Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 9 Mei 2011

Hah!... Boleh Pulak! MB Kedah Mahu Kementerian Sendiri Rayu Untuk Selesai Isu Rebat Tanah UUM

"PTG tolak rayuan UUM, saya tak boleh buat apa... PTG yang tolak...."
APA lerr punya pendirian si MB Kedah dari Pas ni. Semalam cakap lain. Hari ni cakap lain. Esok entah apa pulak yang terkeluar dari mulutnya. Langsung tak berpendirian. Cakapnya tak boleh pakai, kata-katanya berputar-belit.

MB Kedah dari Pas ni mentadbir negeri macam ‘kanak-kanak main pondok-pondok’. Dia ikut suka hati dia jerrr....

Semasa memutuskan pihak UUM mesti membayar cukai tanah tanpa rebat, bukan main garang lagi ‘MB Pak Lawak’ tu mengatakan bahawa yang memutuskan kadar cukai itu ialah Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG). Bukannya beliau selaku MB. Dia tak ada kuasa.

Setelah didesak banyak pihak dan kredibiliti Pas tercabar kerana itu itu, buat pulak kenyataan baru yang bertentangan dengan apa yang dikatakan sebelumnya.

Daripada MB tak berkuasa, sekarang ada kuasa pulak. Boleh runding pulak tetapi ada syarat pulak. Syaratnya, Kementerian Pengajian Tinggi sendiri kena bertemu dan merayu kepada MB.

Boleh timbang dengan satu syarat...
Kementerian tu bukannya orang. Maka apa yang dimaksudkan MB Pas itu ialah Menteri sendiri kena melutut kepada kerajaan Pas Kedah.

Aduhaiiii! Hebat sungguh kongkalikong MB Pas Kedah ini.

Tak tahulah ajaran Islam jenis apa yang jadi amalan MB Pak Lawak tu.

Begitulah sebagaimana yang diberitakan Bernama bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersetuju menimbang rayuan rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia, (UUM) jika Kementerian Pengajian Tinggi bertemu sendiri dengan beliau.

Pengerusi Biro Pendidikan Umno Kedah, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata perkara tersebut disampaikan kepada beliau ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar itu pada Isnin.

"Saya akan melakukan perbincangan dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin agar rayuan ini dapat dipercepatkan dan sekali gus dapat menyelesaikan masalah ini," katanya pada sidang media di Alor Setar.

Beliau berkata Azizan telah menerima surat rayuan UUM itu dan telah menyerahkannya kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri untuk pertimbangan, namun permohonan tersebut ditolak.

"Ini kerana permintaan selama lima tahun yang dibuat universiti itu akan mengurangkan pendapatan kerajaan negeri hampir RM8 juta setahun," katanya.

"Depa kesempitan wang.."
Dalam pertemuan selama dua jam itu, Abdul Aziz berkata Azizan bersetuju perkara berkenaan dibincangkan pada mesyuarat kerajaan negeri dan PTG dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah terbabit.

Terdahulu, Abdul Aziz menyerahkan surat rayuan Badan Perhubungan Umno Kedah kepada Azizan untuk dipertimbangkan kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu rebat tanah UUM itu.

Sebelum ini rayuan UUM untuk menyambung semua rebat cukai tanahnya ditolak oleh PTG negeri menyebabkan pihak universiti itu terpaksa membayar cukai tanah sebanyak RM1.74 juta setahun berbanding hanya RM100,000 setahun.

Dalam pertemuan itu, Abdul Aziz juga memohon kepada kerajaan negeri supaya tidak menyifatkan cukai tanah dari UUM, Universti Teknologi Mara (UiTM) Kedah dan juga Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sebagai punca pendapatan kerajaan negeri.

"Kita tahu kerajaan negeri menghadapi kekangan sumber kewangan untuk menguruskan negeri tetapi mereka perlu mencari sumber pendapatan lain bagi memastikan mempunyai dana yang cukup bagi mengurus kerajaan," katanya.

Sehingga Isnin itulah cerita dari MB Pas Kedah yang kita dengar. Esok tak tahu pulak bagaimana songeh baru Azizan dalam hal ini.

Tidak mustahil setelah dapat mimpi baru malam ini, Azizan akan tikar pendirian lagi.

Jangan-jangan dia akan nafi pulak apa yang dikatakannya kepada Datuk Aziz atau akan salahkan pemimpin Umno Kedah itu dengan pelbagai alasan.
Sumber: Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog