MUSLIHAT apa yang cuba diketengahkan oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek mengenai cadangan terbaru yang konon akan dikemukakan parti itu kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengiktiraf taraf kewarganegaraan untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan anak-anak mereka yang merupakan warga Malaysia.
Apa perlunya pendatang yang dah lanjut usia (+60 tahun) yang menanti hari untuk mati itu diberikan taraf warganegara? Tahu minta sahaja. Syarat untuk dapatkannya tak mahu ikut. Dah kotai duduk kat negara ini masih ramai yang tak tahu berbahasa Melayu. Bukan setakat itu sahaja, ketaatan kepada Raja-raja Melayu tidak pernah nampak. Taat kepada negara dan undang-undang jauh sekali. Semuanya main langgar aje, asalkan untung. Malah kalau boleh semua yang berkaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu mahu dinyahkan daripada cara hidup rakyat Malaysia. Macam tu nak diberikan warganegara?
Inikah yang dimaksudkan pepatah: Sudah diberi betis, mahukan paha?
Apa maksud Presiden MCA yang partinya jadi komponen penting dalam Barisan Nasional itu mengeluarkan satu cadangan yang belum pun dikemukakan kepada pihak berwajib? Apa perlu ianya dinyatakan sekarang, walaupun ianya hanyalah satu cadangan?
Wajarkah dalam suasana negara Melayasia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-53 dan dimasa sama sedang mendekam kerana kecaman penunjuk perasaan di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia sekarang, MCA mengutarakan satu cadangan yang meresahkan?
Apa lagi yang MCA mahu? Apakah ini juga bermaksud menarik sokongan kaum Cina terhadap parti itu atau ada agenda lain yang bersifat ‘menambahkan lagi tekanan’ kepada kerajaan pimpinan DS Najib Tun Abdul Razak?
Penting sangatkan jumlah mereka yang seramai 25,751 orang yang memegang kad pengenalan merah itu diberikan taraf warganegara? Kemudahan apa lagi yang mereka terlepas di negara ini? Tidak cukupkah dengan kemewahan dan kesenangan yang mereka perolehi di negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan sejak 53 tahun lalu?
Soi Lek jangan ingat orang Melayu bodoh sangat. Kalaulah seramai 25,751 orang itu diberikan taraf warganegara, berapa juta jadinya setelah 50 tahun akan datang? Cukuplah dengan yang ada sekarang. Itupun dah tak terkirakan karenah jenayah dan kurang ajar yang dilakukan terhadap orang Melayu, Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan undang-undang negara.
Kalau 25,751 orang itu diberikan taraf warganegara, tak tahulah berapa ramai daripadanya akan melahirkan individu berjiwa Lee Kuan Yew, Lim Kit Sing, Lim Guan Eng, Ronnie Liu, Botak Chin, Tan Che Koon, Fan Yew Teng dan macam-macam nama lagi yang tidak enak didengar oleh orang Melayu.Kalau ya pun MCA atau Chua Soi Lek mahu meraih sokongan kaumnya, lakukanlah secara tertutup dan janganlah gunakan media yang dilihat sebagai bersifat retorik. Ikutlah jejak langkah pemimpin-pemimpin terdahulu yang memetingkan musyawarah daripada retorik dan gimik politik melalui media massa.
Sedarkah Soi Lek bahawa segala masalah yang berlaku di negara ini adalah kerana para pemimpin politik terlalu menggunakan media? Kalau apa yang dicadangkan itu baru pada peringkat kajian dan usul, apa perlunya Soi Lek mendedahkannya kepada media kalau tidak bermaksud retorik atau gimik politik?
Kepada Soi Lek ingin ditegaskan bahawa selagi beliau dan partinya bertindak kelihatan tidak taat kepada pucuk pimpinan dan kesepakatan dalam BN, jangan harap orang Melayu akan menyokong calon dari MCA pada PRU akan datang.
Ingat dan sedarlah diri bahawa selama ini, keberadaan wakil MCA dalam kerajaan di peringkat pusat dan negeri-negeri adalah kerana sokongan orang Melayu. Kalau harapkan sokongan kaum Cina, MCA boleh berputih mata – habur pun tarakkk....
Pak Sulung: Ingin berpesan kepada MCA dan juga Chua Soi Lek supaya kembali kepada semangat musyawarah dalam BN. Jauhkan diri daripada kenyataan yang menimbulkan polemik perkauman. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
1 ulasan:
Halau ja MCA keluar BN ni parti rasict tahap babi...itulah agenda Orang cina di MAlaysia guna kaedah ini untuk menambah bilangan orang cina dan ini perlu dilakukan sebelum PRU13...untuk rampas Malaysia daripada Melayu itu sahaja motif. Sepatut KDN bukan meluluskan pemohonan tetapi sepatutnya tahan Chua dalam ISA. kalau nak negara ini selamat..
Catat Ulasan