Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 12 Mei 2011

Betulkah setia pada Umno bila tak jadi calon?... Betul serahkan mandat pada pucuk pimpinan?... Betul?... Terima kasih. - DS Najib

Presiden Umno, Datuk Seri najib Tun Razak berucap pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke-65 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Turut hadir bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Presiden Umno, Tun Musa Hitam
PRESIDEN Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menguji kesetiaan anggota Umno terhadap perjuangan parti apabila tiba masanya.

Walaupun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut, Perdana Menteri memberi bayangan bahawa ujian itu secara langsung mengaitkan pemilihan calon pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Apakah kita sudah cukup setia kepada Umno? Apakah tak jadi calon kita akan setia kepada Umno? Betul? Setia? Betul serah mandat pada pucuk pimpinan? Terima kasih. Saya akan uji bila sampai masa nanti.

"Jangan nanti ada yang merajuk, tidak mahu kerja dan pergi ke luar negara kalau tidak terpilih menjadi calon pilihan raya," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke-65 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Najib, mendapat respon daripada kira-kira 3,000 hadirin yang hadir memenuhi Dewan Merdeka yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin Umno dari seluruh negara.

Turut sama pada majlis ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, naib-naib presiden serta ketua-ketua sayap parti.

Dalam pada itu, Najib turut mengajak semua anggota dan pemimpin Umno melafazkan ikrar supaya terus sama-sama mendampingi rakyat dan berkhidmat bersungguh-sungguh serta prihatin kepada keperluan dan suara rakyat di peringkat akar umbi.

Sambil mengajak hadirin mengimbas kembali sejarah penubuhan Umno 65 tahun lepas, Najib mengingatkan anggota dan pemimpin supaya menghindari sikap berpuak-puak atau politik 'factionalisme' untuk memastikan Umno terus menjadi parti yang kuat dalam negara.

"Kalau Umno bersatu, apatah lagi kalau orang Melayu pegang, Umnolah parti keramat untuk orang Melayu, Umno itu Melayu...Melayu itu Umno, kita merupakan parti yang kuat dalam negara ini.

"Kita tidak mahu Umno senasib parti-parti lain. Parti yang telah banyak berjasa tapi telah terkubur, yang telah berbudi tapi mengalami kekalahan. Umno belum mengalami nasib sebegitu dan janganlah kita menghadapi nasib yang sama.

Najib berkata Umno juga sudah mempunyai cukup kekuatan untuk terus menjayakan dan memantapkan agenda transformasi negara di samping telah mempunyai jenama tersendiri yang masih di pandang tinggi oleh rakyat jelata.

Pada majlis itu, Najib turut menaikkan bendera 'Sang Saka Bangsa' serta memotong pulut kuning.

Datuk Seri Najib bersama pemimpin Umno menaikkan bendera 'Sang Saka Bangsa' sambil menyayikan lagu Umno....
- Berita: Bernama. Gambar: UmnoOnline

SATU MELAYU:
Pertanyaan DS Najib itu membayangkan bahawa itulah salah satu masalah yang dihadapi Umno ketika berdepan dengan Pilihan Raya. Rasa tak puas hati kerana tak terpilih atau tak terpilij lagi jadi calon memangnya masalah yang sentiasa wujud.

Bagaimanapun, ketika memutuskan calon-calon yang bertanding dari Umno nanti janganlah sampai ada Ketua Bahagian dari Bahagian A bertanding di Bahagian B, sedangkan Ketua Bahagian B tersingkir atau sebagai Adun sahaja.

Apabila calon pendatang itu menang dan diangkat jadi menteri atau timbalan menteri, sementara Ketua Bahagian yang jadi Adun hanya jadi Adun biasa sahaja, siapa yang tak marah? Sebab pada pemilihan bahagian selepas itu, wakil rakyat pendatang itu akan tentang Ketua Bahagian di mana dia jadi Ahli Parlimen. Ahli akan berpecah dan berbalah.

Keadaan ini memanglah tidak menyenangkan, terutamanya ahli dan orang kuat Ketua Bahagian berkenaan.

Kesilapan meletak calon seperti berlaku pada PRU 2008 diharapkan tidak berulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog