Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 19 Ogos 2010

Perlembagaan Baru Malaysia: ALAT ANWAR ATAU ANWAR DIPERALAT?

"ORANG Melayu dijajah berpunca daripada orang Melayu sendiri. Si Kitol dan Raja Mendeliar telah mengkhianati serta memecahbelahkan orang Melayu sehingga jatuhnya Kota Melaka ke tangan penjajah Portugis. Kini, dua watak sejarah Melayu itu muncul kembali apabila ada pemimpin Melayu (PKR dan Pas) bersekongkol dengan pihak lain untuk menghapuskan hak bangsa dan kedudukan Islam sendiri hanya kerana mahu berkuasa di Putrajaya.”

Demikian antara lain ulasan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idris mengenai kejutan baru yang ditimbulkan oleh Mufti Perak, TS Harussani Zakaria yang mengatakan wujudnya satu Perlambagaan Baru yang mengenepikan kepetingan dan hak keistimewaan orang Melayu.

Apa yang disebutkan TS Mufti Perak itu disambut oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, DS Zahrain Mohamed Hashim yang mengesahkan wujudnya 'perlembagaan baru' itu dan menyatakan ia adalah perbuatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meraih sokongan bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

MasyaAllah.... Sampai begitu sekali terdesaknya Anwar Ibrahim mahukan jawatan Perdana Menteri. Kerana jawatan dan kuasa dia sanggup menderhakai bangsanya, negaranya dan agamanya. Kenapa sampai begitu sekali kelakuan orang yang pernah jadi Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri? Kemana perginya identitinya yang selama ini ditonjolkan sebagai pejuang bangsa Melayu dan agama Islam?

Apakah semua itu terjadi kerana ‘Hukum Karma’ yang terpaksa diterimanya kerana selama ini apa yang terkeluar dari mulut tidak sama dengan apa yang terpendam di dalam hatinya? Cakap lain, buat lain.

Penulis rasa semua orang tahu jawapannya. Segalanya dilakukan Anwar kerana mahu menutup semua kes salah lakunya yang tidak mampu lagi dibendung dengan pelbagai lakonan dan drama. Mahkamah rakyat telah membuat keputusannya tersendiri. Penangguhan perbicaraan kes yang ternyata disengajakan itu menjadi bukti kepada mahkamah rakyat membuat keputusan.

Lantaklah.... Biarkan Anwar terjun dengan labu-labunya. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu akhir kesudahan episodnya kali ini. Kita sebagai rakyat hanya mampu memerhati dan mendengar dengan pelbagai cara. Ada yang mengeluh, kesal, kecewa dan tidak kurang pula yang marah dan menyumpah seranah dengan pelbagai ungkapan.

Soalnya ialah, apakah benar Anwar Ibrahim akan jadi Perdana Menteri kalau Pakatan pembangkang (DAP, PAS dan PKR) memenangi PRU-13 nanti? Siapa yang memperalat dan siapa pula yang jadi alat?

Tiga hari lalu, pada 16 Ogos, blog ini menyiarkan tulisan yang mengisahkan hancurnya impian seorang pengkhianat bangsanya dengan tajuk ‘Kisah Impian Si Pengkhianat’. Kisahnya adalah mengenai seorang pemimpin syiah di Baghdad, Muaiyiduddin al-Alqami yang cuba mengkhianati kerajaan Abbasiyah. Beliau bersekongkol dengan panglima tentera Monggol bernama Holako untuk menyerang kota Baghdad dan membunuh Khalifah serta keluarga dan para ulamak Baghdad.

Perancangan awalnya berjaya. Kota Baghdad tewas di tangan tentera Monggol. Khalifah, keluarganya, pemimpin dan para ulamak dibunuh dengan mudah kerana tipu daya dan muslihat Muaiyiduddin si pengkhianat.

Akhirnya, Muaiyiduddin sendiri dipancung oleh Holako kerana beliau dianggap seorang yang tidak boleh dipercayai kerana sikapnya yang sanggup menderhakai negara, bangsa dan agamanya, semata-mata kerana kuasa dan dendam.

Membaca berita mengenai Anwar Ibrahim melalui PKRnya (sebagaimana diakui DS Zahrin – bekas orang kuat Anwar dan PKR) yang sanggup jadi pengkhianat bangsa, negara dan agamanya kerana jawatan PM dan kuasa menghapuskan dosanya, penulis terbayangkan kisah Muaiyiduddin itu.

Jika PKR berkuasa, berjayakah Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri? Bolehkan DAP yang anti Melayu serta Islam itu menerima Anwar sebagai pemimpin negara? Butakah mata dan hati mereka mengenai pembohongan, buruk laku dan khianat yang Anwar Ibrahim lakukan di depan mata mereka sendiri? Pekakkah telinga mereka dari mendengar semua keluhan rakyat – terutamanya orang Melayu, mengenai perangai Anwar?

Kalau tak silap penulis, DAP ada perancangan mereka sendiri. Mereka telah menyediakan seorang Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim untuk menggalas tugas sebagai Perdana Menteri boneka, apabila Pakatan berkuasa nanti. Sekarang si polan itu telah dijadikan seorang senator di Dewan Negara oleh DAP.

Lagi pun, menurut sumber yang boleh dipercayai, kes liwat II yang beberapa kali ditangguhkan perbicaraannya itu bukan sangat kerana Anwar Ibrahim tetapi, adalah kerana perancangan DAP memantapkan kedudukan mereka untuk menghadapi PRU akan datang. Karpal yang jadi ketua pembela adalah Presiden DAP. Beliau yang banyak pengalaman di mahkamah tentu sudah tahu dan faham akan kes Anwar kali ini. Karpal tahu Anwar akan kalah dan dipenjarakan atau tidak.

Apa pun keputusannya terserah kepada ketentuan Allah SWT. Dia yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Adil. Namun manusia dibekalkan Allah dengan akal dan fikiran. Dan segala kehendak Allah SWT itu biasanya terjadi melalui sebab dan musabab ciptaaanNya.

Kesimpulannya, apakah Perlembagaan Baru itu mahu dijadikan alat oleh Anwar Ibrahim menawan hati pengundi kaum imigran Cina dan India atau Anwar Ibrahim dijadikan alat oleh DAP untuk melengkapkan agenda mereka mengSingapurakan Malaysia?

Pak Sulung: Sangat yakin bahawa Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim tidak akan berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri di Puterajaya. Yang mungkin ada buatnya ialah kamar khas di Penjara Sungai Buluh yang telah lama ditinggalkannya itu. Jerat tidak pernah lupakan pelandok tetapi, pelandoklah yang selalunya lupakan jerat.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog