Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 19 Ogos 2010

Alahai Selangor.... DARUL EHSAN JADI DARUL GANGSTER?

PERGADUHAN, tembak menembak, bunuh sana bunuh sini, jumpa mayat dalam keadaan ngeri, mayat dibakar dan macam-macam lagi kekejaman agak kerap berlaku di Negeri Selangor Darul Ehsan yang dahulunya aman, sejahtera dan negeri terkaya di Malaysia. Walaupun di negeri-negeri lain ada juga kes serupa tetapi, negeri Selangor menjuarai jumlah kes seperti itu. Itulah hakikat yang terpaksa di terima oleh pihak berkuasa dan juga rakyat negeri yang di perintah Parti Keadilan Rakyat, sejak 9 Mac 2008 itu.

Semua perlakuan jenayah itu dilakukan kerana kegiatan gangsterisme semakin berleluasa di negeri berkenaan. Kalau dahulu kita cuma didedahkan dengan kes jenayah seperti itu adalah kerana pergaduhan sesama puak gangster, kini jenayah kejam itu telah menular pula ke dalam parti-parti politik tertentu.

Maksudnya, kini orang politik telah terlibat dalam kegiatan gansterisme atau orang politik menerima ancaman dan kekerasan jenayah oleh gangster tertentu.

Minggu lalu kita semua didedahkan dengan berita seorang ahli majlis PBT di tahan polis kerana terlibat dalam satu pergaduhan ala gangster di Ampang, Selangor. Ekoran peristiwa itu PKR mendapat kecaman kerana kononnya individu yang ditahan polis itu jadi ahli majlis atas cadangan parti berkenaan.

Hari ini, kita didedahkan lagi dengan satu peristiwa jenayah di mana seorang Ketua Pemuda MIC, ditembak ketika sedang menikmati minuman di sebuah restoran berhadapan dengan Balai Polis Daerah Kajang, Selangor.

Berdasarkan cara jenayah itu dilakukan, tidak mustahil kes ini juga melibatkan kegiatan gangster. Sama ada mangsa juga adalah dari kumpulan gangster, tidak dapat kita pastikan.

Sepuluh hari lalu - 9 Ogos, blog ini menyiarkan ulasan mengenai kenyataan DS Khir Toyo, bekas MB Selangor yang menyebutkan dalam siri ceramah SSDE di Kg. Jalan Kebun, Klang mengenai kegiatan gangsterisme di negeri Selangor.

Sebagaimana yang diceramahkan, DS Khir Toyo mendakwa beliau dapat laporan bahawa di Selangor sekarang terdapat seramai 40,000 anggota gangster atau kongsi gelap. Dan pecahan ahli mengikut kaumnya pula adalah 16,000 Melayu, 13,000 India dan 11,000 Cina. Perkembangan pesat ini didakwa ada kaitannya dengan kepimpinan kerajaan negeri itu sekarang yang kononnya berfungsi atas kekuasaan seorang ketua gangster.

Tak tahulah apa nak jadi dengan Negeri Selangor selepas ini. Bermacam masalah timbul. Dan semua masalah itu membimbangkan rakyat dan ketenteraman awam. Keselamatan sudah tidak terjamin lagi.

Apa yang disuarakan DS Dr. Khir Toyo itu nampaknya menjadi kenyataan. Selepas ini rakyat Selangor sendiri boleh perhatikan perkembangan kes-kes jenayah di negeri anda.

Wajarlah sebahagian besar rakyat negeri Selangor mula sedar akan kesilapan mereka memberi undi pada PRU lepas. Inilah padahnya apabila tersilap undi. Bila baru boleh diubah semula belum tahu. PRU-13 sedang ditunggu dengan penuh debaran.

Kesian rakyat Selangor yang tersalah undi atau sengaja mengundi pembangkang kerana mahukan perubahan.

Kepada yang hendakkan sangat perubahan, inilah perubahan yang Allah SWT tunjukkan untuk anda semua. Terimalah dan tanggunglah sendiri.

Negeri yang dahulunya aman, makmur dan sejahtera serta mantap ekonominya hancur kerana disalah tadbir oleh puak yang memanmg tak tahu mentadbir negeri. Nama Selangor Darul Ehsan yang gah dulu mungkin ada yang menukarnya kepada SELANGOR DARUL GANGSTER.

Apa nak buat.... Dah nasib badannnn.... Sandiri bikin, sandiri tanggung.

Pak Sulung: Masih tidak dapat menerima hakikat bahawa orang Melayu masa kini terlalu rapuh pendirian atau pegangan politiknya. Akal dan fikiran yang dikuniakan Allah SWT selama ini tidak berjaya dimanfaat dengan baik. Sama ada kerana godaan Iblis dan syaitan atau kerana mengikut nafsu, hanya Allah SWT dan individu itu sendiri yang tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog