Persoalan yang ditimbulkan oleh di blog Minda Intelek Melayu.... |
ANWAR Ibrahim enggan mengulas persoalan di mana beliau berada antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari lalu ketika satu video aksi seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan.
Anwar yang ditemui pada majlis jamuan teh di Permatang Pasir, Bukit Mertajam pada Sabtu hanya mengelak ketika ditanya pemberita mengenai kesahihan fakta bahawa beliau bersama keluarga sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter ketika video itu dirakamkan.
Sebaliknya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sekadar mengajukan persoalan lain sebaik ditanya mengenai polemik terbaru itu.
‘‘Saya tidak akan menjawab soalan itu tetapi saya ingin mempersoalkan kenapa mereka yang berada di sebalik (pengedaran) video tersebut tidak ditahan,” katanya.
Muka depan bertajuk ‘Di manakah Anwar Ibrahim?' yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini (Sabtu) menimbulkan persoalan di mana Ketua Pembangkang itu antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari ketika satu video seks tersebut dipercayai dirakamkan.
Persoalan itu timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.
Menurut laporan akhbar Nanyang Siangpau, Anwar pada sidang akhbar itu telah mengemukakan dua fakta yang membuktikan beliau tidak berada di tempat video seks tersebut dikatakan dirakamkan, sebaliknya bersama keluarga serta sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter.
Selain Nanyang Siangpau, beberapa portal berita dan blog turut melaporkan mengenai Anwar yang tidak ‘tweet’ pada waktu berkenaan.
Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.
Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitter pada waktu video seks tersebut dirakam memandangkan akaun laman sosialnya itu didapati ‘senyap’ kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam sedangkan Anwar adalah pengguna Twitter yang aktif dan sering kali ‘tweet’ serta menjawab soalan-soalan pengikutnya.
Anwar juga menyangkal dakwaan bahawa hubungannya dengan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah retak berikutan isu video seks berkenaan.
Selain itu, Anwar turut menafikan laporan bahawa Wan Azizah ada meminta salinan video seks berkenaan seperti yang didakwa oleh Shazryl.
‘‘Dia (Wan Azizah) tidak pernah melihat video seperti itu sepanjang hidupnya dan dia telah menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk menontonnya,” katanya.
- Utusan
SATU MELAYU:
Itulah Anwar bin Ibrahim. Kalau dia tidak lari dari menjawab soalan atau lain ditanya, lain yang dia jawab, bukanlah Anwar Ibrahim namanya!
Biasalah! Itulah perangai dia selama ini. Dia yang buat hal, orang lain yang dipersalahkannya. DNA dia yang dipersoalkan, DNA Datuk Seri Najib pulak yang dia suruh ambil. Anwar.... Anwar....
2 ulasan:
Tiada bukti video lucah Anwar di edar. Penayangannya adalah bersifat persendirian bukan di tayang di khalayak ramai. Mengapa mereka harus di tangkap?
Mereka mereka itu bukan bersifat berseronok dalam penayangan itu tetapi menumpukan kepada bukti salah laku seseorang yang berpengaruh. Ini adalah tanggungjawab masyarakat.
Adakah kita mempersoalkan pengadu dalam kes salah laku seks atau khalwat supaya jangan 'jaga tepi kain orang'. Adakah kita menyatakan bahawa pengadu adalah 'gatal' suka mengintai perlakuan orang.
Adakah kita mempersoalkan dan menuduh 4 saksi dalam kes persetubuhan haram sebagai menggatal sengaja tengok perlakuan seks yang di lakukan kerana bukti permehatian saksi yang di perlukan umpama 'keris masuk ke sarung'?
Pokoknya perlakuan sumbang orang ternama. Bukan siapa yang simpan atau mengedar.
Salam 1Malaysia,
Cantiiikkkkkk!
Satu analogi yang sepatutnya mampu disumbatkan kedalam 'kepala hotak' mereka yg masih beranggapan semua itu 'konspirasi Umno/BN' dan PM Dato Seri Najib Tun Razak.
Dulu masa buat khianat kepada sesiapa sahaja yg rapat dengan Tun Dr. M, dia tak ingat! Kini bila dia kena belasah, baru sedar semua itu adalah balas dendam.
Biasalah, orang tak kata pun RTC balas dendam, tapi dia sendiri yg kata. Ertinya, dia tahu dan ingat apa yg telah dilakukannya terhadap RTC dulu.
Soal RTC baik atau buruk tak timbul. Yg penting Anwar sedar ada dendam terhadap dirinya kerana kerja khianat yg pernah dilakukannya semasa berada dalam Umno dulu.
Catat Ulasan