Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 28 Mac 2011

ISU VIDEO SEKS: Hishammuddin Akan Failkan Saman Terhadap Anwar


MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memfailkan saman terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang mengaitkan beliau dalam kes video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, Isnin lepas.

Berikutan itu, Hishammuddin pada Isnin telah melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap ketua pembangkang terbabit.

Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri, dakwaan Anwar bahawa Hishammuddin adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baiknya sebagai menteri.

Kata sumber itu, tindakan undang-undang itu diambil bagi membersihkan nama Hishammuddin.

Anwar dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.
- Bernama

SATU MELAYU:
Bagus! Saman jangan tak saman. Jangan biarkan Anwar Ibrahim secara berleluasa menuduh PM dan siapa sahaja sesuka hati, seolah-olah dia kebal dan tidak mampan oleh undang-undang negara.

Oleh kerana dia berkongsi pakatan dengan Karpal Singh dan beberapa orang peguam lain, pada sangkaannya dia dah sangat kebal dan tidak ada siapa berani mendakwanya di mahkamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog