Nallakaruppan: Bekas macai Anwar Ibrahim yang banyak simpan rahsia.... |
BEKAS rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan sedia berjumpa dengan pucuk pimpinan Pas bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu.
Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, mengetahui siapa Anwar.
“Pimpinan Pas boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka (Pas) julang sebagai ketua.
“Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di Johor Bahru pada Ahad.
Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat Pas.
“Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin. Anwar tidak layak menjadi pemimpin.
“Penyokong Pas harus memilih orang yang benar-benar layak diangkat sebagai ketua mereka dan Anwar bukan pilihan tepat serta tidak layak untuk menjadi pemimpin,” dakwanya.
Menurutnya, banyak perihal Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.
“Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar,” katanya.
Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan Datuk T mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China.
- Utusan Online
SATU MELAYU:
Sokongan ‘mengkhinzir buta’ para pemimpin utama Pas, terutamanya Mursyidul Am – Nik Aziz, terhadap Anwar Ibrahim benar-benar memburukkan imej parti jenama Islam itu di mata orang Melayu dan sebahagian besar pengikutnya sendiri.
Kisah songsang perihal moral makhluk yang mereka angkat sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Umum pakatan haram yang semakin hari semakin hebat didedahkan kepada umum, meresahkan para penyokong Pas yang sangsi dengan sikap pemimpin utama Pas dalam membuat penilaian politik.
Keresahan ahli Pas kini sangat dirasakan oleh penyokong-penyokong parti itu. Dan keadaan serba-salah antara pemimpin Pas juga semakin ketara. Nak tarik diri dari pakatan haram, malu. Nak terus kekal dalam pakatan itu, terpaksa pulak sokong apa jua pembohongan dan kelentong Anwar Ibrahim.
Mana satu jalan keluar yang seharusnya pemimpin Pas lakukan sekarang?
Yang nampak relek hanya DAP. Lim Kit Siang dan anaknya tak banyak cakap mengenai isu moral Anwar Ibrahim – sama ada dalam kes mahkamah dan juga isu video seks. Pemimpin dan ahli serta penyokong setia DAP mengambil sikap ‘berdiam diri’ dalam masalah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan