Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 12 Mei 2011

ISU VIDEO SEKS: Polis selesaikan siasatan, Peguam Negara segerakan dakwaan dan akhirnya Suruhanjaya Diraja kerajaan tubuhkan.... InsyaAllah, mulut Anwar akan terkunci....

KES dan isu video seks yang didakwa oleh Datuk Eskay bahawa Anwar Ibrahim adalah palkunya, meruntun rakyat terlibat sama apabila tertuduh – Anwar Ibrahim, masih berleluasa berceramah ke sana ke mari menafikan keterlibatan dirinya.

Melalui ceramah-ceramah membela dirinya, Anwar mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Umno memfitnahnya sehinggakan dia sanggup mengeluarkan perkataan ‘pandi kutty’.

Ceramah Anwar yang mengajak rakyat menentang PM dan Umno adalah sandiwara murahan Anwar dalam usahanya membela diri di khalayak umum.

Semakin Umno dan PM bertahan dengan menafikan segala dakwaan Anwar itu, semakin galak dia mengadakan ceramah dan jumlah rakyat yang tak berapa cerdik akan semakin ramai yang terpengaruh.

Isu kelakuan buruknya berjaya dipindahkan kepada rakyat sebagai Umno dan DS Najiblah yang berkelakuan buruk, jijik dan hina kerana memfitnmah Anwar.

Trio Datuk T yang dedahkan video seks berkenaan, Umno dan Perdana Menteri pula yang di salahkannya. Sedangkan Trio Datuk T yang menimbulkan isu tidak pula berani di ambil tindakan oleh Anwar melalui mahkamah.

Keadaan ini jika dibiarkan berterusan sudah tentu akan menambah lagi perpecahan di kalangan umat Melayu/Islam di negara ini. Jika ianya tidak ditamatkan segera, maka akan bersorak gembiralah mereka yang memang menanti-nanti masa berpecah-belahnya pribumi negara ini untuk diambil kesempatan.

Justeru itu, penulis meminta pihak berkuasa polis dan juga Peguam Negara supaya menyegerakan siasatan seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim terhadap Trio Datuk T, iaitu ‘mengedar video lucah’.

Jika ketiga-ketiga mereka di dapati bersalah, hukumlah mereka mengikut undang-undang sedia ada.

Sebagaimana biasa, kalaulah Trio Datuk T dijatuhkan hukuman kerana mengedar video lucah, Anwar Ibrahim sudah tentu akan terus membela dirinya di khalayak umum melalui ceramahnya dengan menuduh Umno dan Perdana Menteri terlibat melakukan fitnah dan konspirasi terhadapnya.

Apabila Anwar kata ada konspirasi PM dan Umno, sementara Umno dan PM menafikannya, maka jalan yang ada ketika itu ialah pihak kerajaan atau kabinet harus mengambil keputusan menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja Menyiasat Kes Video Lucah berkenaan.

Berdasarkan pengalaman Suruhanjata Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock, pemimpin pembangkang yang diketuai DAP memburuk-burukkan SPRM terhenti dan terbantut apabila prosiding siasatan suruhanjaya didedahkan dengan isu lain yang cuba DAP tutup, iaitu penyelewengan wang peruntukan ADUN negeri Selangor.

Sebagaimana kita semua ketahui, setelah prosiding bermula, siang-siang lagi peguam DAP dan keluarga mendiang meninggalkan prosiding siasatan dengan pelbagai alasan yang memakan diri.

Hingga kini, DAP dan juak-juak pembangkang dari Pas dan PKR terus terkunci mulut dan terkedu dengan apa yang terdedah pada prosiding berkenaan.

Soh, senyap, sepi dan aman. Nama baik SPRM terbela dengan sendirinya di mata rakyat.

InsyaAllah, kalau isu video seks ini mahu diselesaikan segera demi mengelak rakyat daripada terjebak lebih jauh hanyut bersama kempen-kempen Anwar Ibrahim yang mencari salah orang lain itu, maka tubuhkan suruhanjaya siasatan.

Yakinlah, jika suruhanjaya diraja ditubuhkan akan senyap sepilah mereka yang terkinja-kinja membela Anwar Ibrahim itu. Mulut mereka akan terkunci sebagaimana terkuncinya mulut pemimpin DAP dalam isu kematian Teoh Beng Hock yang menuduh pegawai SPRM membunuh.

Walaupun siasatan kematian Teoh oleh suruhanjaya masih belum selesai, perkembangan prosiding sudah cukup untuk menyedar dan menutup mult rakyat yang terseleweng kerana terpengaruh dengan pembelaan Anwar di pentas ceramah.

 Apapun, penyelesaiannya terletak kepada pihak polis dan Peguam Negara untuk memulakan tuduhan terhadap Trio Datuk T sebagaimana dakwaan atau laporan polis yang dibuat oleh Anwar Ibrahim mengenai isu video seks berkenaan.

Lagi lambat keputusan dibuat, lagi kalutlah rakyat negara ini, khasnya kaum Melayu/Islam dengan isu yang boleh diibaratkan sebagai ‘lain yang bengkak, lain yang bernanah’ itu.

Wallahhualam.
- YopMan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog