sedang berhempas-pulas mencari jalan membebaskan diri daripada tuduhan meliwat dalam kes liwat II yang sangat kukuh buktinya itu.

Maknanya, insan bernama Nik Aziz ini bukannya seorang ulamak agung yang tegas dan tetap pendiriannya berdasarkan ilmu, tapi berdolak-dalih bagaikan daun lalang ditiup angin. Melentuk-liuk ke segenap arah mengikut arah tiupan angin.

Di masa sama, apa yang dikatakan Nik Aziz itu membuktikan bahawa kesepakatan ‘seiya-sekata’ di kalangan pemimpin utama dalam ‘pakatan haramjadah’ memang tidak pernah wujud. Masing-masing dengan selera yang berdasarkan kepentingan parti masing-masing.

Tak dengar atau tak faham?
Nik Aziz yang bertaraf Mursyidul Am dalam Pas, selama ini merasakan dirinya paling atas dalam hiraki kepimpinan parti itu. Dia boleh kata apa sahaja dan para pengikut akan menyokongnya tanpa banyak soal. Dia lupa bahawa dalam ‘pakatan haramjadah’ yang paling penting ialah kepentingan Anwar Ibrahim dan politik cahuvanis Cina DAP yang mahu merampas kuasa mentadbir Malaysia.

Justeru, keberadaan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am Pas yang suka mengeluarkan kenyataan sesuka hati itu menjadi libeliti kepada kepentingan politik ‘pakatan haramjadah’. Setiap kenyataan yang diluahkannya membimbangkan.

Walaupun Hadi Awang telah mencampakkan ke longkang slogan perjuangan Pas yang berteraskan Islam, Nik Aziz masih belum dapat mensesuaikan siri dengan perubahan itu. Dia masih mahu menggunakan pemikiran Islam ciptaannya sebagai modal politik Pas. Dia tak tahu nak guna kaedah ‘kebajikan’ sebagaimana yang baru ditukar itu.

Mana mungkin seseorang yang telah begitu lama menjadikan nasi sebagai makanan ruji, menukar kepada ‘steak’ sebagai makanan rujinya?

Nik Aziz juga lupa bahawa ‘negara Islam’ tidak terdapat al-Quran sebagaimana yang dikatakan oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

Adakah Nik Aziz dan Hadi berselisih pendapat dalam hal ini, hanya mereka yang tahu. Mat Sabu hanya tengok saja.

Maknanya, dalam Pas itu sendiri masih bercelaru dari segi memahami dasar dan perjuangan parti. Modal politik yang sekian lama menggunakan jenama Islam tidak mampu dikikis oleh Nik Aziz dan ditukar kepada ‘negara kebajikan’.

Nik Aziz masih berada di takok lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog