Nostakgia: Gerakan Reformasi 1998 di Masjid Negara Kuala Lumpur. |
BAGI manusia waras, tidak siapa dapat menafikan bahawa Anwar Ibrahim kini berada dalam keadaan yang sangat terdesak dengan pelbagai pendedahan ‘perangai buruknya’ sepertimana yang heboh diperkatakan umum melalui media arus perdana dan media baru.
Keadaan Anwar menjadi bertambah parah apabila kes liwat II di mahkamah memutuskan bahawa DNA ‘Lelaki Y’ yang diambil melalui tiga objek dari lokap polis boleh diguna sebagai bahan bukti.
Justeru, tidak hairanlah sebagaimana diberitakan bahawa ceramah Anwar Ibrahim di Taman Melawati, dekat Kuala Lumpur malam semalam agak berlainan sekali cara penyampaian dan riak wajah Ketua Pembangkang itu yang masih bercita-cita untuk jadi PM dan merampas Putrajaya dengan bantuan PAS dan DAP melalui PRU-13.
Nostalgia: Mampukah Anwar kembali seperti ini? |
Akibatnya, tercetus kekecohan antara penyokong Anwar dengan pihak berkuasa apabila polis cuba menghentikan ceramah haram itu di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, di Taman Melawati.
Itu bikan Anwar yang biasa kita lihat dalam ceramahnya. Nadanya penuh amarah, nafasnya kencang dan air mukanya keruh sekali. Tahap emosionalnya jauh lebih tinggi. Rostrum pun dihentaknya. Perkataan ‘haram jadah’ terpacul dari mulutnya.
Beliau kelihatan begitu terganggu dengan isu rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin utama pembangkang.
Anwar dilihat cuba menjadikan ceramahnya itu sebagai kesempatan membela diri dan mendapatkan simpati. Malahan nadanya cuba menghasut orang ramai supaya bangkit menentang kerajaan. Nampak sangat beliau tertekan dan kian terdesak.
Sebelum ini, gesaan rakyat dan pelbagai pihak mahukan Anwar memberikan sampel DNA menjadi perhatian utama. Kini, satu lagi isu besar dan berat menimpa beliau.
Sepanjang ceramah itu, yang meghairankan, Anwar Ibrahim tidak menjawab isu sebenar apatah lagi memberikan penjelasan yang meyakinkan khalayak. Seperti biasa, beliau mengalihkan perhatian dengan menyalahkan pihak lain.
Tidak mustahil, kerana begitu terdesak, Anwar akan kembali menggerakkan tunjuk perasaan jalanan sambil berceramah mengalihkan isu sebenar yang menimpa dirinya.
Sebagaimana kita semua sedia maklum, pada peringkat awal gerakan ‘Reformasi’ yang dilancarkannya sebaik sahaja beliau dipecat dari Umno dan kabinet serta ketika kes liwat I sedang dibicarakan di mahkamah, gerakan itulah yang diguna senagai langkah awal menghuru-harakan negara.
Bagaimanapun, gerakan itu berjaya dikawal oleh pihak berkuasa dan akhirnya terus lemah dan lenyap setelah bebrapa orang penggerak utamanya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Cuma sesekali jeritan reformasi kedengaran dilaungkan oleh beberapa kerat penyokong tegarnya ketika berada di luar mahkamah ketika perbicaraan kes liwat II yang sedang menuju kemuncaknya sekarang ini.
Andaian ini berkemungkinan besar cuba digerakkan semula berdasarkan kata-kata Anwar dalam ucapannya di Taman Melawati yang menyebutkan: "Sudahlah dengan kes mahkamah memang nak kalah, pergi Parlimen kena gantung, kemudian tengok TV (televisyen) dia tunjuk video. Video seks. Kemudian orang yang tunjuk diagungkan walaupun berniat jahat.
"Tanya polis-polis ini. Mana-mana orang yang sebar video lucah bolehkah dibiarkan? Tangkap terus. Ingat ini semua apa? Orang yang hadir malam ini semua bodoh ke? Kamu semua tahu undang-undang, tapi mereka cuba perbodohkan.
"Ajar mereka, ajar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang bodoh. Beritahu editor, beritahu wartawan, beritahu The Star, Utusan Malaysia. Beritahu mereka kita tidak bodoh.”
Nostalgia: Perhimpunan Black 14 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.... |
Yang lebih penting siapakah tokoh reformasi yang berkemampuan menggerakkan semula apa yang disarankan oleh Anwar Ibrahim itu setelah pemimpin utama reformasi seperti Ezam Mohd Noor tidak lagi berada dengan mereka?
Mampukah Saifuddin Nasution dan Haishmuddin Rais menggerakkannya?
Nostalgia: Ezam penggerak utama |
Di masa sama, jika berjaya digerakkan, sama-sama juga kita lihatkan apakah penyokong-penyokong puak PAS dan DAP akan turut serta membela Anwar di jalanan?
Apapun, yang agak sedih untuk dilihat nanti ialah bagaimanaa umat Melayu/Islam sahaja yang bermati-matian membela Anwar menentang kerajaan sedangkan sekutu yang konon bersama Anwar Ibrahim dalam menjayakan usaha merampas Putrajaya dari kaum lain tidak kelihatan, malah boleh dianggap ‘melarikan diri’.
- Sumber: Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan