Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 11 Mei 2011

Kisah Hidayah Untuk Hamba PilihanNya: ABDUL MASIH

Khas untuk bacaan umat Islam sahaja.

HAMPIR semua umat yang beragama tahu bahawa kitab yang diturunkan Allah SWT kepada semua Nabi-Nabi-Nya adalah satu, tidak berbilang.

Kepada Nabi Musa as, diturunkan kepadanya Kitab Taurat, iaitu satu-satunya kitab yang diakui oleh orang Yahudi. Manakala untuk Naib Daud as, diturunkan kepadanya Kitab Zabur. Itulah satu-satunya kitab yang dikenali oleh kaum Yahudi dan Nasrani.

Sementara untuk Nabi Muhammad SAW, Allah menurunkan Kitab Al-Quran, iaitu kitab yang sepatutnya diakui oleh seluruh umat manusia.

Bertitik tolak daripada hakikat itu, di manakah logiknya kitab Injil masa kini boleh berbilang? Sedangkan Tuhan yang menurunkannya kepada Nabi Isa as, adalah satu, serta Nabi yang menerima Injil itu juga adalah satu. Justeru, bagaimanakah yang menjadikan kitab itu banyak versi dan berbilang itu boleh terjadi?

Maka terbuktilah bahawa Injil yang beredar di kalangan penganut agama Kristian sekarang ini adalah bukan Injil asal, iaitu Injil yang ditirunkan Tuhan kepada Nabi Isa as.

Sesungguhnya orang yang paling tahu mengenai Injil adalah ahlinya. Yang jelas, ada diantara mereka yang tahu mengenainya telah meninggalkan agama tersebut lalu memilih Islam sebagai agama pegangannya.

Ustaz Syeikh Abdullah Khalis yang sebelum memeluk Islam bernama Abdul Masih menceritakan tentang sebab-sebab keIslamannya melalui sepucuk surat yang disirkan oleh sebuah akhbar terkemuka bernama ‘Al-Hidayah Al-Bahgdadiyah’.

Isi kandungan suratnya adalah seperti berikut:
“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji hanyalah hak Allah semata, Selawat dan Salam untuk Rasul pilihan Muhammad SAW beserta para sahabatnya.

“Sesungguhnya saya adalah Abdullah Khalis dari keturunan Peterix Tarquin, saya berasal dari negara Artioche kemudian menetap di Kota Cairo, Mesir. Pasa waktu itu saya menganut aliran Ya’kubi Ortodox. Nama asal saya adalah Abdul Masih. Dalam agama Kristian saya telah mencapai tahap Materix, lalu diangkat menjadi Pater Abdul Masih di kota Meridian (Turki) sebagai ketua pemimpin aliran Ortodox dan sebagai Materix di kota Diyar Bakr dan selitarnya.

“Ketika saya memegang jawatan sebagai Materix inilah saya ditugaskan sebagai pengawas tempat peribadatan agama Kristian aliran Ya’kubi yang berpusat di kota Anatolie (Turki). Sesudah itu saya diangkat sebagai Wakil Paterix yang menghubungkan berbagai macam kegiatan, sama ada di dalam dan di luar negeri.

“Berserta segala yang aku miliki, dari kehidupan yang mewah, berkedudukan dan pangkat, serta ketekunanku terhadap agama Kristian, pada saat itulah Allah SWT telah menyinari hatiku dan melapangkan dadaku untuk memeluk agama Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW.

“Perkara ini terjadi adalah disebabkan aku mula merasakan sendiri bahawa ajaran Kristian dengan kitab-kitab Injilnya saling bertentangan antara yang satu dengan yang lainnya. Ketika aku cuba mendalami perbahasan beberapa agama, aku tidak melihat satu agama pun yang benar-benar pasti mengarahkan menyembah kepada Allah SWT kecuali agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Al-Quran hanya dalam satu bahasa - Arab
“Sepatutnya kitab Injil yang diakui oleh umat Kristian sebagai Kalam Allah, sebenarnya hanya terdiri dari satu Injil sahaja, sebagaimana halnya dengan Al-Quranul Karim. Maka bagaimana dapat diterima oleh akal apabila Injil itu berbilang atau ada banyak versi hinggakan mereka mendatangkan empat puluh buah Injil. Kemudian setelah itu mereka meringkaskannya menjadi empat Injil?

“Sesungguhnya hal yang demikian itulah membuatkan mereka keluar dari kebenaran bahkan mereka hanya mengikuti hawa nafsu dan mendatangkan cacat cela dalam agamanya. Perkara seperti ini tidak akan dilakukan oleh seseorang, kecuali orang yang gila, maka jadilah keadaan mereka lebih buruk jika dibandingkan dengan penyembahan berhala.

“Di samping itu, mereka juga mengakui bahawa Nabi Isa itu adalah anak Tuhan. Sedangkan yang lainnya pula berpendapat bahawa Islam itu adalah Allah SWT sendiri, dan yang lain lagi berkeyakinan akan keyakinan triniti (tiga oknum Tuhan tetapi sat). Sesungguhnya Maha Suci Allah dari apa yang mereka sangka dan katakan.

“Mustahil seseorang yang dilahirkan dari perut ibunya itu akan jadi Tuhan atau menjadi sebahagian dari Tuhan, Maha Suci Allah dari sifat yang demikian.

“Yang lebih buruk lagi, sebahagian dari umat Kristian menjelaskan tentang nasab keturunan Nabi Isa, beliau dikatakan sebagai anak dari Nabi Yusuf, padahal Maryam (Ibu nabi Isa) bukanlah isteri Nabi Yusuf.

“Berbeza dengan penjelasan Al-Quran yang agung, yang diturunkan kepada penutup dari para Nabi, ia membebaskan Maryam dan Nabi Isa dari segala sifat tercela tersebut. Al-Quran juga menjelaskan bahawa Nabi Isa itu adalah manusia biasa yang tidak berbeza dengan manusia lainnya, hanya dia adalah sebagai Nabi utusan Allah SWT.

“Kepada umat Kristian, Syeikh Abdullah Khalis berseru, katakan; “Wahai orang-orang yang sedang berada dalam kebingungan, sesungguhnya bangunan agama yang kamu semua dirikan adalah sangat lemah, lebih lemah dari sarang labah-labah, cukuplah hanya sekali hentakan sahaja, maka akan terbukalah kepalsuan agama yang kamu semua anuti itu.

“Oleh kerana itu, maka palingkanlah diri kamu daripada agama yang dianuti oleh umat Islam, iaitu agama orang-orang yang beriman kepada Allah, kepada para Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya serta para Rasul-Nya. Agama kebenaran yang keadaaan malamnya sama seperti siangnya. Aku mengajak kamu semua kepada agama yang  terang, yang akan menyelamatkan hidup manusia, baik di dunia mahupun di akhirat kelak.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog