Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 18 Ogos 2010

AMALAN ZIKIR PARA MALAIKAT

IBNU ABBAS berkata, “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy dan memerintahkan para Malaikat memikulnya, lalu para Malaikat cuba memikulnya dan terasa sangatlah beratnya. Lalu Allah SWT memerintahkan para Malaikat membaca Subhanallah. Sebaik Malaikat membancanya, maka terasa ringan Arasy yang dipikul. Para Malaikat pun terus membaca Subhanallah buat selama-salamnya.

“Apabila Allah SWT menghidupkan Adam a.s., maka mula-mula yang terkeluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalau Allah SWT ilhamkan kepadanya untuk membaca Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam a.s. membaca Alhamdulillah, lalu Allah SWT menjawab: Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).”

Kemudian para Malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik. Tidak sepatutnya kami abaikan. Maka digabungkan dengan kalimah pertama tadi dengan menjadi: Subhanallah - Walhamdu Lillah.

Kalimah itu dizikirkan oleh para Malaikat sehinggalah Allah SWT mengutuskan pula Nabi Nuh a.s. Oleh kerana kaum Nabi Nuh a.s. adalah kaum yang pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh a.s. supaya menyuruh kaumnya membaca kalimah: Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.

Lalu berkata para Malaikat: Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka para Malaikat pun menggabungkannya dengan kalimah yang dua sebelumnya menjadikan: Subhanallah-Walhamdu Lillah-Walaa illaha illallah.

Para Malaikat mengamalkan zikir kalimah berkenaan sehingga terutusnya Nabi Ibrahim a.s. Setelah Nabi Ibrahim a.s. diutuskan, Allah SWT telah memerintahkan supaya Nabi Ibrahim menjalankan ibadah korban dengan menyembelih anaknya Ismail, yang mana akhirnya Allah SWT telah menebus anak Nabi Ibrahim itu dengan seekor kibas.

Ketika Nabi Ibrahim a.s. melihat anaknya diselamatkan oleh Allah SWT dan digantikan dengan kibas, maka Nabi Ibrahim a.s. menyebut: Allahhu akbar kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.

Sekali lagi para Malaikat mengambil perhatian dengan berkata: Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar. Lalu para Malaikat pun menggabungkan dengan tiga kalimah yang ada sebelumnya, menjadi: Subhanallah-Walhamdu Lillah-Walaa illaha illallah-Wallahhu akbar.

Ketika Malaikat Jibril a.s. menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, Baginda berasa kagum dan terus membaca: “Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem”.

Mendengarkan apa yang dibaca Rasulullah SAW, Jibril a.s. berkata: “Gabungkanlah kalimah yang empat itu sehingga menjadi Subhanallah-Walhamdu Lillah-Walaa illaha illallah-Wallahhu akbar, wala haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem”.

Semoga apa yang dituliskan ini tambah memantapkan lagi iman para pembaca sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Aminnnn....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog