"JANGAN kita timbulkan kemarahan, keresahan hanya kerana kita nak pertahankan kaum kita atau resolusi kita hingga tidak mengambil kira sensitiviti dan hak kaum lain. Itu barulah adil namanya. Jika kita pertahankan kaum kita secara ekstrem dan perjuangan itu dilihat sebagai berat sebelah kerana tidak mengambil kira kepentingan lain, maka itu merupakan sesuatu yang tidak baik.”
Demikian antara amaran atau ingatan Tim. Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin kepada Presiden MCA, Chua Soi Lek mengenai kenyataan bahawa MCA tidak takut berkongsi pandangan sama dengan DAP dalam hal yang memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.
Nyatalah bahawa kaum imigran Cina di negara ini telah bersepakat menyatukan perjuangan kaum mereka demi KEUNTUNGAN puak, walaupun mereka berada di dalam parti politik yang berlainan. MCA yang kalah teruk dalam PRU-12, mengambil langkah menyatukan matlamat perjuangan dengan DAP.
Seolah-olah mereka (kaum imigran Cina) kini mahu menunjukkan kekuatan politik perkauman, setelah sekian lama berada dalam keadaan selesa menguasai ekonomi. Keberadaan MCA dan Barisan Nasional (BN) mungkin dirasakan tidak releven lagi.
Apakah selama ini kaum Cina tidak cukup selesa menyertai Perikatan/BN? Berkurangkah kekayaan kaum mereka kerana berada dalam BN? Tidak mendapat pendidikan sempurnakah anak-anak kaum imigran Cina di negara ini kerana menganggotai BN? Semakin terpinggirkah kaum Cina dari bandar-bandar yang terdapat di negara ini?
Atau apakah kerana meraka ada agenda lain, maka Presiden MCA itu dengan berani bersuara seolah-olah bersedia meninggalkan BN demi kaum Cina?
Kalau Soi Lek dengan tegas dan tidak ragu-ragu berkata: “MCA tidak takut berkongsi pandangan sama dengan DAP dalam hal yang memberi keuntungan kepada masyarakat Cina,” tidakkah itu bermaksud MCA bersedia keluar dari Barisan Nasional dan seterusnya bersatu dengan DAP?
Kalau DAP yang jadi kuasa penentu dalam Pakatan Rakyat merasakan bahawa sekutunya – PKR dan PAS, sudah tidak sesuai lagi, maka agenda kaum imigran Cina menjelang atau selapas PRU-13 adalah menubuhkan Pakatan Baru yang dianggotai DAP, MCA dan Gerakan?
Maksudnya, selepas PRU akan datang, DAP tidak lagi berada dalam Pakatan Rakyat. Suatu Pakatan baru akan diwujudkan khusus untuk tiga parti kaum imigran terbesar di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu DAP, MCA dan Gerakan. Tidak mustahil ketika itu parti-pati kaum Cina dari Sabah dan Sarawak juga akan turut serta.
Ketika itu mungkinkah mereka menamakan pakatan baru itu sebagai ONE MALAYSIAN CHINESE?
Walau pun apa yang ditulis ini ada yang menganggapnya satu andaian jahat atau tidak masuk akal tetapi, berdasarkan pengalaman lampau, orang Melayu biasanya akan tewas atau kalah dengan kehendak kaum imigran berkenaan. Cara mereka dan tindakan mereka selalunya akan dapat diterima oleh orang Melayu atas dasar tolak ansur, walaupun pada awalnya ditentang keras.
Akhirnya Melayu pun akan tertolaklah secara beransur-ansur....
Mungkin setelah lebih 50 tahun merdeka, kaum imigran Cina mula merasakan bahawa kini telah tiba masanya untuk mereka bersatu di bawah satu pekatan. Dan melalui pakatan baru itu nanti kuasa desakan mereka jadi lebih kuat dan lebih berkesan. Apa pun yang paling penting bagi mereka ialah lebih MENGUNTUNGKAN.
Contoh yang mungkin menjadi asas penilaian mereka ialah ketika negara menghadapi beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas PRU-12. Oleh kerana mereka anggap BN berada dalam keadaan terdesak, maka pelbagai tuntutan mereka buat. Dan semua tuntutan mereka berjaya.
Pihak kerajaan BN sedia memberikan ratusan juta ringgit untuk pembangunan sekolah Cina dan lain-lain prasaran di kawasan mereka. Sedangkan undi tetap tidak mereka beri kepada BN. Pembangkang masih jadi pilihan mereka.
Walaupun pada PRK Hulu Selangor BN menang tetapi, undi kaum Cina semakin banyak berpihak kepada pembangkang. Mereka tahu pembangkang akan kalah pada PRK itu tetapi, demi perpaduan kaum mereka, jumlah undi semakin ditingkatkan kepada pembangkang bagi menzahirkan tentangan kepada kerajaan BN pimpinan Melayu.
Ketika mereka berada sebagai pengundi minoriti pun mereka tunjukkan bahawa BN bukanlah pilihan mereka, maka apabila mereka berada di pihak majoriti, keputusan PRK Sibu membuktikannya.
Seperkara yang agak menarik untuk diperhatikan ialah kemungkinan apa yang dilakukan MCA sekarang adalah syarat yang mesti dilakukan oleh Chua Soi Lek, setelah dia ditabal jadi Presiden parti yang bergolak selepas PRU-12 itu. Kalau dia mahu menang, maka agenda ini mestilah sanggup disuarakan secara terbuka. Soi Lek setuju, maka dia pun menang di luar jangkaan ramai.
Bermakna, apa yang disuarakan Soi Lek selepas dia jadi Presiden MCA semuanya bertujuan menjayakan satu agenda baru kaum imigran Cina di negara ini. Mereka perlu bersatu.
Yang masih buta mata dan buta hati serta buta akal ialah kaum Melayu. Bersengketa sesama sendiri tak berkesudahan. Agenda apa pun yang cuba diperkenalkan, Melayu tetap seperti dulu. Tidak bersatu dan saling bercakaran sesama sendiri. Dengan kaum sendiri bukan main garang dan bengis lagi tetapi, apabila berdepan dengan kaum lain (Cina dan India) telur Melayu jadi kecut se kecut-kecutnya.
Tidak mustahil ada pemimpin Melayu yang sanggup bersultankan Cina dan berperdana-menterikan Cina, kalau dilihat semula kepada kata-kata: LEBIH BAIK BERSAHABAT DENGAN DAP DARIPADA BERBAIK DENGAN UMNO YANG ZALIM....
Pak Sulung: Terfikir apakah kerana 1 Malaysia, maka kaum imigran Cina dan India sekarang ini makin merasakan mereka perlu bersatu? Adakah 1 Malaysia kepada mereka bererti bahawa kaum mereka mesti bersatu dalam satu kesatuan yang mantap dan padu?
BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI
-
Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi
wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.
Musa adalah Ketua Menteri terl...
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan