Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 25 Ogos 2010

JIBRIL MENERANGKAN SIFAT-SIFAT TERPUJI KEPADA RASULULLAH

MALAIKAT Jibril datang berkunjung ke tempat Rasulullah SAW lalu berkata: “Ya Muhammad, Allah mengutusku untuk menyampaikan sebuah hadiah yang tidak pernah diberikanNya kepada sesiapa pun sebelummu.”
“Hadiah apa itu wahai Jibril,” tanya Rasulullah ingin tahu.
“Sifat sabar. Dan ada yang lebih baik daripada itu.”
“Apa itu hai Jibril?” tanya Rasulullah.
“Sifat zuhud. Dan ada yang lebih baik daripada itu.”
“Apa itu hai Jibril?” tanya Rasulullah.
“Sifat ikhlas. Dan ada yang lebih baik daripada itu.”
“Apa itu hai Jibril?” tanya baginda lagi.
“Sifat yakin. Dan ada yang lebih baik daripada itu.”
“Apa itu hai Jibril?” tanya Rasulullah.
“Untuk mendapatkan kesemuanya itu diperlukan sifat tawakal iaitu berserah diri sepenuhnya kepada Allah Azza wa Jalla.”

“Apa itu tawakal kepada Allah, hai Jibril?”
“Tawakal bererti engkau mengetahui bahawa selain Allah tidak ada yang boleh mendatangkan sebarang kerugian atau manfaat, memberi atau melarang; dan engkau bersikap tidak menaruh harap kepada selainNya. Apabila seorang hamba bersikap dan mempunyai sifat seperti ini, maka dia tidak akan mengerjakan sesuatu melainkan kerana Allah semata-mata. Dia tidak berharap dan tidak takut melainkan kepada Allah. Dia tidak tamak memohon kecuali kepada Allah. Inilah yang disebut dengan tawakal.”

“Wahai Jibril, apa erti sifat sabar?”
“Iaitu engkau bersabar di saat duka sebagaimana engkau sabar di saat bahagia; engkau bersabar di saat miskin sebagaimana engkau sabar di saat kaya; engkau bersabar di saat menerima bencana sebagaimana engkau sabar di saat sihat sejahtera; engkau tidak mengeluhkan keadaanmu kepada makhluk lain atas apa yang engkau terima sebagai ujian dan derita.”

“Bagaimana pula dengan sifat qana’ah atau berkecukupan, wahai Jibril.”
“Qana’ah itu bererti engkau merasa cukup dengan apa yang engkau terima dari duniamu; engkau merasa cukup dengan yang sedikit dan bersyukur atas yang seadanya.”

“Wahai Jibril, apa erti redha?”
“Orang yang redha adalah orang yang tidak murka kepada tuannya, apakah dia memperoleh dunianya atau tidak; dan dia tidak rela dirinya menjalankan suatu tanggungjawab sekadarnya saja.”

“Wahai Jibril, apa erti zuhud?”
“Orang zuhud adalah dia yang mencintai orang yang cinta kepada Khaliknya, benci kepada orang yang membenci Khaliknya, bersikap hati-hati dari bahagian dunia yang halal dan tidak menoleh kepada bahagian yang haram. Kerana, yang halalnya pasti akan dihisab dan yang haramnya akan dihukum.

“Dan lagi dia kasih kepada seluruh kaum Muslimin seperti halnya dia kasih kepada dirinya. Dia bersikap waspada ketika berbicara sebagaimana dia menghindar dari bangkai yang sangat busuk baunya. Dia berhati-hati dari tipu daya dunia dan keindahannya sebagaimana dia menghindari api dari melahapnya. Dia tidak berangan-angan panjang dan menganggap seakan-akan ajalnya sudah berada di hadapan matanya.”

“Wahai Jibril, apa erti ikhlas?”
“Orang ikhlas adalah dia yang tidak memohon dari manusia lain tetapi, berusaha keras sampai dia memperoleh cita-citanya. Apabila dia telah memperolehnya dia akan rela. Jika masih ada sesuatu yang tersisa di tangannya, dia akan memberikannya kerana Allah semata-mata.

“Orang ikhlas juga tidak memohon dari makhluk. Bererti dia telah menyatakan sikap ubudiyyah (kehambaan) kepada Allah Azza wa Jalla. Jika dia memperolehnya lalu dia rela, bererti dia telah rela kepada Allah dan Allah pulaa rela kepadanya. Apabila dia memberi semata-mata kerana Allah, maka dia memberinya dengan penuh keyakinan akan janji-janjiNya.”

“Wahai Jibril, apa erti yakin?”
“Orang yakain adalah dia yang beramal semata-mata kerana Allah seakan dia melihatnya. Prinsipnya, sekalipun dia tidak melihat Allah, namun Allah melihatnya. Dia yakin apa yang terjadi kepadanya bukan sesuatu yang keliru dan apa yang tidak terjadi pada dirinya adalah bukan bahagiannya.”

“Semua itu adalah rintangan-rintangan tawakal dan tangga menuju sifat zuhud.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog