Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 29 Mac 2011

TAHNIAH UNTUK SPRM: Pegawai Kanan Kastam Suami Isteri Ditangkap Dalam Serbuan Besar-besaran

Hiasan..

SATU Pasukan Tindakan Khas yang diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat serbuan ke atas lebih 100 buah syarikat dan orang perseorangan secara serentak semalam.

Serbuan melibatkan 84 agen penghantaran, sebuah syarikat induk serta 24 anak syarikat berkaitan dan 25 premis Kastam Di Raja Malaysia di seluruh negara.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata dalam serbuan itu dua orang pegawai kanan Kastam telah ditangkap bagi membantu dalam siasatan.

"Ratusan ribu ringgit telah dijumpai di rumah dua orang pegawai kanan Kastam ini yang merupakan pasangan suami isteri," katanya kepada media di sini hari Selasa.

Katanya pasukan ini juga telah menyita lebih daripada 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan.

Pasukan Tindakan Khas ini melibatkan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa lagi agensi penguatkuasaan berkaitan.

Mustafar berkata kesemua entiti yang diserbu dipercayai terlibat dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram.

"Ia juga termasuk penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai wang mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah," katanya.

"Kami melakukan tinjauan selama sebulan. Ia boleh dikatakan satu sindiket berikutan jaringan yang ada antara satu sama lain," katanya.

Kesemua aktiviti tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001, dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Ditanya mengenai jumlah sebenar yang diperolehi dari serbuan itu, Mustafar berkata, "Ia hanya merupakan satu kes yang dilaporkan berbanding 10 yang tidak dilaporkan. Saya yakin ia tetap melibatkan jumlah yang sangat tinggi."

Tentang sama ada serbuan semalam melibatkan seorang anggota salah sebuah parti politik, beliau menjawab, "Ia hanya satu kebetulan".

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini berkata Malaysia mencatatkan Kesalahan dan Ketinggalan (E&O) aliran keluar kewangan RM135.3 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009.

E&O itu antara lain mungkin mencerminkan aliran kewangan tidak direkodkan yang dijalankan melalui saluran tidak formal, yang mungkin termasuk dana yang berpunca daripada aktiviti haram, katanya.

- Bernama

SATU MELAYU:
Tahniah diucapkan kepada SPRM yang bertindak tegas ke atas kakitangan kerajaan yang mengkhianati negara kerana menerima rasuah. Secara tidak langsung puak inilah yang dianggap rakyat sebagai pelindung kepada bermaharajalelanya kegiatan haram kumpulan tertentu di negara bertuah ini.

Rasuah terjadi kerana adanya pemberi dan penerima. Ia tidak akan berlaku jika salah satu pihak menolak amalan yang menjijikkan itu. Kaedah memberi rasuah juga pelbagai dan semakin licik sifatnya. Justeru, ia bukan perkara yang mudah bagi SPRM untuk membendungnya.

Seperti najis dadah, rasuah juga musuh utama negara yang wajib diperangi. Dalam konteks ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dan mencabar dalam memerangi rasuah di negara ini.

2 ulasan:

citah bukan mazid berkata...

isk..xpatutnye...makan duit yang haram...
:(

Muhammad berkata...

Tak payah E and O. Kita Duty Free je satu mesia , habis citer, bubar jabatan kastam dan eksais diraja. Buat malum gomen je. weh, kalu macam tu, segala jabata lain patut buat benda yang sama la..... Amacam? bubar je untuk kebaikan semua. Tak payah suruh sapa sama resign. Depa boleh kerja jadi parking attenden dan pam minyak. kutip duit jugak tu. tade beza dari apa yang depa sepatutnya buat sekarang. Amacam cabaran satu malaysia?

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog