Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 27 Mac 2011

Nik Aziz patut malu dengan diri sendiri


MURSYIDUL Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya malu dengan diri sendiri yang seolah-olah sedia menerima perlakuan tidak bermoral individu yang dikatakan bakal menerajui negara.

Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapiea Nik Yusoff berkata, Nik Abdul Aziz hanya mengecam mereka yang mendedahkan pelakuan buruk itu tanpa mempedulikan pelaku sebenar dalam video seks itu.

''Apakah hanya keaiban musuh politik kita sahaja boleh diterima dari sudut agama sedangkan keaiban rakan atau orang yang kita bertuankan, kita tidak boleh dedah pula.

''Tidakkah pendedahan ini, jika ada kebenarannya menjadi peringatan yang jelas agar kita tidak terlanjur dalam mengangkat siapa yang bakal menjadi pemimpin," katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu, hari Sabtu.

Datuk Nik Sapiea
Nik Sapeia berkata, Nik Abdul Aziz yakin pembabitan pemimpin pembangkang itu sehingga tidak langsung menyentuh soal tersebut, sebaliknya menyerang musuh politik yang mendedahkan keaiban itu.

Mengulas kecaman Nik Abdul Aziz terhadap mereka yang menayangkan rakaman video seks itu, katanya, adalah lebih wajar beliau menyelidik kesahihan video itu dan juga pelakunya daripada menolaknya secara membuta tuli.

''Jika terbukti ia suatu fitnah, maka ia suatu yang dapat membersihkan individu berkaitan malah pembangkang sendiri akan mendapat keyakinan rakyat.

''Tetapi bagaimana jika ia benar, apakah Pas sanggup terus bersekongkol dengan pemimpin yang bergelumang dengan persoalan moralnya dan terus mengangkatnya sebagai peneraju negara?" ujarnya.

Katanya, Nik Abdul Aziz dan Pas tidak harus mengetepikan persoalan itu, semata-mata untuk terus mengekalkan pengaruh pembangkang agar akhirnya berpeluang mendapatkan kuasa.

''Belum terlewat jika Pas tidak bersekongkol dengan pembangkang agar pemimpinnya dilihat lebih cerdik, imejnya bersih apatah lagi ia mempunyai kekuatan sendiri tanpa perlu menumpang pemimpin lain," ujarnya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Jangan marahkan Nik Aziz kerana bermati-matian mempertahankan Anwar Ibrahim dalam apa jua keadaan, sejak Pas menyertai pakatan haram selepas PRU 2008.

Dia nak hidupkan Pas supaya setaraf dengan parti lain. Tanpa sokongan kewangan Anwar payah untuk Pas bergerak dan tidak secocok untuk duduk semeja dengan PKR dan DAP yang banyak duit.

Lagipun untuk membolehkan beberapa orang pemimpin Pas jadi menteri dan lain-lain jawatan penting negara, hanya melalui kerjasama dengan PKR dan DAP sahaja ianya mampu dicapai. Hanya apabila Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri sahaja barulah orang Pas ada peluang. Tak tahulah berapa banyak jawatan menteri untuk Pas yang dijanjikan oleh Anwar kepada Nik Aziz dan Hadi Awang.

Kalau ikutkan pengalaman bekas kekawan Anwar yang lari dari PKR, Anwar memang suka janji jawatan menteri kepada ramai orang. Siapa sahaja yang dia fikir boleh menguatkan peluangnya untuk jadi PM, dia akan janjikan dengan jawatan-jawatan penting negara, macam orang jual ubat di tepi jalan.

Lagipun Pas telah menyeluk pekasam hingga sampai ke pangkal lengan, maka adalah sulit untuk mereka dilihat oleh rakyat tidak menyokong Anwar Ibrahim.

Masa depan Pas hanya bergantung kepada kejayaan Anwar Ibrahim merampas Putrajaya daripada Umno/BN. Kalau Anwar gagal, kepimpainan Pas yang ditunjangi Hadi dan Nik Aziz akan lumpuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog