Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 27 Ogos 2010

ISLAM TERGADAI KERANA POLITIK DAN NAFSU?





MEMPERINGATI Nuzul Quran bagi kaum Muslimin amat penting kerana kita memperingati peristiwa besar yang berlau abad lalu. Kita memperingati Nuzul Quran kerana kita berkeyakinan bahawa al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai sebesar-besar rahmat kepada umat manusia.

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad pertama kalinya ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira' pada malam Jumaat bertepatan tanggal 17 Ramadan iaitu tahun ke-41 dari kelahiran baginda atau pada tanggal 6 Ogos 610 M.

Kebanyakan ulama menetapkan bahawa pada hari penghabisan turunnya al-Quran ialah hari Jumaat 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah atau tahun ke-63 dari tarikh kelahiran Nabi.

Pada saat itu Nabi SAW sedang berwukuf di Padang Arafah dalam menyelenggarakan haji yang terkenal dikenali Haji Wada'. Kebanyakan ulama tafsir menetapkan bahawa sesudah hari itu tidak ada lagi al-Quran diturunkan untuk menerangkan hukum. Dan 18 hari selepas Haji Wada', baginda pun wafat iaitu pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah.

Ayat yang terakhir menurut pendapat Jumhur adalah surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud: "Pada hari ini Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-ucapkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-redai Islam itu agama bagimu."

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut; Sejahteralah malam yang berkat itu hingga terbit fajar!"

Sempena Nuzul Quran hari ini, Jumaat 27 Ogos 2010, elok rasanya kita tinjau keadaan umat Islam di negara bernama Malaysia ini. Menyebut umat Islam di Malaysia, bererti ianya terdiri dariapada kaum Melayu yang berjumlah 56% daripada keseluruhan rakyatnya. Perpaduan sesama Islam semakin goyah dan perpecahan semakin mencabar. Kenapa dan apa sebabnya?

Jawapannya adalah kerana fahaman politik yang diperalat untuk mendapatkan kuasa memerintah negara bertuah ini.

Umat Islam dibenarkan bekerjasama dengan masyarakat bukan Islam dalam soal kepimpinan dan pentadbiran negara selama mana prinsip dan ajaran Islam tidak terjejas. Perkongsian kuasa antara kaum dalam negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama merupakan ciri-ciri sebuah negara bertamadun. Ia juga merupakan salah satu cara untuk menegakkan keadilan dan keprihatinan pemerintah terhadap rakyat berbilang bangsa dan agama.

Bagi menegakkan keadilan dan keseimbangan kaum maka ia memerlukan perundangan dan perlembagaan yang dipersetujui oleh kesemua kaum.

Sejarah menunjukkan bahawa pembentukan Perlembagaan negara adalah berasaskan kepada amicable agreement (persetujuan kesemua kaum secara damai) bagi membentuk negara Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia.

Jika Perlembagaan sudah dipersetujui oleh pelbagai kaum kenapa terdapat golongan tertentu cuba meminda Perlembagaan negara. Realiti yang wujud pada masa kini ialah terdapat umat Islam yang terlalu ghairah untuk menunjukkan sikap universal sehingga berkompromi dengan masyarakat bukan Islam untuk meminda Perlembagaan negara tanpa mengira fakta sejarah dan realiti kedudukan umat Islam dalam negara mereka sendiri.

Apabila hak dan kedudukan umat Islam tidak dihiraukan maka perkara-perkara berkaitan dengan keagamaan akan diselewengkan sewenang-wenangnya kerana matlamat dan konsep perjuangan politik adalah untuk menguasai tanpa mengira batas dan landasan agama.

Tepatlah seperti kata Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa di negara ini Islam tidak lagi menjadi agama resmi.

Sumber: Utusan dan Blog-blog sahabat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog