MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan tindakan sekumpulan rakyat Indonesia membakar Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia Isnin lepas sebagai “memalukan”. Mursyidul Am Pas itu berkata, sepatutnya sebagai negara berjiran, kedua-dua kerajaan boleh menyelesaikan sebarang perselisihan faham secara kekeluargaan.
Ok! Le tu. Ada juga komen daripada pihak Pas mewakili pakatan rakyat, walaupun entah apa-apa yang dicakapkannya. Siapa yang malu dan macam mana boleh jadi malu kita pun tak faham. Apatah lagi kalau ditanyakan kepada siapa malu itu ditujukan.
Malu kepada siapa? Kepada negara luar atau kepada jiran-jiran kita di Asia Tenggara? Atau kepada pihak Yahudi yang menguasai Amarika Syarikat? Atau kepada pihak Barat yang kesemuanya dikuasai oleh Zionis, seperti UK, Perancis, Sepanyol, Itali dan lain-lain lagi?
Bagaimana pula dengan pelbagai kemugkaran yang dilakukan oleh puak-puak pembangkang, terutamanya Pas dan Nik Aziz sendiri yang sangat anti kepada ‘Perpaduan Melayu’? Tidak berasa malu ke? Dan begitu juga dengan perpecahan Melayu yang dicemarkan oleh puak-puak pakatan melalui mimbar masjid dan di masjid yang difahamkan sebagai rumah Allah itu, tak ada rasa malukah Nik Aziz dengan kecelaruan yang berlaku?
Bagaimanapun, apa yang dicakapkan Nik Aziz itu menjadi petanda bahawa Pas telah cuba melangkah keluar daripada kepongpong pakatan, yang mana dua lagi sekutu – DAP dan PKR, langsung tak berkata apa mengenai apa yang berlaku di Jakarta itu.
Elok le. Mungkin itu sebagai balasan Pas dan Nik Aziz Nik Mat kepada pemimpin DAP dan PKR yang menolak dan mengecam dirinya serta Pas kerana berura-ura menghidupkan kembali propaganda isu ‘Hudud’, minggu lepas. Berapi Nik Aziz kena dengan kenyataan Karpal dan juga Zaid Ibrahim.
Mungkin kerana itu Nik Aziz baru tersedar daripada lamunannya dan mula memberikan perhatian kepada kecaman dan penghinaan yang dilakukan terhadap negara Malaysia oleh segelintir rakyat negara jiran yang diyakini didalangi oleh individu tertentu yang tersangat rapat hubungannya dengan Tuan Penahsihat dan Pemimpin Agong Pakatan Rakyat, Sheikh Anwar Ibrahim.
Nampak sangat komen Nik Aziz jadi merapu dan tak tentu hujung pangkalnya. Kenapa jadi begitu? Adakah kerana ‘Tuan Punahsihat’ tidak membantu mengatur kata-kata untuk Nik Aziz sebagaimana biasa? Nampak sangat Nik Aziz tak tahu nak kata apa tanpa nasihat dan arahan Sheikh Anwar.
Kepada Nik Aziz dan para pemimpin Pas yang lain serta para penyokong tegarnya, sila maklum bahawa apa yang berlaku di Jakarta itu adalah kerana mereka mendapat upah lumayan berupa ‘duit raya’ yang dihulur oleh pihak yang mahukan negara kita dengan Indonesia bermusuhan.
Di Indonesia, khasnya dikota Jakarta terdapat kumpulan yang ‘cari makannya’ ialah mengadakan tunjuk perasaan. Mereka tak kira siapa. Asal ada upah mereka akan lakukannya. Presiden Indonesia pun mereka perlakukan sedemikian jika ada pihak yang menyuruh dan membayar upahnya.
Selain itu, sebagai ahli politik, Nik Aziz dan para pengikutnya harus faham bahawa ‘Gerakan Yahudi Sedunia’ sememangnya merancang memecah-belahkan umat Islam di mana sahaja di dunia ini. Kalau di Asia Barat mereka telah berjaya memecah-belahkan negara dan umat Arab, maka kita di Nusantara yang merupakan umat Islam paling ramai, tidak pernah tersisih daripada agenda mereka. Negara pulau, Indonesia telah berjaya mereka tekan ekonominya sehingga meleset teruk dan tergolong sebagai negara miskin. Rakyat Indoonesia tidak ada pekerjaan, sedangkan bilangan mereka hampir 300 juta.
Kerana negara jadi miskin, pelaburan luar tidak datang melabur. Maka terkapai-kapailah rakyat negara itu hidup dalam kemiskinan kerana tidak ada peluang pekerjaan, walaupun Indonesia adalah anggota OPEC, iaitu negara pengeluar minyak yang besar juga. Hasil buminya banyak, tanahnya masih luas tetapi, tetap miskin kerana tekanan dan perancangan zionis yang anti-Islam.
Usaha melaga-lagakan antara Malaysia dan Indonesia sering berlaku. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan - 1957, terlalu banyak insiden yang cuba dijadikan alasan supaya umat Islam di kedua negara dapat dipecah-pecah dan diperintah melalui pelbagai isu remeh.
Yang menjadi ‘mata, telinga dan tangan’ kepada gerakan zionis ialah negara jiran yang dikuasai kaum bukan Islam. Sebuah negara yang kecil tetapi, kaya raya. Peranan negara berkenaan samalah seperti Israel di Asia Barat. Perancangan dan hasutan mereka sama. Tugas mereka ialah supaya umat Islam di Nusantara jangan bersatu dan seterusnya jadi maju dan kuat ekonominya.
Kalau Indonesia yang punyai ramai penduduk itu kukuh dan mantap ekonomi serta politiknya, sudah tentu ianya akan menjadi seperti negara Iran. Inilah yang sangat ditakuti oleh zionis dan juga negara pulau yang menjadi jiran kita dan juga jiran Indonesia itu.
Sementara di pihak Malaysia pula, terdapat seorang pemimpin tajaan yang sedang bergelut dengan masalah peribadi yang sangat kritikal. Oleh kerana pemimpin itu telah diangkat menjadi talibarut mereka di rantau ini, maka dipergunakanlah si polan itu secukup-cukupnya. Bantuan wang dan laporan media diberikan kepadanya seluas mungkin.
Dan apa yang berlaku di Jakarta itu adalah sebahagian daripada perancangan mereka. Si polan mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk menyumbangkan ‘duit raya’ kepada puak yang bila-bila masa sedia diperalatkan itu.
Sebagai balasan kepada sumbangan itu, maka terjadilah apa yang telah terjadi. Tunjuk perasaan membenci Malaysia. ‘Sweeping Malaysia’ dan macam-macam lagi slogan digunakan. Kalau boleh mereka mahukan supaya Malaysia dan Indonesia berkonfrantasi sepertimana yang berlaku pada tahun 1963 dahulu.
Demikian serba ringkas penjelasan senario politik di Nusantara yang dapat dijelaskan untuk difahami oleh mereka yang tersangat bencikan kerajaan Barisan Nasional. Memusuhi Barisan Nasional boleh dan memang dibolehkan oleh sistem politik di negara kita. Tetapi kalau sudah sampai ke tahap meruntuh dan menjahanamkan agama, bangsa (Melayu/Islam) dan negara, maka itu adalah keterlaluan dan penderhaka gelarannya.
Jika negara Malaysia ini punah dan terlepas ke tangan kaum bukan Melayu/Islam, maka rasa malu tidak ada gunanya lagi. Kalau ada pun sekadar malu kepada diri sendiri yang bebal dan terlupakan ajaran agama suci dari Allah SWT, iaitu Islam. Dan Islam yang dimaksudkan ialah Islam sebenar sebagai sunnah Nabi Muhammad SAW atau Islam Ahlil Sunnah wal Jamaah. Bukan Islam yang jadi jenama parti politik.
Wallahualam....
Pak Sulung: Berpesan kepada mereka yang menceburkan diri dalam politik atau pun berminat dengan politik, supaya memahami situasi politik negara serta umat Islam di Nusantara. Kalau umat Arab telah hancur-lebur kerana perancangan zionis, giliran umat Melayu di Nusantara hanya menanti masa. Setelah Indonesia berjaya dilumpuhkan selumpuh-lumpuhnya dari segi politik, ekonomi, sosial dan keagamaannya, maka keseluruhan Nusantara menanti masa untuk dijadikan sepertimana Asia Barat. Di pecah-pecah, diperintah serta dilaga-lagakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan