Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 10 Mei 2011

Pielah Mabukkkk! Sabotaj kereta: nak bunuh Wan Azizah, Anwar atau nak bunuh isu kes liwat II, video seks dan ‘Pandi Kutty’?

Gambar iringan dari Malaysiakini.....
KETIKA negara sedang bercengkerama dengan isu liwat II, isu video seks dan isu ‘Pandi Kutty’, tetiba meletup pulak satu berita baru yang diharap dapat menjadi alat mengalih isu panas berkenaan.

Setelah dua minggu cerita itu diperam, baru hari ini nak buat laporan polis.... Akai ada ka?

Berita gempar yang tak segempar mana itu tidak mampu mengalihkan isu salahlaku Ketua Pembangkang yang sedang serabut memikirkan helah hingga wajahnya kelihatan macam ‘ayam berak kapur’ itu.

Sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini, pemandu peribadi kepada Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.

Sehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar tampil membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 tadi.

Beliau mendakwa tindakan merosakkan kenderaan Mercedes Benz S350 itu sebagai satu bentuk ancaman.

Menceritakan kemalangan kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, di petengahan jalan ketika membawa Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang.

Selepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu.

Kereta mewah itu bagaimanapun bergoyang dan kedengaran letupan datang sebelah belakangnya.

Selepas meletakkan kereta di tepi tepi jalan, beliau mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi.

Bagaimanapun, menurut laporan polis, kejutan besar datang apabila mekanik biasanya memaklumkan bahawa pin pada nat untuk menyokong cakera brek telah dikeluarkan.

Katanya, beliau dimaklumkan, adalah mustahil nat itu boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dilakukan seseorang.

Justeru, beliau percaya terdapat usaha mencederakan atau membunuh Anwar.

Katanya, berdasarkan maklumat mekanik itu kepadanya, terdapat unsur sabotaj dengan mengambil kira kenderaan itu selalu digunakan Anwar.

Memasukkan pengakuan mekanik itu dalam laporan polisnya, Abdullah Sani berkata beliau kini risaukan keselamatan Anwar dan keluarga.

Demikian berita yang diharap menggemparkan jadi tak segempar mana, malah tidak mampu mengalih pandangan rakyat kepada kes bunuh membunuh sebagaimana yang didakwa pemandu yang setia itu.

Malaysia bukannya macam Pakistan, Afghanistan, Libya, Iraq, Jordan, Palestin atau mana-mana negara Islam yang bergolak gara-gara muslihat Zionis Yahudi.

Persoalannya, kenapa setelah dua minggu baru nak buat laporan? Lagipun yang berada dalam kenderaan berkenaan ketika malang yang bukan kemalangan itu berlaku ialah Wan Azizah dan Faekah? Bukannya Anwar?

Kenapa semasa pergi ke Chemor malang kecil itu tidak berlaku? Cuma ketika dalam perjalanan balik sahaja baru berlaku? Di mana kereta itu berada semasa di Chemor? Bukankah di majlis yang dihadiri oleh penyokong PKR? Deme lerrr yang buat kalau begitu ceritanya weh hoi!

Kalau si Abdullah Sani telah berkhidmat selama 28 tahun, takkan dia tak tahu di mana kereta itu selalu berada? Sudah tentu kereta itu sentiasa dalam pengawasan pemandu yang setia dengan tuannya. Kalau ke mana-mana majlis pun, biasanya kereta itu di letakkan di tempat yang ‘medan’ atau di khalayak umum. Masa bila orang nak sabotaj dengan membuka skru brake pad kereta itu?

Lagipun, kalaulah orang Umno atau pemimpinnya nak bunuh Anwar Ibrahim, dah lama dah mereka lakukan. Dah arwah dah pun.... Bukannya sekarang baru nak lakukan....

Kenapa ketika Anwar sedang berserabut dengan isu kes liwat II dan isu video seks, baru timbul cerita bangang seperti gini?

Kesian dengan pemandu setia bernama Abdullah Sani itu diperalatkan untuk menimbulkan ‘cerita dongeng’ yang tak mampu diterima akal oleh majoriti rakyat negara ini.

Sedarlah bahawa bangsa Melayu di negara ini masih ada pegangan agamanya. Orang Melayu atau pemimpin Melayu tidak akan melakukan kerja-kerja jahat seperti itu. Itu bukan amalan dan budaya politik orang Melayu.

Jangan nak bodohkan rakyat negara ini dengan cerita-cerita tak masuk akal seperti itu. Pi main jauh-jauh dan carilah cerita lain yang jalan ceritanya masuk akal sedikit. Bukannya cerita yang boleh tertempelak kepada boss kamu yang sedang berkira-kira untuk cabut lari ke luar negara itu.

Bila Anwar dah cabut nanti, kamu bolehlah terus berkhidmat dengan Wan Azizah dengan aman dan sejahtera.

Tak ada siapa yang nak bunuh Anwar Ibrahim. Jangan perasanlah yang boss kamu itu hebat sangat, hinggakan pemimpin kerajaan yang ada begitu takut kepadanya.

Tak ada sebab pemimpin Umno/BN dan kerajaan nak takut dengan Anwar. Sebaliknya Anwar Ibrahim yang berada dalam keadaan sangat takut untuk beristirehat di Sungai Buluh kerana meliwat Saiful.

Lebih teruk lagi, video lucah lakonan Anwar seperti yang didakwa Datuk Eskay akan terus beredar dan berkelana di media internet sehingga hari kiamat atau sehingga diri Anwar Ibrahim itu sendiri kiamat.
- YopMan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog