Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 15 Ogos 2010

KISAH TIPU DAYA IBLIS: Iblis Menyerupai Ulama atau Guru

DIRIWAYATKAN bahawa antara doa Rasulullah SAW menyentuh mengenai Iblis atau syaitan ialah: Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau daripada diperdayakan oleh syaitan ketika sakratulmaut.

Daripada doa Rasulullah itu, terbukti bahawa Iblis dan syaitan akan menganggu manusia di saat-saat akhir hidupnya atau ketika sakratulmaut. Sesungguhnya Iblis, syaitan dan konco-konconya tidak pernah berasa jemu dan puas dalam usaha menyesatkan manusia, terutama sekali ketika seseorang sedang menghadapi sakratulmaut. Dia akan cuba sedaya upaya merosakkan akidah orang mukmin yang sedang tenat dan nazak itu.

Diceritakan bahawa iblis, syaitan dan konconya akan datang kepada orang yang sedang bertarung menghadapi ujian penghabisan itu dengan pelbagai cara. Iblis berkemampuan menyamar menyerupai berbagai kehidupan kecuali menyerupai Nabi atau Rasul.

Antaranya, Iblis akan datang sebagai ulama atau guru kepada orang yang sedang nazak membawa di tangannya kitab-kitab, kemudian dia berkata: Wahai muridku Sesungguhnya sudah lama aku menunggu engkau, sudah merata tempat kami mencari engkau, rupa-rupanya engkau sedang sakit di sini. Oleh kerana itu aku ada bawakan beberapa orang doktor dan bomoh yang handal-handal bagi mengubati penyakit kamu.

Kemudian dihulurkannya ubat-ubatan lalu dimakan ubat tersebut, sakit yang dialami sembuh buat sementara waktu. Tidak lama selepas itu, penyakitnya datang kembali. Kemudian Iblis yang menyerupai ulama itu berkata: “Wahai muridku! Pada kali ini aku datang kepadamu untuk memberi nasihat dan bimbingan agar kamu mati di dalam keadaan baik dan selamat.”

Kemudian dia berkata lagi: “Wahai nak muridku, tahukah engkau akan hakikat Allah SWT?” Lalu orang yang sedang sakratulmaut itu dengan suara yang tidak jelas didengari oleh mereka yang menziarahnya berkata: “Wahai guruku, aku tidak mengetahuinya.”

Iblis yang menymarkan ulama itu berkata lagi: “Wahai muridku! Sesungguhnya aku adalah seorang ulama yang tinggi dan hebat. Aku baru sahaja kembali dari alam yang ghaib dan sesungguhnya aku telah mendapat kedudukan syurga yang paling atas. Cubalah kamu lihat dan perhatikan syurga yang disediakan Allah untukmu sebagai balasan amalan yang telah kamu lakukan. Andai kamu hendak mengetahui Zat Allah, maka hendaklah kamu patuh kepada perintah aku.”

Maka orang yang dalam sakratulmaut itu memandang ke kiri dan ke kanan lalu dia melihat sanak saudaranya, adik beradiknya dan ibu bapanya semua berada di dalam syurga dengan penuh keseronokan. Semua itu adalah jelmaan Iblis (syurga palsu) bertujuan mangacau, menghasut, menggoda, menipu orang itu supaya mengikut jejak langkahnya.

Kemudian, si sakit bertanya kepada Iblis yang menyerupai ulama itu, katanya: “Bagaimanakah rupa Zat Allah SWT?”

Iblis pun sangat gembira ketika itu kerana jerat dan tipu dayanya sudah mengena. Lalu katanya: “Wahai muridku, tunggulah sebentar lagi kerana dinding dan tirainya akan dibukakan untukmu.” Sejurus kemudian, tirai pun dibuka satu persatu. Tirainya berwarna-warni dan sangat menarik perhatian orang yang sedang nazak itu. Dia bagaikan melihat satu benda yang sangat besar, lebih besar daripada langit dan bumi ini. Dia kehairanan dan terkejut melihat benda itu. Kemudian Iblis yang menyerupai ulama itu berkata lagi: “Sesungguhnya itulah Zat Allah yang patut kita sembah.

Setelah itu berkatalah pula orang yang hampir mati itu kepada ulama palsu jelmaan Iblis itu: “Wahai guruku! Bukankah ini benda yang benar-benar besar dan mempunyai enam sifatnya iaitu ada kiri dan kanannya, ada atas dan bawahnya, ada depan dan ada belakangnya, sedangkan Zat Allah itu tidak menyerupai sebarang makhluk, Dia Maha Sempurna dan Maha Suci daripada sebarang bentuk sifat kekurangan dan kelemahan. Namun pada waktu ini lain pula keadaannya sebagaimana yang aku pelajari dan ketahui dahulu. Akan tetapi benda yang besar ini aku mesti sembah?”

Iblis mendiam diri dan tidak menjawab pertanyaan orang itu.

Dalam keadaan berkecamuk dan keliru itulah sampainya malaikat maut untuk mengambil atau mencabut nyawanya. Lalu dicabut nyawa orang yang berada dalam kekeliruan itu sedangkan dia masih dalam keadaan bingung dan lalai daripada mengingati Allah.

Maka segala amalannya semasa hidup di dunia ini akan terhapus. Dan dia akan dimasukkan ke dalam neraka di akhirat kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog