PRESIDEN MCA, Chua Soi Lek nampaknya semakin garang dan berani. Kenyataan balas oleh pemimpin Melayu mengenai kenyataannya yang mahu mengurangkan ekuiti bumiputera yang memang ciput (30%) itu, diulasnya dengan pelbagai alasan yang semakin mencabar orang Melayu.
Soi Lek mendakwa apa yang dituntutnya adalah perkongsian adil dan parti itu tidak berniat untuk merampas hak kaum lain.
Kaum lain yang mana kalau bukan kaum Melayu (bumiputera)? Di negara ini ada tiga sahaja kaum yang dianggap besar, iaitu Melayu (bumiptera), Cina dan India. Kalau tidak mahu merampas hak kaum Melayu, apa makna gesaan supaya dikurangkan ekuiti kaum bumiputera yang sedikit itu?
Tahukah Soi Lek apa makna ADIL?
Adil bukan bermakna sama rata sama rasa. Itu slogan yang jadi amalan sosialis dan komunis. Slogan itu telah lama ‘mampus’. Tak ada lagi dan ternyata gagal. Semua negara sosialis telah membuangnya kerana ternyata gagal sebab tidak mampu meningkatkan produktiviti. Komunis juga telah tidak lagi mengamalkannya. Malah, negara China sendiri telah mengalih dasarnya kepada kapitalis. Ternyata negara China semalin maju hinggakan berkedudukan nombor dua dari segi kekuatan ekonomi selepas USA.
Maksud sebenar ADIL ialah meletakkan sesuatu pada tepatnya yang hak atau betul.
Justeru, kalau kerana keadilan yang disuarakan Soi Lek, ternyata ianya salah dan hanya satu helah yang berbentuk slogan semata-mata. Tak ada maknanya dan sebagai helah politik semata-mata.
Kalau Soi Lek mahu bercakap dari segi hak, hak apa yang beliau maksudkan? Sedarkah Soi Lek bahawa negara ini penduduk asalnya ialah orang Melayu yang diklasifikasikan sebagai bumiputera setelah wujudnya Malaysia. Dan kaum Cina yang ada, jadi warganegara kerana ehsan pemimpin Melayu, khasnya Tunku Abdul Rahman, setelah disyaratkan oleh penjajah British ketika menuntut kemerdekaan.
Dan ehsan itu hendaklah dibalaas balik oleh orang Cina dan India dengan kesedaran bahawa mereka hendaklah taat setia kepada Raja Melayu dan Negara – Persekutuan Tanah Melayu, kemudian Malaysia. Persetujuan itu telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan fasal 153 – Hak Keistimewaan Orang Melayu.
Semua itu telah dipersetujui oleh generasi awal kaum imigran Cina dan India yang di ketuai Tan Cheng Lok dan V. T. Sambathan. Ketika itu semua orang Cina dan India patuh dan taat setia kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu. Negara aman dan berada dalam kesejahteraan. Masing-masing kaum bebas ‘cari makan’ dengan kepakaran dan usaha masing-masing. Negara terus membangun.... dan membangun seperti yang terlihat sekarang.
Bagaimanapun, apabila generasi kedua kaum imigran Cina mula lupa atau sengaja mahu melupakan ketaatan mereka, maka tercetuslah ‘peristiwa hitam’ pada 13 Mei 1969. Peristiwa itu terjadi kerana kaum imigran Cina yang bergerak melalui parti politik pembangkang – Parti Buruh, pimpinan Tan Chee Koon dan DAP yang bersetiausahaagungkan Lim Kit Siang, serta Gerakan yang berpusat di Pulau Pinang, mula ‘besar kepala’ mahu menghalau orang Melayu di Kampung Baharu, Kuala Lumpur.
Kedaan itu terjadi kerana keputusan PRU, 10 Mei 1969 menyaksikan DUN Pulau Pinang di kausai Gerakan, sementara DUN Perak dan Selangor berada pada kedudukan 50-50 antara pembangkang dan Perikatan. Kaum imigran Cina mula ‘tunjuk belang’ kerana menyangkakan mereka sudah cukup kuat untuk merampas pemerintahan negara. Mereka lupa diri dan begitu ghairah mahu memerintah negara atau mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai negara yang dikuasai kaum Cina sepenuhnya seperti Singapura.
Sementara kaum India, ibarat lalang. Condong ke kiri dan ke kanan mengikut tiupan angin.
Kepimpinan negara yang diketuai Tun Abdul Razak Hussein melalui MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) mengambil keputusan bahawa kekacauan terjadi kerana ekonomi antara kaum Melayu dengan Cina tidak seimbang.
Hasil perundingan dalam MAGERAN – yang dianggotai kaum Melayu, Cina dan India, maka tercetuslah idea Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menetapkan usaha meningkatkan ekuiti kaum bumiputera kepada 30%. Tujuannya tidak lain hanya untuk mengelak pergeseran kaum – Melayu dengan Cina.
Negara kembali aman dan tenteram dengan dasar itu sehinggalah Perdana Menteri ke- empat, Tun Dr. Mahathir Mohamed meletakkan jawatan dan negara di serahkan kepada pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sehingga PRU-11 (2004), negara ini masih aman dan terkawal. Bagaimanapun setelah di adakan PRU-12, yang kebetulan ketika itu Anwar Ibrahim telah dibebas awal dari penjara kerana kes liwatnya, BN yang jadi tonggak pemerintahan negara hampir tumbang. Dan sebab BN hampir tumbang adalah kerana kepimpinan Pak Lah tak stabil dan rakyat Melayu khasnya berhasrat menunjukkan protesnya.
Maka kembalilah negara ini seperti tahun 1969. Kaum imigran Cina ‘besar kepala’. Mereka berasa kuat dan mula mahu mengambilalih kekuasaan negara dengan memperkudakan PKR dan PAS.
Begitulah yang telah berlaku dan ketegangan kaum – Melayu dengan Cina dan India, mula bercambah kembali. Puncanya kerana kaum imigran itu tidak sabar-sabar mahu merampas kuasa. Dan ekuiti yang terlalu sedikit (30%) itu cuba digangu-gugat dengan dalih keadilan.
DEB dibuat 40 tahun lalu. Dan ianya masih kekal hingga sekarang. Jika diasaskan kepada keadilan, adilkah peratusan 40 tahun dulu dikekalkan hingga sekarang? Sewajarnya ia semakin ditingkatkan, bukan dikurangkan. Jika di kurangkan, maka baliklah kita semua kepada keadaan sebelum PRU 1969.
Adilkah kalau negara bernama Malaysia ini yang rakyatnya terdiri dari 56% kaum bumiputera hanya dapat hak ekuiti 30%?
Apakah maksud Soi Lek bahawa keadaan tahun 1969 berbeza dengan sekarang? Sepatutnya sekarang kaum bumiputera diberikan hak ekuiti 56% berdasarkan jumlah penduduk. Itu baru adil. Soal tercapai atau tidak soal lain. Yang penting target dan usaha mencapainya.
Atas dasar keadilan apa, hak 30% itu mahu dikurangkan lagi? Adakah kerana kaum imigran Cina telah bertambah bilangannya? Atau kerana mereka konon telah ada ‘kuasa menuntut hak’ kerana politik kaum mereka kini bertambah kuat dan ekonomi mereka semain mantap dan menaik?
Baiklah, jika Soi Lek mahukan keadilan berdasarkan sama rata sama rasa, maka pada PRU akan datang semua calon dari MCA hanya bertanding di kawasan yang majoriti penduduknya kaum Cina. Jangan lagi diberi mereka bertanding di kawasan selamat. Iaitu di kawasan yang majoritinya kaum Melayu/Bumiputera.
Chua Soi Lek sendiri berentap dengan Chua Jui Meng di mana-mana kawasan di Johor yang majoritinya kaum Cina. Di Parlimen Bakri mungkin sesuai. Begitu juga dengan di negeri-negeri lain. Jangan lagi berikan kaum imigran yang jadi warganegara kerana ehsan orang Melayu itu bertanding di kawasan yang majoritinya kaum Melayu/Bumiputera. Cukup dan cukuplah....
Itulah keadilan yang seharusnya dituntut oleh orang Melayu sekarang.
Tindakan ini penting. Kalau tidak dilakukan sedemikian, kaum Melayu semakin marah dan membenci Barisan Nasional pimpinan DS Najib Tun Razak dan juga TS Muhyiddin Yassin. Tak ada gunanya kaum yang tak ‘sedar diri’ dan ‘tak mengenang budi’ itu diberi muka.
Apa yang dilakukan selama lebih 50 tahun ini nampaknya tidak mereka terima sebagai satu rahmat kepada kaum mereka. Sudah diberi betis, mereka mahukan paha. Nanti selapas dapat paha, habis semua mereka ‘rogol’ sesuka hati. Melayu diam dan Melayu tidak mahu melawan. Bukan kerana takut atau gentar tetapi, kerana terlalu bertolak ansur.
Kerana terlalu lama bertolak ansurlah maka orang Melayu kini semakin dipertikai haknya dan diperlekeh dengan pelbagai tuntutan yang ‘kurang hajar’ sifatnya.
Jika ini tidak dilakukan, mungkin orang Melayu akan tidak keluar mengundi atau tidak mahu lagi menerima BN sebagai parti yang berkemampuan mentadbir negara/negeri.
Pak Sulung: Teringatkan andaian bahawa jika ekuiti negara ini di ibaratkan bernilai 10 ringgit, kaum Cina ada 6, Melayu 2.50 dan India 1.50. Adapun kaum imigran Cina bukannya bersyukur dengan 6 ringgit yang mereka dapat tetapi, berikhtiar mahu mengambil daripada 2.50 yang jadi milik orang Melayu, untuk diberikan kepada mereka. Kalau boleh mereka mahukan semuanya. Tolong tanyakan kepada Chua Soi Lek, ADILKAH pembahagian ini?
BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI
-
Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi
wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.
Musa adalah Ketua Menteri terl...
3 hari yang lalu
2 ulasan:
Saya sokong 100% supaya MCA yg tak perform dibiarkan bertanding di kawasan majoriti kaum cina.Janganlah jadi bangsa/parti subsidi!Bertandinglah atas dasar merit.Takkan nak mengemis ehsan Melayu dan umno selama2nya.Jangan asyik mengharapkan tongkat pengundi2 Melayu untuk survive!
Ekonomi,pendidikan pandai cerita pasal merit tapi bila bab pembahagian kerusi dan jawatan menteri sibuk mahu subsidi,sibuk nak kuota!Kalau diikutkan prestasi PRU12 MCA mungkin cuma layak diberi 1 jawatan timbalan menteri saja tanpa jawatan menteri penuh!Itupun semata2 sbg memenuhi syarat untuk mewakili kaum cina.
BN(baca umno)perlu tegas.Kalau MCA tak perform,malas berkempen,asyik mengharapkan ehsan Melayu untuk mengundi mereka sedangkan kaum mereka beramai2 mengundi DAP,kenapa perlu dimanja2kan lagi?
Tak nampak lagikah permainan mereka(cina).Mereka begitu tamak haloba.Mereka tak sokong kerajaan malah bercita2 mahukan kuasa yg lebih dalam kerajaan pakatan pembangkang spt yg dijanjikan oleh peliwat anwar ibrahim iaitu jawatan TPM tapi dalam masa yg sama mahukan jawatan2 menteri kabinet yg ramai dalam kerajaan BN.
Mereka sebenarnya mahukan kuasa penuh dalam politik,ekonomi,pendidikan(ala cina) dan segala2nya bukan sekadar berkongsi dengan kaum bumiputera!Mereka mahu berkuasa penuh dalam Tanah Melayu ini!
AKU HANYA UNDI MELAYU TAK KIRA PARTI MANA ASAL MELAYU.KELUARGA AKU PUN SETUJU.AKU MEMANG TAHU DARI DULU KINI DAN SELAMANYA BANGSA HANTU INI JAHAT.ADIK KEPADA YAHUDI.
Catat Ulasan