Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 10 Mei 2011

“Tidur Saya Tetap Jendera” – DS Najib. Yang tidurnya tak jendera ialah 'Anwar Pandikutty'....

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Anwar Ibrahim ke atas dirinya tidak menjejaskan waktu tidur beliau.

"Ini tak menyebabkan saya tidur tak jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya," katanya.

Najib menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai sudah terjebak mengamalkan politik tidak beretika dan yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.

Tegas beliau lagi, perbezaan pendapat boleh diterima di dalam politik tetapi seharusnya tertumpu kepada soal dasar dan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat dan bukannya dengan menyerang peribadi orang lain.

"Tetapi untuk serang peribadi orang lain, itu sudah terjebak dalam kancah politik yang tidak beretika. Saya percaya rakyat sendiri boleh menilai mana-mana orang politik berbuat sedemikian. Saya tak perlu membuat ulasan lebih lanjut daripada itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Konsultasi Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, Putrajaya, Selasa.

Perdana Menteri memberikan reaksi demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar yang menyerang beliau dengan gelaran tidak sepatutnya.

Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Melalui wajah kamu, rakyat boleh menilai.....
Perbuatan Anwar itu mendapat kecaman pelbagai pihak dengan menyifatkannya sebagai sudah panik kerana rakyat semakin bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan beliau yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju.

Ketika diminta mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya penubuhan Briged Setia Negara oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) sebagai cubaan melatih kumpulan militan di negara ini, Najib berkata keharmonian dan keamanan dalam negara harus diutamakan.

"Apa-apa pun kita jangan keruhkan suasana. Saya tidak kata ia baik atau tak baik yang penting sekarang ini kita mesti jaga keharmonian dan keamanan dalam negara kita."

"Kita telah mengalami keadaan di Malaysia yang begitu tenteram dan aman sekian lama. Kita tidak boleh melakukan apa saja yang boleh mengancam keamanan, keharmonian dan kestabilan negara."

Kerajaan, tegasnya, tidak akan berdiam diri sekiranya ada pihak yang cuba menggugat keamanan, keharmonian dan keselamatan negara.
- Bernama


SATU MELAYU:
Kempen 'tunjuk perut' kamu tak laku selagi kamu tidak menafikan dakwaan Datuk Eskay dengan menyamannya ratusan juta ringgit kerana memfitnah kamu secara terbuka.....
Kata-kata maki oleh Anwar terhadap DS Najib sepatutnya terpantul balik kepada dirinya.

Berdasarkan kelakuan yang bergentayangan di internet kini menjelaskan kenapa diri beliaulah yang sepatutnya mendapat gelaran seperti yang diluahkannya itu.

Tak payahlah Anwar bersusah payah membela diri dengan mengalihkan isu kepada konspirasi DS Najib kononnya, sedangkan yang mendedahkan semua salahlaku beliau adalah bekas rakan baik atau bekas orang kepercayaan beliau.

Siapa Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Eskay Abdullah kalau bukan sahabat karib dan orang kepercayaan Anwar?
Kalau yang mendedahkan itu orang dia sendiri, kenapa DS Najib pulak yang dikaitkan sebagai menfitnahnya sedangkan orang yang mendedah dan menuduh beliaulah yang jadi pelaku lelaki dalam video seks yang memalu dan menjijikkan itu – Eskay, tidak dituduh memfitnah, berniat jahat atau ‘pandi kutty’ oleh Anwar.

Eskay yang buat hal dedahkan kelakuan buruk dia, DS Najib pulak yang dipersalahkan. Akai ada kaaa?

Tak usah cakap banyaklah Nuarrrr.... Orang bengong pun dapat menilai sama ada kamu pelaku lelaki dalam video berkenaan atau tidak.

Bila kamu tak berani nafikan dengan menyaman Eskay atau mendakwa Eskay memfitnah kamu, selagi itu orang akan tahu dan sedar bahawa kamu adalah seperti yang dituduh dan disumpahkan oleh Daruk Eskay.

Jangan nak salahkan orang lain. Salahkanlah bekas sahabat karib kamu yang kamu jadikan balaci mencari dan menentukan tempat untuk kamu memuaskan nafsu melakukan maksiat seperti itu.

Lebih baik kamu cabut lari ke luar negara duduk dengan kaum kerabat yang sehati sejiwa dengan kamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog