Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 30 Mac 2011

KES VIDEO SEKS: Polis dapatkan pakar kenal pasti bukti


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses membuat pengesahan pakar mengenai kesahihan bahan-bahan bukti yang diterima berkaitan rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti politik.

Setiausahanya, Datuk Ghazali Md. Amin berkata, justeru, PDRM berharap semua pihak bersabar dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

"Kita meminta agar semua pihak tidak membuat spekulasi kerana takut mengganggu perjalanan siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ghazali ketika dihubungi tidak menafikan kemungkinan akan memanggil pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim untuk membantu dalam siasatan video berkenaan.

"Saya tidak menafikan akan memanggil mana-mana individu yang dipercayai boleh membantu dan terlibat dalam siasatan rakaman video tersebut," katanya.

NGO tolak cadangan panggil pakar asing siasat video seks

BEBERAPA pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menolak cadangan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu yang mahu pakar asing menyiasat kesahihan rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana negara turut memiliki pakar untuk menyiasat kes sedemikian.

"Bagi saya Mohamad Sabu lebih 'mendewakan' pakar asing daripada pakar tempatan.

"Dia cuba lari daripada isu sebenar. Jika benar dia mahu menegakkan keadilan, kenapa dia tidak desak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja seperti dalam kes kematian Teoh Beng Hock," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Lumpur pada Selasa.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar pula meminta supaya jangan sesekali 'mengheret' orang luar masuk ke kancah politik negara.

"Sejak Anwar Ibrahim disingkirkan daripada kerajaan, begitu banyak hal dalam negara melibatkan pihak antarabangsa sehinggakan mencemar perspektif orang luar mengenai keharmonian di negara ini.

"Pihak pembangkang menimbulkan cadangan itu kerana mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang suka main politik yang 'gila-gila', 'kotor' dan sentiasa didorong oleh nafsu untuk mendapatkan kuasa," ujarnya.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula berkata, cadangan itu hanya untuk kepentingan politik pembangkang sahaja.

"Kalau mereka di pihak yang benar, maka benarlah, tetapi kalau sebaliknya, saya rasa ini hanya untuk memutar-belitkan kenyataan," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Puak pembangkang beranggapan semua pakar tempatan akan memihak Umno/BN atau kerajaan kerana dibayar sogokan. Dalam kepala hotak mereka semua benda boleh dibayar. Mereka lupa bahawa jika mahu di rasuah atau disogok, apakah pakar-pakar dari luar itu tidak boleh disogok? Mereka pun manusia macam kita juga. Mereka bukannya malaikat.

Barangkali, puak pembangkang mahu supaya pakar luar yang dimaksudkan itu dilantik dari kalangan orang yang dipersetujui mereka, seperti dari US atau mana-mana kumpulan Yahudi/Zionis yang dipersetujui oleh Anwar bin Ibrahim?

Kalau yang dilantik oleh kerajaan ditakuti boleh dibeli, tetapi kalau dari kalangan yang mereka sendiri pilih tak apa. Boleh dan dibolehkan, kerana berkemungkinan besar mereka boleh menyogoknya atau memihak kepada mereka atas arahan Yahudi atau Zionis yang memperalatkan Anwar untuk mengeronyok negara Islam bernama Malaysia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog