Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 28 Mac 2011

Proton Harap Lotus Renault Mampu Teruskan Kecemerlangan Di GP Malaysia


PELUMBA Red Bull-Renault dan juara bertahan, Sebastian Vettel dari Jerman merayakan kemenangan di atas podium bersama pemenangan tempat kedua, Lewis Hamilton (McLaren-Mercedes ) dari Britain dan pemenang tempat ketiga Vitaly Petrov (Lotus-Renault) dari Russia, selepas memenangi Formula 1 Grand Prix Australia. - Foto AFP
PEMBUAT kereta nasional, Proton Holding Bhd, berharap pasukan Lotus Renault mampu meneruskan kehebatan dan prestasi terbaik pada perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) di Litar Sepang minggu depan.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata kehebatan pemandu Lotus Renault, Vitaly Petrov dari Rusia yang berjaya menduduki tempat ketiga dalam saingan di Melbourne semalam (Ahad) pastinya mampu diteruskan ke GP Malaysia 10 April nanti.

"Saya harap mereka mampu terus mencatat pencapaian yang lebih baik di sini kerana kejayaan ini pastinya lebih bermakna berbanding di Melbourne," katanya ketika diminta mengulas kemenangan Lotus Renault semalam selepas melancarkan kempen Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) di sini Isnin.


Pada perlumbaan pembuka tirai F1 2011 itu, pemandu sensasi Red Bull, Serbastian Vettel yang juga juara dunia 2010 muncul juara sementara Lewis Hamilton dari McLaren menduduki tangga kedua.

Kejayaan Petrov di Litar Albert Park, Melbourne, Australia itu membuktikan pelaburan yang dilakukan Kumpulan Proton Holdings Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Lotus Group, cukup berbaloi.

Selain meraih podium sulung, kejayaan itu juga satu kemenangan moral buat dua jenama kereta Lotus dan Renault yang baru bergabung tenaga musim ini dalam saingan F1.

- Bernama

1 ulasan:

Unknown berkata...

Insyaallah...support lotus Renault bro..


Lotus Reanult GP melawat Proton

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog