Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 8 Mei 2011

Kerana anggap kerajaan lemah, puak ekstremis tuntut pelbagai perkara walaupun menyanggah Perlembagaan - Dr M

TINDAKAN pihak ekstremis tertentu membuat pelbagai tuntutan sehingga sanggup mengubah apa yang termaktub dalam Perlembagaan disebabkan mereka beranggapan kerajaan ketika ini adalah lemah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, kehilangan kuasa majoriti dua pertiga kerajaan di Parlimen menyebabkan puak terbabit berani mengambil kesempatan untuk menimbulkan pelbagai masalah berbanding suasana semasa di bawah pemerintahan beliau dahulu.


"Dulu masa saya (jadi Perdana Menteri) tidak ada. Saya mendapat sokongan daripada semua, orang Kristian, Hindu, atau orang Buddhist semua sokong, tidak ada tuntutan apa-apa.

"Puak ekstremis ini buat begitu sebab dia nampak yang kerajaan lemah maka dia timbullah macam-macam masalah untuk bagi kotor lagi keadaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau ditanya mengenai penulisan oleh blog seperti yang dilaporkan akhbar mengenai majlis pertemuan DAP dengan paderi Kristian dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Pulau Pinang baru-baru ini.

Bagaimanapun, Dr Mahathir enggan mengulas mengenai perkara yang membabitkan agama itu kerana katanya ulasan yang pelbagai tanpa bukti yang jelas akan lebih memburukkan lagi keadaan.

Ditanya pandangannya berhubung laporan media yang mendahului pihak keselamatan yang seolah-olah menunjukkan kelemahan risikan pihak berkuasa, beliau berkata: "Saya kena kaji sepenuhnya, saya tak berani nak buat kenyataan kerana saya tak akan menyumbang kepada keamanan dan ketenteraman negara dengan mengeluarkan pendapat yang belum mempunyai asas yang kukuh.

"Kalau ada sesuatu yang melanggar undang-undang kita boleh (ambil tindakan). Tetapi kadang-kadang yang tak langgar undang-undang pun kerana kita ada kuasa politik kita nak guna undang-undang, yang itu salahlah. Kita kena pegang pada undang-undang."

Mengulas mengenai cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya PAS bekerjasama dengan UMNO, Dr Mahathir berkata cadangan itu baik kerana PAS juga pernah bersama UMNO semasa dalam Perikatan tetapi mereka perlu ikhlas, bukannya masuk untuk sekadar mencari peluang.

Dr Mahathir berkata, apa yang lebih baik yang dapat dilihat dari cadangan Perdana Menteri itu ialah PAS perlu keluar dari bersekongkol dengan individu tidak baik dan parti lain untuk memperjuangkan orang Melayu dan Islam.

"Dia (PAS) nak lawan dengan kita, lawanlah, dia nak pecah undi orang Melayu, pecahlah tetapi jangan kerjasama dengan orang yang begitu sekali dahsyat daripada pandangan orang yang waras," katanya.

Katanya, walaupun PAS beranggapan sokongan kepada pakatan pembangkang semakin bertambah berikutan pendedahan video seks yang pelakunya mirip seorang ketua pembangkang, parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu perlu sedar terdapat pelbagai jenis manusia di dalam masyarakat Malaysia.

Dr Mahathir berkata, selepas pendedahan adegan video seks itu beliau tidak tahu apa lagi bukti yang dikehendaki rakyat bagi meyakinkan mereka bahawa itulah sifat sebenar ketua pembangkang tersebut.

"Saya tak tahu apa lagi nak meyakinkan rakyat...nak panggil rakyat pergi tengok dia buat, mustahillah begitu," katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Di zaman Tun M dulu, pintu tempat tahanan ISA di Kamunting sentiasa terbuka untuk mereka yang menimbul-
kan masalah kepada keselamatan negara, keten-
teraman awam dan ekstrimis agama.

Sekarang tidak lagi begitu. Pendekatan DS Najib agak lembut dan beroriantasikan pujukan dan tidak mahu dianggap bertindak keras.

Mengenai Pas, memang mereka akan sokong dan bela Anwar walau apapun pendedahan dibuat mengenai salahlaku dan kesongsangan moral yang jadi amalannya.

Pas memerlukan Anwar untuk menentang Umno. Tanpa Anwar mereka tak mampu. Mereka tak ada tokoh yang sehebat Anwar dari segi kelentong dan juga kewangan. Tanpa Anwar, masalah duit belanja pilihan raya
Pas bermasalah.

Pas sokong Anwar bukan kerana kepimpinannya tetapi kerana duit Anwar untuk menghadapi pilihan raya dan kerana Anwar menentang Umno.

Kalau Anwar masuk semula Umno dan jadi pemimpin  atas nama Umno, tak tahulah bagaimana berbuihnya mulur orang Pas mengutuk, mencaci, menghina dan memaki hamun Anwar bin Ibrahim sepertimana ketika Anwar berada di bawah ketiak Tun dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog