AYAT Kursi diturunkan pada suatu malam setelah hijrah Rasulullah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Ketika itu Iblis dan syaitan menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi penghalang kepada perjuangannya. Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan kepada penulis al Quran iaitu Zaid Tsabit, agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Terdapat 95 buah hadith yang menjelaskan fadhilat ayat kursi. Ayat ini disebut ayat kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘kursi’, yang ertinya tempat duduk Allah SWT tetapi, adalah kursi itu syiar atas kebesaran Allah SWT.
Allah menjadikan kursi meliputi tujuh lapis langit dan bumi. Kebesaran tujuh lapis langit dan bumi dibandingkan dengan kebesaran kursi adalah umpama serumpun pokok di tengah padang pasir yang luas. Di kiri dan kanan kursi yang megah itu pula dijadikan ribuan kursi kecil untuk menambah keindahan dan kemegahannya. Dan pada tiap-tiap kursi itu duduk pula malaikat yang membaca ayat kursi dan malaikat yang menulis pahala orang yang membaca ayat kursi.
Sesiapa yang membaca ayat kursi dengan khusyuk setelah selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar dan masuk ke pasar, setiap kali hendak masuk tidur dan pergi bermusafir, InsyaAllah ia akan mengamankan kita daripada godaan syaitan dan kejahatan manusia serta kejahatan binatang-binatang buas yang memudharatkan. Dan terpelihara dirinya, keluarganya dan harta bendanya dengan izin Allah SWT.
Terdapat keterangan dalam kitab Asrarul Mufidah, bahawa sesiapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, insyaAllah dia akan hidup berjiwa tauhid. Dibukakan dadanya dengan berbagai hikmat. Dimudahkan rezekinya dan dinaikkan martabatnya. Diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang menghormatinya dan dipelihara ia oleh Allah SWT dari segala bala bencana.
Syeikh Abul Abbas al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat kursi sebanyak 50 kali, kemudian ditiupkan kepada air hujan kemudian diminumnya, maka insyaAllah Tuhan akan mencerdaskan akalnya dan memudahkannya faham pada pelajaran yang dipelajarinya.
Sesiapa yang membaca ayat kursi sesudah sembahyang fardhu, Allah SWT akan mengampuni dosanya. Sesiapa yang membacanya sewaktu hendak tidur, maka dengan izin Allah akan terpelihara ia daripada gangguan syaitan. Dan sesiapa yang membacanya di waktu ia marah, maka akan hilanglah rasa marahnya.
BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI
-
Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi
wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.
Musa adalah Ketua Menteri terl...
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan