Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 29 Mac 2011

Gaji dan elaun ketua pegawai eksekutif Tabung Haji RM82,000 sebulan?


AHLI Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa gaji dan elaun yang diperolehi Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji adalah RM82,000 sebulan.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri kepadanya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ekoran daripada soalannya ketika sesi perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Khamis lalu.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan mempunyai satu garis panduan supaya gaji yang dibayar kepada peneraju-peneraju syarikat milik kerajaan (GLC) sama ada ketua pegawai eksekutif atau pegawai-pegawai kanan adalah pada kadar yang munasabah dan bukannya dengan jumlah terlalu tinggi.

"Gaji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri pun tidak setinggi seperti mana ketua pegawai eksekutif terbabit sedangkan tanggungjawab mereka lebih besar kerana terpaksa menguruskan sebuah negara.

"Berbanding dengan tanggungjawab seorang ketua pegawai eksekutif bagi sebuah GLC mereka hanya menguruskan sebuah syarikat. Tambahan pula mereka dibantu ramai kakitangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Ibrahim turut mempersoalkan kewajaran mereka mendapat imbuhan sebegitu besar walaupun hanya setakat menguruskan sebuah syarikat.

Beliau berkata, sebagai seorang ketua pegawai eksekutif sepatutnya mereka hanya berhak mendapat satu gaji serta satu elaun sahaja.

"Ini tidak, bila memegang jawatan ketua pegawai eksekutif sebagai contoh, di Tabung Haji, beliau juga akan menjadi pengerusi anak syarikat serta pengarah anak-anak syarikat yang lain.

"Beliau sepatutnya tidak layak menerima elaun tambahan tetapi cukup hanya satu gaji dan elaun sahaja," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Mak Datuk! Banyaknya gaji dan elaun CEO ni yerrr!
Kenapa boleh jadi macam tu? Siapa yang luluskan? Tentulah Lembaga Pengarah, yerrr tak?

Bayangkan wang sebanyak 82 ribu itu jika diambilkira bayaran sesesorang jemaah yang menunaikan haji ke tanah suci. Berapa orang boleh pergi dengan wang sebanyak itu.

Tak tahu lerrr... pulak kalau elaun dibayar kurang dari itu, prestasi Tabung Haji akan merosot atau akan mengalami kerugian.

Dan kalau CEO Tabung Haji dibayar elaun setinggi itu, bagaimana pula dengan CEO-CEO lain dalam GLC yang seangkatan dengannya?

Elok juga ada seorang Ahli Parlimen bebas macam Tok Him ni!
Dia bukan hentam puak pembangkang sahaja, puak-puak yang ada dalam kerajaan pun dia dok sapu kalau ada yang dia fikir bertentangan dengan kepentingan rakyat.

Tahniah Tok Hom! Rakyat Didahulukan!

3 ulasan:

omong berkata...

ini baru betul2 check and balance...nampaknya MP Bebas yg bertindak sbg check and balance..
MP pembangkang? tak habis2 buat huruhara..

ALIWIRA berkata...

Patut la TH ni pegawainya macam hartawan .Tengok gaji sudahlah.Kalau bergelar eksukutif tu gajinya alamak bukan main besor.Inilah yang jemaah kena tanggung kos demi kos sebab gaji pegawai-pewgawainya tak munasabah .Harap menteri diJPM ambil perhatian la. dulu dah ada skandal TH ini pula gaji yang gila-gila .Semua ini hasil dari simpanan jemaah.

hisham berkata...

ramai CEO tersebut ahli pas dan keadilan.
dapat gaji besar..lepas tu sabotaj usaha kerajaan.
rakyat menyalak tuduh kerajaan menindas dan tak amanah.
dalam bank islam pun ramai oprang2 pas...dari yang berpangkat tinggi hinggalah timbalan pengurus cawangan.
kerjanya hanya mengutuk dan menanam sikap benci terhadap umno dikalangan pekerja bawahan.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog