Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 22 Ogos 2010

BERANI KE PEMIMPIN PAS MELAWAN KARPAL?


PENGERUSI DAP, Karpal Singh dinasihatkan supaya berdepan dengan orang Pas terlebih dahulu untuk memahami hukum hudud sebelum menolaknya mentah-mentah. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas mempunyai ramai pemimpin dan ahli daripada golongan cendekiawan termasuk pensyarah universiti untuk memberi penerangan mengenai hukum tersebut kepada Karpal.

Tegas beliau, Karpal adalah satu-satunya pemimpin dalam DAP yang menolak hukum hudud kerana beliau tidak pernah berdepan dengan orang Pas dan membincangkannya. "Kita mahu tahu kenapa dia tolak hudud. Hudud itu menganiaya orang ke? Dia tak pernah berdepan dengan orang Pas, cuma dia duduk Pulau Pinang, kita di sini.”


Waduh! Hebat sungguh bunyi cabaran Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat terhadap Karpal Singh – Presiden DAP yang tak ada kuasa dalam partinya itu.

Sehari sebelum itu Nik Aziz tak mahu komen. Katanya itu pendapat peribadi Karpal. Bukannya pendapat atau keputusan mutlak DAP.

Sekarang cabar Karpal berdepan dengan para pemimpin Pas dan para cendekiawan Islam pulak. Kenapa Nik Aziz suruh berdepan dengan pemimpin-pemimpin dalam Pas dan cendekiawan Islam? Kenapa tidak cabar supaya berdebat dengan beliau sahaja? Bukankah dia menjawat jawatan paling tinggi dalam parti dari segi hukum hakam Islam partinya?

Nik Aziz.... Nik Aziz.... Tak faham-faham bahasa. Karpal menentang pelaksanaan hudud berdasarkan Perlembagaan Negara yang menetapkan hanya undang-undang sivil sebagai perundangan utama negara. Bukannya hudud. Itu sahaja. Kenapa cakap berbelit-belit. Maracau tak tentu hala?

Nampak sangat Nik Aziz ni bagaikan patung wayang kulit. Ia hanya bergerak kerana ada Tok Dalang yang menggerakkannya. Kalau Tok Dalang tidur, ia pun tidur le. Malah kalau terjaga pun, tak berani nak komen apa-apa sebelum Tok Dalang beri arahan.

Tahukah anda pembaca semua siapa yang jadi Tok Dalang kepada Nik Aziz Nik Mat? Tak tahu? Penulis pun tak tahu jugak. Carilah sendiri. Baca sejarah Pas dan sejarah Nik Aziz dalam Pas. Boleh le dapat jawapannya. Yang penting cari perbezaan Nik Aziz sebelum dan selepas PRU-12. InsyaAllah akan berjumpalah jawapannya.

Kesimpulannya, apa yang dikatakan Nik Aziz itu sekadar menjawab pertanyaan para wartawan sahaja. Tak lebih dari itu. Lagi pun dia mahu membetulkan kenyataannya sehari sebelum itu, setelah dijerkah oleh Tok Dalangnya. Maka merepek-meraban atau merapu-dana le orang tua tu bagaikan orang baru terbangun dari tidur yang sangat lena.

Nik Aziz hanya ulas mengenai ulasan Karpal berkaitan hudud sahaja. Sementara mengenai khatib yang baca doa dalam khutbah untuk kesejahteraan Guan Eng masih tidak mahu dijawabnya. No komen le tu. Nyatalah, Nik Aziz telah diarah oleh Tok Dalangnya hanya ulas pasal Karpal sahaja, pasal isu doa dalam khutbah di Penang tu, jangan jawab dan jangan sentuh.

Siapa agaknya pemimpin Pas yang dimaksudkan Nik Aziz untuk menentang Karpal tu? Dr. Harun Din? Salahuddin Ayub? Nasaruddin – yang tantawi dan yang bukan tantawi atau Mahfuz al-Mahfiz? Abdul Hadi Awang atau beliau sendiri? Mungkin juga memadai hanya dengan Mat Sabu sahaja.

Persoalannya, berani ke pemimpin Pas berdebat dengan Karpal. Walaupun dia tak boleh berjalan tetapi, jerkahannya sangat hebat. Tentu kecut telor para pemimpin Pas dibuatnya nanti. Lagipun sebagaimana yang diketahui umum, orang Pas dan pemimpin Pas hanya berani kalau sesama Melayu je. Kalau dengan bangsa lain kecot telor. Dengan Cina dan India pun takut, inikan pulak dengan Benggali yang tak pakai serban.

Pak Sulung: Mengambil kesempatan menggesa Nik Aziz Nik Mat supaya mengIslamkan Ketua Menteri Pulau Pinang, si Lim Guan Eng terlebih dahulu. Kemudian ajarkan dia bagaimana nak baca Khutbah Jumaat. Supaya dia boleh berkhutbah di negerinya. Lagi pun orang Melayu Pas suka sangat kalau Gun Eng boleh baca Khutbah Jumaat. Jangan layan sangat si Karpal tu. Dia Presiden yang tak ada kuasa. Dalam parti komunis yang jadi ikutan DAP, yang berkuasa penuh ialah Setiausaha Agungnya, iaitu Father Joseph Lim Guan Eng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog