DAP sepatutnya menjaga kepentingan keluarga ini, bukannya terus mempolitikkan kematian Teoh untuk menutup kesalahan parti itu yang merompak wang rakyat negeri Selangor.... |
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ini kerana kematian Beng Hock di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dipercayai berkaitan kes salah guna kuasa pemimpin DAP.
Menurutnya, fakta daripada kenyataan saksi-saksi utama pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock memberi gambaran jelas bahawa kematian mendiang adalah berhubung kait dengan tugasnya sebagai pembantu politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
“Disebabkan fakta tersebut, adalah wajar keluarga mendiang menuntut pampasan daripada Hian Wah dan DAP kerana membawa mendiang terjerumus ke dalam skandal rasuah DAP di Selangor,” katanya menerusi blog http://zahrainmp.blospot.com pada Ahad.
Zahrain dalam pada itu memberitahu, kenyataan dalam prosiding suruhanjaya itu menggambarkan seolah-olah mendiang sanggup mati sebelum dihina (death before dishonour) demi melindungi ahli politik DAP daripada dakwaan rasuah.
Dakwanya lagi, fakta-fakta berhubung penyalahgunaan wang kerajaan negeri untuk menganjurkan kegiatan politik sudah timbul sebelum ini dan DAP pasti akan menafikannya walaupun ada bukti nota bunuh diri Beng Hock kepada individu di dalam parti.
“Justeru saya mengesyorkan DAP berhenti mengaburi pandangan orang ramai berhubung kematian Beng Hock dan sebagai langkah permulaan saya cadangkan agar DAP bersifat lebih bertanggungjawab dan memberi pampasan kepada keluarga mendiang,” katanya.
- Utusan
SATU MELAYU:
Yang pasti, DAP kini sedang berhempas pulas menutup isu ‘merompak dan menyamun’ wang rakyat negeri Selangor ini dengan menimbulkan pelbagai isu baru bagi maksud mengalihkan tumpuan rakyat kepada kesalahan pemimpin mereka.
Justeru itu, tidak mustahil isu agama yang sangat sensitif untuk masyarakat majmuk negara ini ditimbulkan bagi tujuan tersebut.
Pihak berkuasa seharusnya bertindak bijak dan cepat dalam menangani strategi DAP yang seolah-olah mahu mencetuskan kekacauan bagi menutup tembelang mereka yang telah pecah itu.
Tidak mustahil sekutunya PKR juga sependapat dengan DAP. Pemimpin utama parti itu juga mengalami masalah sama – tembelang telah pecah.
Berkemungkinan pelbagai isu panas dan sensitif dari segi perkauman akan mereka cetuskan supaya tumpuan rakyat terarah kepada isu lain yang menjurus kepada sengketa kaum ala 13 Mei 1969.
Kebetulan tarikh tragedi hitam berkenaan hampir tiba....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan