Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata, pendekatan ini dilakukan setelah matlamat mendapatkan sokongan 80 peratus pengundi bukan Melayu dalam bandar dalam pilihan raya umum 2008 telah tercapai.
Pakatan tersebut kini menggunkan slogan undilah calon Melayu asalkan bukan dari UMNO berbeza dengan pilihan raya umum lalu yang mengajak pengundi beralih kepada pembangkang asalkan bukan BN sehingga calon MCA dan Gerakan mengalami kekalahan teruk di Johor.
"Pendekatan terbaru yang dimulakan sejak dua tahun lalu semakin rancak selepas pilihan raya Dewan Undangan Negeri Serawak yang menyaksikan pembangkang menguasai kerusi kawasan bandar dan pekan pada 16 April lalu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Ledang di Serom, Sungai Mati, di Muar pada Ahad.
Abdul Ghani berkata mereka akan membangkitkan kesangsian rakyat terhadap hal-hal urusan tadbir urus, amalan-amalan tidak sihat yang kononya berlaku dalam kepimpinan kerajaan dan UMNO serta membangkitkann perasaan sentimen sesuatu kaum.
"Contohnya, jika sesebuah organisasi Melayu mempertahankan pendirian dan hak mereka, pakatan itu akan menuduh kita sebagai rasis atau perkauman," tambahnya sambil menyifatkan ia sebagai cabaran baru kepada masa depan Melayu di negeri itu.
Justeru itu, beliau mengajak orang Melayu Johor termasuk ahli-ahli PAS sendiri supaya kembali bersatu kerana perkembangan terbaru itu adalah satu cabaran besar yang boleh menggugat masa depan mereka.
Menurutnya jika ia dibenarkan berlaku, tidak mustahil Perlembagaan Persekutuan yang digubal untuk menjamin masa depan orang Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terancam.
Abdul Ghani, yang juga Ketua UMNO Bahagian Ledang, berkata pemimpin Parti Keadilan Johor, Datuk Chua Jui Meng sendiri begitu yakin akan sokongan 50 peratus pengundi Melayu di negeri itu selain 80 peratus pengundi Cina dan 60 peratus pengundi India.
Pakatan pembangkang, katanya, sudah tidak gentarkan MCA dan Gerakan setelah calon-calon parti itu mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum lepas.
- Bernama
SATU MELAYU:
Kalau sokongan pembangkang masih kuat pada PRU-13 nanti, strategi ini pasti akan menggugat calaon BN dari bukan Umno yang bertanding di kawasan yang bermajoritikan kaum Melayu.
Mungkin atas kesedaran inilah MCA mengambil pendirian tidak akan menyertai kabinet BN jika kaum Cina tidak memberikan sokongan kepada parti itu.
Strategi inilah yang digunakan pembangkang pada PRU 2008 di DUN Pasir Panjang, Perak di mana Mohd Nizar Jamaluddin berjaya mengalahkan calon BN dari MIC dengan majoriti 4,474 undi. Di DUN Pasir Panjang ketika itu, jumlah pengundi Melayu 66.61%, Cina 14.69%, India 19.58%, Lain-lain 0.12%.
Justeru itu, untuk PRU-13 nanti, bagi kawasan majoriti kaum Melayu calon BN hendaklah jangan diletakkan dari kalangan parti komponen bukan Umno.
Maka, strategi MCA yang menarik diri dari barisan kabinet jika tidak mendapat sokongan kaum Cina itu adalah tepat dan munasabah.
Zaman berubah, masa berlalu. Cara lama dan strategi lampau tidak mungkin sesuai lagi untuk masa kini.
Wallahhualam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan