SELEPAS subuh tadi – 23 Ogos, penulis menerima panggilan telefon dari seorang sahabat di Selangor yang memberikan pandangan yang boleh diterima akal. Katanya, apa yang berlaku di Pulau Pinang, yang jadi isu panas membabitkan orang Islam berpunca dari mimbar masjid, adalah satu agenda terancang yang disepakati puak pembangkang – Pakatan Rakyat, untuk mengalih isu salahguna kuasa, rasuah malah kes bunuh yang dikaitkan pula dengan SPRM, di Negeri Selangor.
Menurutnya, agenda itu dirancang untuk dilaksanakan di Pulau Pinang kerana negeri itu juga adalah negeri yang dikuasai pembangkang – DAP, dan mudah untuk dilaksanakan.
Justeru, para pemimpin pembangkang golongan Melayu/Islam yang berada dalam Pas dan PKR akan menghalalkan apa yang berlaku di negeri Pulau Pinang itu, supaya ianya jadi satu polemik sesama Melayu/Islam. Tujuannya adalah untuk mengalihkan isu panas yang mebahang di Selangor jauh ke utara Semenanjung.
Buktinya, kata sahabat yang menelefon, ialah seperti apa yang disuarakan oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Tantawi yang mengatakan amalan membacakan doa untuk pemimpin kufar adalah biasa dan pernah di sunahkan oleh Rasulullah SAW.
Memang le benar, Rasulullah SAW ada mendoakan kebaikan untuk kaum kafirun di zaman Baginda tetapi, doanya bukanlah semasa berkhutbah yang jadi sebahagian daripada rukun solat Jumaat. Ianya doa biasa di waktu yang tidak ada kena mengena dengan solat Jumaat.
Yang jadi isu ialah menggantikan doa untuk Ketua Agama Islam dalam khutbah Jumaat kepada pemimpin kufar yang bukannya ketua agama Islam. Bukannya berdoa untuk memohon supaya orang kafir lembut hati dan tidak memusuhi Islam. “Guan Eng belum Islam lagi, Nik Aziz belum berjaya tarbiahkan anak Lim Kit Sing tu supaya memeluk Islam,” tambahnya.
Nampak sangat puak-puak yang berlagak sebagai orang alim atau ulama dalam Pas itu mengalih isu yang sengaja ditimbulkan itu.
Apabila penulis tanya, pihak mana atau siapakah yang merencanakan pengalihan isu berkenaan, sahabat itu menjelaskan bahawa dia sendiri tidak mempunyai jawapan untuknya. Tetapi, katanya kalau berdasar kepada tempat atau kawasan di mana permasalahan itu dimulakan, beliau yakin ianya agenda yang dirancang oleh para pemimpin utama pakatan dan dilancarkan di kawasan sekitar Permatang Pauh.
“Bila saya sebut Permatang Pauh, faham-fahamlah siapa yang saya maksudkan,” katanya menjawab pertanyaan penulis.
Penulis pun tak tahu sama ada apa yang dikatakan itu benar atau tidak. Ianya boleh ditakrifkan sebagai ‘dengar cakap’. Tak ada bukti jelas dan bersifat andaian semata-mata.
Bagaimana pun kekadang, walau pun tak terdapat bukti nyata tetapi, peristiwa boleh dijadikan saksi.
Menambah hujah untuk menguatkan dakwaan, sahabat itu menjelaskan bahawa inkues kematian Teoh beng Hock menjadikan pemimpin DAP ‘panas punggung’. Telah ada suara-suara dalam DAP sendiri yang mahukan salah seorang Exco Selangor dari parti itu meletakkan jawatan.
“Bila DAP panas, PKR dan Pas pun turut panas sama le. Maklumlah mereka berada dalam satu kehemah bertap zink, berdindingkan zink dab berlantaikan besi. Bila terbakar, jadi le mereka macam kueh baulu dalam oven,” usik sahabat itu.
Kenyataan terbaru Pronthip - pakar pathology dari Thailand, yang mengatakan Beng Hock tidak membunuh diri tetapi di bunuh, sebelum dicampak ke bawah dari tingkat atas bangunan pejabat SPRM, menjadikan DAP resah dan gelisah. Dan peguam Gobind Singh Deo pun nampaknya menunujkkan keresahan yang tak terhingga.
Maknanya, kes yang pada mula mahu mengheret SPRM sebagai pembunuh Beng Hock telah bertukar menjadi kes bunuh oleh kumpulan tertentu, kerana Setiausaha kepada Exco Selangor itu telah membocorkan banyak rahsia penyelewengan dalam kerajaan pakatan di Selangor.
Apabila penulis tanya daripada mana sahabat itu mendapat analisis ini, dia tak mahu cakap. “Ade le.. Orang penting yang beri tahu aku,” katanya.
“Siapa?” Tanya penulis.
“Itu rahsia... tak boleh bagi tau,” jawabnya.
“Khir Toyo? Noh Omar? Atau Ezam?” serkap penulis.
“Jangan cuba nak korek.... cukup dengan apa yang aku beritahu. Kalau nak tulis... tulislah. Pandai-pandai le dedahkan. Aku tahu kau boleh punya.... Assalammualaikum....” katanya menamatkan perbualan.
Penulis termasuk akal jugak dengan alasan dan hujah yang diberikan itu. Penulis sendiri berada jauh dari Selangor dan kurang arif pula pasal Undang-undang. Takut tersalah terjah nanti, lain pulak jadinya.
Justeru, dikesempatan ini penulis serahkan persoalan ini kepada
Unspinners, yang terbukti mahir dan telah begitu menyerlah dalam kes kematian Teoh Beng Hock dan inkues kematian berkenaan. Juga dengan hal-hal yang berkaitan dengan negeri Selangor.
Penulis berharap pihak kekawan di
Unspinner menerima permintaan ini.
Pak Sulung: Yakin dengan apa yang dikatakan sahabat dari Selangor itu. Memang DAP khasnya dan para pemimpin sekutunya dalam Pakatan Pembangkang sedang kepanasan dengan kes-kes berat yang sedang mula terbongkar dan terdedah di Negeri Selangor Darul Ehsan, satu demi satu. Gerakan SSDE membuatkan pakatan di Selangor goyah se goyah-goyahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan